MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, September 19, 2012

BILA MATA BERTENTANG

ASSALAMUALAIKUM...

diapit dua blogger popular.. siapa yang tak teruja
Dua insan adik beradik ini sudah lama saya kagumi. Seorang pakar masakan lauk pauk, seorang pakar membuat kek tapi keduanya sama berbakat besar mencuri hati pembaca melalui tulisan mereka yang lahir dari hati. Bila membaca setiap baris ayat bagai terdengar terus di telinga sehingga setiap kali ada masa terluang pasti akan saya taip dua link blog popular ini sama ada di lappy atau di tablet menantikan entry terbaru yang sarat dengan cerita walaupun ringkas tapi bermakna.


Saya mengenali blog Cupcakekasih sejak mula jatuh cinta dengan dunia kek cawan. Bila saya taip perkataan cupcake, link blog Kak Jun muncul di skrin dan saya klik. Peh! Bulat mata saya merenung satu demi satu gambar kek yang dihasilkan Kak Jun. Saya kagum dengan hasil kerja beliau. Kadang-kadang Kak Jun ceritakan tentang kisah alam dan manusia (bukan subjek yang kat sekolah tularrr... hehe) Setiap entri Kak Jun amat melekat di hati saya. Saya boleh ingat setiap baris ayat yang Kak Jun titipkan. Kadang-kadang Kak Jun mencatat puisi, kadang-kadang Kak Jun bermadah, semua yang Kak Jun coret menjadi indah, bahasanya sentiasa kena dan puitis. Jarang sekali tulisannya simpang-siur. Lambang seorang penulis yang tebal dengan pengalaman, menulis dari zaman mesin taip sehingga zaman blackberry. Dari zaman naik bas mini sampai zaman naik MRT...
 

Dari blog Kak Jun, saya kenal dengan blog Koleksi 1001 Resepi milik Kkida. Dulu, saya hanya kenal Dapur Tanpa Sempadan milik jejaka idaman dari Sedenak. Saya tak pandai klik dari link ke link. Saya cuma tahu baca dan tutup. Saya tak tahu dunia blog ini amat luas, saya fikir dunia blog hanya untuk artis dan orang politik, kih kih kih. Blog Kkida ada macam-macam cerita. Bila Kkida memasak, masakannya santai. Semuanya macam campak baling saja tapi bila terhidang atas meja semuanya nampak sedap dan Kkida akan tulis, mestilah sedap.. sebab Kkida yang masak... itulah ayat yang paling saya suka. Dan betulllllllllllllllll.... saya dah rasa masakan Kkida, wallaaaaaaaaaa... sedaplahhhhh. Cucur jagung Kkida sangat (sila sebut 10X) gebus gebas. Ditemani secangkir kopi, diiringi deruan bunyi air kolam dan burung yang bercicipan, pagi Ahad saya yang lepas rasa bagai begitu sayang dilepaskan.


Cucur jagung dicicah kuah kacang yang menjadi identiti  orang utara saya kunyah penuh sopan kalau tidak kenangkan di rumah orang mahu sepuluh ketul juga yang ditelan. Saya berbual santai dengan Kkida. Tentu ramai yang tahu ini pertemuan kedua saya dengan Kkida selepas GA 1001 Resepi di Rebung maka agak kuranglah debarannya kerana Kkida seorang yang 'humble' dan pandai mengambil hati tetamu. Yang akan menjadi klimaksnya tentulah pertemuan saya dengan Kak Jun perasaannya macam orang yang baru pertama kali nak berkenalan dengan mak mertua... wkwk. Saya teringat sehari sebelumnya saya bermimpi berlaga pipi dengan Kak Jun. Orang tua kata mimpi ni selalunya terbalik tapi nampaknya mimpi saya jadi nyata.


Bila orangnya di depan mata, rasa macam tak percaya. Bukan setakat berlaga pipi, malah Kak Jun memeluk saya erat-erat. Saya pun apalagi, peluklah jugak kuat-kuat. Terus hilang rasa gelabah dan gabra tadi. Ialah, selama ni saya cuma kenal Kak Jun di alam maya. Setiap hari entry Kak Jun yang saya tunggu dan nanti. Kadang-kadang berangan nak bergambar di sisi Kak Jun. Tak tahu kenapa ada satu macam perasaan sayang pada Kak Jun ni. Saya ikhlas meninggalkan komen di blog Kak Jun tanpa mengharapkan balasan komen Kak Jun di blog saya pula. Biarlah sepuluh kali salah 'word verification' tu pun takpe, janji saya nak Kak Jun tahu saya dah baca apa yang Kak Jun tulis. Kak Jun dan Kkida tak datang komen dan baca blog saya pun tak apa sebab saya baca blog Kak Jun dan Kkida atas dasar peminat dan pengikut.


Untuk Kak Jun dan Kkida, sekali lagi saya nak beritahu, saya amat berterima kasih terutama pada Kkida yang menjadi host dalam pertemuan ini. Yang sudi telefon saya dan jemput saya ke rumah. Terima kasih Aiman yang datang ambil aunty ya. Saya dah dapat resepi cucur jagung Kkida hasil dari selongkar dapur 1001 Resepi, hehehe. Untuk Kak Jun yang datang dari USJ, yang bawakan kek, yang saya tahu selalu sibuk mengulit kelopak puspanya, terima kasih kerana meluangkan masa untuk saya. Semoga kita akan bertemu lagi, insyaAllah.. Aminnnn.



37 comments:

Aziela said...

Makk oii...seronoknyaaaaaaa! Memang seronok bila dapat jumpa blogger terkenal nie kan...

Lepas nie SAri plak glemer...hihihihihi

kakcik said...

Dua2 pandai masak ya? Seronoknya. :)

Antan Bertingkah said...

Bestnya dapat berjumpa kan... Mata bertentang mata... Lidah...

Kakzakie said...

Rasa glamerlah Yus bila diapit dua blogger glamer..

Resepi dah dapat bila lagi nak tayang Yus punya?

Citarasa Rinduan said...

ewahhhhhhhhhh

saya pula tak boleh nak skip satu persatu ayat2 yang kak sari syer pada kami ttg pertemuan dgn blogger k.ida dan kak jun.

saya sangat suka.. seolah2 saya saksikan dihadapan mata...

wan G Silk said...

terliur tgk gambar kuih2 yg terhidang tu...sedapnyaaaaa..

Kesuma Angsana said...

wah bestnyer dapat berlaga2 pipi ngn bloger2 fofular tu

~~zana@pb~~ said...

' pagi Ahad saya yang lepas rasa bagai begitu sayang dilepaskan" suka ayat ni, mcm bercinta la pulak...hehe..
agak2 kalau jumpa akak, teruja tak? kita tak glamer..

ijayuji said...

Salam kak yus!!! aaaiii terasa tang ayat2 n tulisan2 tu kikiki... kalau org2 masuk blog kita minta maaf lerr kalau kena baca senafas hihihi.... ayat kita mmg tunggang langgang dr dulu WALAU kita ni asalnya budak sastera ~______~ puisi2??? mmg fail lerrr :D bestnyaaaaaaa kalau kita yg dpt makan cucur tuuuu :D

duniafana said...

tabek horrrmatt!

Zurina said...

wah! bdiri bulu roma mbaca ayat demi ayat yg sari tulis...teruja...seolah2 diri sdiri berada dtempat sari...seronoknyaaaa kalau sypun disitu pada waktu itu...sypun suka ayat "pagi Ahad saya yang lepas rasa bagai begitu sayang dilepaskan"...puitis dan romantis sekali...Ayat2 saripun cukup2 tsusun rapi. Bila baca...tgambar semua yg nak diluahkan...tumpang gembira...;)

Nurul Akmal said...

Wahhh bestnyer akak.. mesti kenangan manis yg akak x dpt lupakan kan.. :)

kkida @ 1001resepi said...

salam sari,
senyum memanjang kkida baca dari mula hingga tamat entri sari ni...kkida tak sangka hanya dgn menulis blog orang begitu menghargai kita...dulu rasa diri ini seperti katak bawah tempurung aje...kini keadaannye jauh berbeza...semuanye kerana keikhlasan kita tanpa mengharapkan sebarang balasan...terima kasih sari...anda adalah salah seorang yang kkida sayangi, selain dari mereka yg sedarah dan sedaging dengan kkida...:')

LYAfrina said...

pertemuan y penuh keindahan & sejarah..seronok kan bila bertemu dgn org y menjadi idola kita..

dZana said...

aslmkum sari.. seronoknya dpt bersua blogger2 terkenal ni.. msti teringat2 saat manis itu..

Nur-nba said...

Salam.. Wah kami yang membaca entri ni begitu teruja...

Mengenali rakan2 blogger secara dekat memang merapatkan hubungan silaturahim sesama kita dan kadang2memang membuatkan hati meronta2 ingin berkenalan dan bertemu empat mata..

Begitu puitis kata2 Kak Sari.. tidak hairanlah Kak Ida senyum memanjang bila terbaca entri ni..

Memang tak rugi jika berbuat baik dengan semua orang.. Kak Ida dan Kak Jun memang dah banyak berkongsi ilmu dan resepi tanpa mengharap balasan.

Hmmm teringat kenangan ketika mengunjungi rumah Kak Ida yang tersergam indah.. Bilalah lagi nak dapat peluang tu...

p/s : Kak Sari dengan Kak Jun dah macam adik beradik.. :)

Mat Gebu said...

Hamboi, wanita2 berkuasa semuanya...... *______^

zuwaidah said...

Sari, seronoknya....jeles pun ada, tapi lebih pada bangga tengok Sari diapit dua Kakak Blogger yang famous. Kak zu lak yang berdebar2 baca entry nih...

Sari Yusa Ibrahim said...

Aziela, kalau ikut terkenal memang ramai lagi yg terkenal tapi mereka berdua ni adalah idola saya tu yg seronok sgt bila dapt berjumpa. Kita glemer??? Ikan gelama adalah kot, hihihi

Sari Yusa Ibrahim said...

Kakcik, dua2 pandai masak, kita pandaimakan, ekekeke

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Antan, lidah kelu tapi mulut pok pek pok pek, hehehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Zakie, resepi dah dapat tapi bahan2 belum lengkap. Nak.ikut sejibik2 macam Kkida punya, hihihi

Sari Yusa Ibrahim said...

Citarasa Rinduan, macam tengok felem ek? hihihi

Sari Yusa Ibrahim said...

wan G silk, saya pun asyik teringat2 ni ;-)

Sari Yusa Ibrahim said...

Kesuma Angsana, bukan berlaga pipi lagi tapi berpeluk-peluk, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Zana, saya teruja bila nak bertemu dgn semua sahabat yg selama ini kenal di dunia maya, rasa macam mimpi

Sari Yusa Ibrahim said...

Ijayuji, setiap insan kan ada kelebihan masing2. Akak suka juga baca yg santai2 macam blog arah, bleh senyum sampai ke telinga kalu mmbacanya, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

duniafana, tabik springggg toing2!!

Sari Yusa Ibrahim said...

Zurina, kalau Zurina ada di situ pasti suasana makin hangat!!!

Sari Yusa Ibrahim said...

Nurul Akmal, kenangan yg terpahat jauh disudut hati tau

Sari Yusa Ibrahim said...

Kkida, aduhai, terharu baca komen Kkida. Kita pun sayangggg sangat dgn Kkida, muahhh!!

Sari Yusa Ibrahim said...

LYAfrina, sejarah juga sukar berulang kan. Pertemuan pertama lain rasanya, seronok sangat

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Dzana, asyik terkenang2, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Nur, kami sama size kannn? Tapi Kak Jun cantikkkk sangat

Sari Yusa Ibrahim said...

Cik Mat Gebu, saya terseli antara wanita2 berkuasa, hihi

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Zu, Kak Jun nak ngajak kita berempat (trmasuk Oeya) ngopi tu, bila ya???

Zefa NorAsmara said...

Setuju dgn kak zurina.. tulisan sari yusa kalini cukup sedap di baca. Ayat2 yg menyerap dijiwa.. pembawa pembaca seolah2 turut bersama dlm pertemuan 3 blogger.. membuat pembaca turut merasa eratnya dakapan kak jun.. err, tiba2 yg komen pun bermain bahasa puitis ye? hehe..

Share It

Anda Sukakan Ini?