SELAMAT JALAN KE NEGERI ABADI, KAK ZAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM petang, Sk scroll fb nampak lalu, rakan fb, Kak Hazizah Baba yang Sk panggil Kak Zah ditag telah kembali ke rahmatullah. Allahu.. Kak Zah memang dah lama tak sihat dan sejak tahun lepas menerima rawatan dialisis. Sk kenal Kak Zah melalui fb semasa Allahyarham Sultan Iskandar (bapa Sultan Johor) mangkat pada bulan Januari 2010. Sejak tu, kami sering berbalas komen dan agak rapat jugak hubungan kami sebagai rakan maya. Kak Zah juga sering mengajak Sk singgah ke rumahnya di Ampang jika ke Kuala Lumpur, namun tak pernah dapat ditunaikan.



Pertemuan pertama kali yang tidak dirancang apabila Kak Zah menemani Uncle Mok (anak Kak Zah) mengambil sijil di kolej Sk. Kecik molek aje orangnya, dipeluk cium kita, memang sungguh penyanyang orangnya Kak Hazizah Baba. Tak sangka pulak Uncle Mok belajar di KKJ (masa tu Kolej Komuniti YPJ). Masa ni Kak Zah pun dah mula tak sihat, sakit datang-datang gitu. Turut rapat dengan kami, Kak Sri Anda Salleh, anak kepada Allahyarham Seniman Salleh Kamil yang berkongsi tarikh lahir dengan suami Kak Zah, Atok Din. 

إنا لله وإنا إليه راجعون


Selamat Jalan ke Negeri Abadi, Kak Hazizah Baba


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وارْحمْها وعافِها واعْفُ عنْها 
وَأَكرِمْ نزُلَها ، وَوسِّعْ مُدْخَلَها واغْسِلْها بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونقلها منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْها دارا خيراً مِنْ دَارِها ، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلها ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِا ، وأدْخِلْها الجنَّةَ ، وَأَعِذْها منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار   

Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.

آمين يا رب العالمي

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ

    Semoga roh arwah Kak Zah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman... takziah SK atas kehilangan sahabat tersayang.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihiraajiuunnn.
    Moga tenang arwah di sana, berkumpul bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

    ReplyDelete
  3. innalillahiwainnailaihirojiuuunnn..

    ReplyDelete

  4. إنا لله وإنا إليه راجعون
    Salm takziah...Al- Fatihah..

    ReplyDelete
  5. Inalillahi wainailaihi rajiun...
    Rasa banyak betul menerima berita kematian tahun ni. Allahuakbar. Tak kuat rasa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!