DIE HARD FAN MEE HAILAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum WBT 


ADUI.. tak sabar nak tunggu esok. Esok, tak payah masuk pejabat. Esok ada Jamuan Raya melibatkan semua staf di bawah satu syarikat tak kira di mana pun bumbungnya, esok kami akan sebumbung di Majlis Hari Raya. Esok bolehlah keluar lambat sikit dan pakai baju cantik sikit. Hari-hari biasa Sk ni pakai seluar dengan t-shirt kain jersey aje. Kalau rajin sikit pakai shawl, kalau nampak Sk sarung tudung awning tu, sah-sahlah tengah malas, hehehe.


Hari ni kita korek gambar-gambar yang ada dalam galeri sebelum kita delete.


Masa ni padahal dah masak nasi kat rumah tapi Pak Inche ajak makan di Restoran Al-Anisah. Lama tak makan Mee Hailam katanya. Pak Inche pesan Mihun Hailam. Banyak betul chef letak ayam. Biasa kalau macam ni siang tu Pak Inche dah makan nasi campur.


Untuk Sk, Nasi Goreng Seafood. Seafood-nya, udang dan sotong. Sedap sangat nasi gorengnya tak kedekut bahan dan dimasak penuh kasih sayang.


Pak Inche makan Mee Hailam lagi. Lokasi di Restoran Happy Tomyam di Taman Scientex. Memang ada beza rasa kuah hailam di restoran masakan cina dan di restoran masakan Thai. Ia tidak mengecewakan juga.


Yang kecewa makan di Happy Tomyam ni, makanan dihantar satu persatu. Dah nak hampir habis mee Pak Inche, baru makanan Iman sampai. Iman pesan Nasi Putih dan Lauk Ayam Pad Kra Pao. Kalau minta set, ada telur mata sebijik tapi Iman tak nak nanti kuning telur cair kena nasi. Selain tu ada Sotong Goreng Tepung tapi macam jemput-jemput, hehehe.


Nampak tak, dah nak habis Iman makan, mee Pak Inche pun dah licin, barulah makanan Sk sampai. Sk pesan Nasi Goreng Tomyam aje pun.. hurmmm.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aik..ikut turn plak makanannya sampai erk..teringin nak makan kat Al Anisah tu la..tgok la kalau sempat minggu ni...plan nak balik jap JB beraya ngan adik beradik sana plak

    ReplyDelete
  2. Kalau dah kesukaan, mana² pun mesti order menu itu je la kan... PH hantu nasi goreng kalau makan di luar hihi...

    ReplyDelete
  3. suka sangat pak incik makan hailam hailam ni yer... :D.. yumm yumm yumm..

    ReplyDelete
  4. Nasi Goreng SK tu memang nampaklah warna-warni kasih sayangnya!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... malam ni pun saya buat nasi goreng utk makan malam. Ikut resipi golden egg fried rice sbb dah takde idea nak masak apa. Senang & bahan2 pun tak banyak. Putih telur tu pulak buat jadi biskut meringue dgn pavlova.

    ReplyDelete
  6. Samalah pak encik kita pun peminat mee hailam tp versi pedas. Kalau boleh takmo letak kicap langsung

    ReplyDelete
  7. Peminat tegar mi hailam betul ye. Kalau makanan dihantar satu-satu ni, makanan siapa sampai dulu memang habis cepatlah. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!