Assalamualaikum WBT
SEJAK puasa sebenarnya, Pak Inche request masakkan Soto Ayam. Tapi, dah dia pun masa puasa tu banyak berbuka di hotel kan, jadi Sk pun demand jugaklah. Masa yang berbuka sama di rumah, Sk tak mahu masak, banyaknya beli makanan siap masak di bazar termasuklah main course. Semalam, dia dah bagi hint minta masak soto, dok tanya apa barang nak beli, hurmmm.. layan aje la, tak susah pun kita guna rempah soto Mak Pon aje pun, beli rempah dengan member office.
Pesan dengn Pak Inche belikan nasi impit kalau jumpa tapi tak jumpa dia kata. Sk syak, sebenarnya dia tak reti nak beli. Cadangnya balik kerja nak singgah mini mart kadang ada jual dan nak beli bergedil frozen jugak tapi petang semalam hujan lebat, tak jadi singgah kedai. Sk buat nasi impit ekpress, senang jer la, nanti Sk kongsikan caranya, baca sampai habis ya.
Goreng suhun dalam minyak yang cukup panas supaya ia kembang cantik.
Sk rebus ayam dalam periuk noxxa set 30 HP. Siap rebus, keluarkan ayam, Pak Inche tukang carik-carikkan ayam. Kemahen, nak suruh carik ayam sampai keluar cutting board dia, padahal guna garfu jer pun. Ayam setengah ekor ya pasal nak ayam banyak-banyak dia kata.
Ayam tu Sk rebus bersama dua batang serai diketuk, halia dan lengkuas. Lepas keluarkan ayam, barulah Sk masukkan rempah soto segera Mak Pon dan setengah cawan santan serta kiub ayam dan sedikit garam. Senang guna rempah ni sebab dia dah siap semua rempah ratus dan bawang-bawangnya. Santan tu Sk letak sebab nak bagi lemak macam Soto Madura.
Sementara rebus ayam, Sk siang taugeh.
Untuk Pak Inche, Mihun Soto sebab dia tak minat Soto Nasi.
Gunting jer daun sup dan daun bawang. Lupa nak pesan Pak Inche beli bawang goreng.
Buat Sambal Kicap ikut resepi Mak Cella cuma yang ni Sk tak ikut sukatan sebenar. Goreng dulu cili padi dan bawang putih, kemudian kisar halus bersama gula pasir dan cuka. Dah siap kisar baru masukkan kicap manis dan gaul hingga mesra. Pak Inche cuba, dia kata pedasnya, tapi bila dah makan dengan soto tak terasa sangat pedasnya.
Ni resepi penuh, pandai-pandailah adjust jika nak buat sikit je, tapi buat banyak pun tak apa sebab tahan lama, memang mantul!
Resepi Sambal Kicap Mak Ngah (Mak Cella)
Bahan :
1 cwn cili padi hijau
3 ulas bawang putih
1 st garam
1 cwn kicap manis
1/4 cwn cuka
4 tbs gula pasir
3 tbs minyak masak
Cara:
1. Panaskan minyak masak
2 Patahkan cili, goreng cili dan bawang putih hingga kulit cili jadi putih
3. Angkat, masukkan dalam lesung batu, tumbuk bersama garam hingga halus
4. Masukkan gula, cuka dan kicap manis. Gaul sebati.
Mihun Soto Pak Inche, siap tambah ya. Sorry tak jempuit, heheheheh.
Nasi impit ekspress. Dapat inspirasi sukatannya masa buat
Punten Sambal Bilis. Rupanya ada cara mudah nak buat nasi impit.
Nasi Impit Ekspress (2 orang makan)
1 cup beras cuci bersih
3 cup air
Masak macam biasa dalam rice cooker. Dah kering, panas-panas tu, lenyek dengan anak lesung (balut plastik), lepas tu masuk dalam bekas, tekan-tekan bagi mampat.
Gandakan sukatan jika ramai nak makan.
Soto Ayam tak ada Bergedil, tapi puas makan sebab ayamnya banyak, hehehe. Alhamdulillah, melimpah rezeki dan rahmat yang Allah swt kurniakan. Nikmat sihat dan nikmat makan.
Syukur selalu 😍
Wah sedapnya!
ReplyDeleteRempah Mak Pon ada jerr semua sedap kan Kakkk.. mmg Lin pun beli stanby untuk tamu datang mengejut hahahaha .. dapnyaa macam nak buat plak sambal tuuu
ReplyDeleteNasi impit express tu mmg arwah ibu suka buat dulu. Kita la tukang impitkan nasinya. Belajar dgn kawan orang johor buat cili kicap guna air asam jawa, pun sedap juga jadi cili kicapnya. Selamat hari raya SK & family ;)
ReplyDeletedkt rumah biras aritu pn mkn menu soto..saya suka lg kalo ada bihun...ada sambal kicap baru kick kn
ReplyDeleteNasi impit buat sendiri tu mesti lebih sedap lembut kan?
ReplyDeleteArwah bapak saya dulu meniaga kedai makan, memang hari-hari buat lontong (masa tu tak sebut nasi impit). Tapi saya, sekali pun belum pernah buat sendiri, pakai yang segera je 🤭
Bersih Sk siang taugeh. Kerja yang paling malas saya buat, sebab penat jari 😄
Ya allah sedpanyaaaa...terang mata SA ha nampak gambar last tu...dapnyaaaa
ReplyDeleteSedapnya . Raya pertama hari tu CCL dh buat menu ni ..
ReplyDeleteTerbaiklah SK! Soto lengkap dengan sambal kicap. Apsal tak suruh mambang hantar semangkuk ke LD.
ReplyDeleteWahhh menyelerakan sungguh. Dahlah favourite kita ni. Rasa nak hulur mangkuk je.
ReplyDeleteSaya langsung teringin nak makan soto jadinya 😄😄. Sama kita kak, saya pun LBH suka pakai bumbu jadi. Tinggal tambahkan yang msh kurang 😄
ReplyDelete