MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, March 30, 2012

NUKILAN UNTUK TEMAN 3 - KALAKATAR

ASSALAMUALAIKUM...

Sambungan dari Nukilan Untuk Teman 2

Riuh-rendah bunyi di luar rumah menarik perhatian Marlin. Dia mengintai di sebalik langsir yang ditempah dari jiran sebelah kiri rumah mereka yang pandai menjahit pakaian, langsir malah sarung kusyen. Kebolehan Kak Norli itu menjadikan dia selalu sibuk apatah lagi menjelang perayaan. Memang susah betul nak nampak batang hidung Kak Norli, asyik menjahit sajalah kerjanya sehingga ke malam raya. Sesekali mereka terserempak juga dengan Kak Norli bila pergi ke pasar Ramadhan atau solat terawih di surau. Itupun tak dapat bersembang lama sedangkan realitinya mereka hanya tinggal sebelah menyebelah.

“Apa yang disorak-sorakkan budak-budak tu ya?” Marlin bertanya kepada kawan-kawannya yang masih mengadap komputer riba masing-masing. Sabariah menoleh sekilas, Rahayu tidak menjawab, dia masih tekun merenung skrin bisu di depan mata. Hanya Ismaliana yang bangun menyelak langsir merah jambu di bahagian yang satu lagi.

Kelihatan lima enam orang budak yang masih memakai uniform sekolah rendah sedang berdiri mengadap longkang tidak jauh di seberang rumah mereka. Mereka sedang memerhatikan seorang lagi kawan mereka yang berada di dalam longkang dan seperti cuba hendak keluar dari situ. Dia kemudian menghulurkan tangan lantas ditarik oleh kawan-kawannya yang lain. Tangan kirinya pula memeluk seekor anak kucing yang basah lencun, mungkin terjatuh dalam longkang tersebut. Rupa-rupanya yang berada di dalam longkang tadi ialah anak Kak Norli. Dia berlari ke rumahnya sambil kawan-kawannya tadi berderet-deret mengekor di belakang.

“Mama.. mama... abang jumpa anak kucing dalam longkang,” tanpa rasa geli dia masih memeluk anak kucing yang lencun dan agak kekelabuan dibasahi air longkang itu. Hujan lebat malam tadi mungkin masih memenuhi longkang yang tak berapa dalam itu. Norli yang baru hendak mengeluarkan kuih yang dibakar dari ketuhar berlari keluar bila terdengar jeritan anaknya.

“Ya Allah, kenapa dengan abang ni?” Norli terus memegang lengan pakaian anaknya yang comot. Dia memerhatikan pula kawan-kawan anaknya seorang demi seorang. Norli kenal mereka semua yang memang berkawan dengan anaknya sejak kecil. Anak Siti Naemah pun ada. Pandangan Norli akhirnya jatuh semula kepada anaknya. Tanpa bercakap banyak, Norli terus menyuruh anaknya memandikan anak kucing yang kesejukan itu menggunakan paip di luar rumah sementara dia masuk mengambil tuala bersih. Tuala itu diserahkan kepada kawan anaknya, “ambil tuala ni, nanti lap kucing tu, kesian dia sejuk. Makcik tengah bakar kuih tu, karang hangus pulak. Tolong kawan kamu tu ya.”

“Assalamualaikum, Kak Norli, amboiii, buat kuih rupanya, tak nak jemput kita makan sekali ke?”Sergah Marlin. Hampir gugur jantung Norli. Dia tak sedar langsung kehadiran Marlin dan Ismaliana yang berada di tepi pintu rumahnya.

“Astaghfirullah, terkejut akak, meh masuk.. meh masuk. Akak tengah buat Kuih Kalakatar ni,” pantas Norli mempelawa Marlin dan Sabariah. Pintu rumahnya ditolak luas-luas. “Mana kawan kamu lagi tiga orang tu?”

“Ada kat sebelah, Kak Norli buat kuih kalakatar? Kuih apa tu, kak?”

“A’ahlah, tak pernah pulak kita dengar, sedap tak? Makan dengan apa?”Sampuk Marlin pula.

“Kalakatar tu kuih tradisi orang Banjar macam akak ni, kamu dua orang ni Jawa ke Bugis?”

“Saya jawa, kak,” akui Ismaliana.

“Saya kacukan,” Marlin pula berkata. “Nenek saya cina, atuk saya jawa, jadi tak tahulah saya ni jadi apa ya.. hehe,” sambung Marlin lagi.

“Oh, kamu cina ke? Patutlah putih, mata sepet, tapi kamu cantik, mesti mak kamu masa muda pun cantik macam kamu. Besok kalau kamu kahwin, anak kamu mesti lagi cantik dari kamu, kamu tengoklah nanti,” Marlin tergelak mendengar kata-kata Kak Norli. “Kahwin?? Belajar pun belum habis lagi, Kak Norli.. hihi.”

“Ya tak iya tak,” Kak Norli terus tergelak. Dia menarik bangku meja makan enam kerusi itu dan menyuakan pada Ismaliana yang paling hampir dengannya. Marlin meletak punggung di kerusi sebelah Ismaliana. Kak Norli terus menuju ke rak pinggan mangkuk dan mencapai dua mug warna merah berbentuk empat segi dan meletakkannya di hadapan mereka berdua.

“Saya tak cantik ke, Kak Norli?” Ismaliana pura-pura merajuk.

“Ishhh, sapa kata kamu tak cantik, mata bulat bersinar-sinar, kulit putih bagai telur dikupas lagi,” puji Kak Norli. Memang relaitinya Ismaliana cantik di matanya.

“Eh, apa kata kamu pergi panggil kawan kamu yang tiga orang lagi tu. Kesian pulak diorang tak dapat makan sekali kuih kalakatar ni. Diorang pun mesti tak pernah makan, kan,” lawa Kak Norli ikhlas. Sebagai jiran dan orang yang lebih tua, dia kasihan melihat mereka tinggal berjauhan dengan keluarga. Masa ini tiada siapa yang paling dekat untuk diminta pertolongan melainkan jiran-jiran berhampiran. Apatah lagi budi bahasa mereka sungguh bagus dan menghormati masyakat di taman tempat mereka tinggal.

Marlin menyeluk poket seluar jeansnya. Dia memang tidak pernah berenggang dengan telefonnya. Dia menyentuh-nyentuh skrin sehingga terpapar nama Sabariah.

“Hello, eh.. ini Abang Kasim Selamat nak jumpa kaulah,” mengekek-ngekek Marlin ketawa. Dia meluruskan jari telunjuknya dibibir memberi isyarat agar Kak Norli dan Ismaliana tidak bercakap. Ismaliana turut menahan ketawa. Kak Norli terus membayangkan membayangkan P Ramlee yang menyucuk matanya dengan garfu dalam filem Ibu Mertuaku.

“Eh, betullah, mana aku ada tipu. Dia kata, dia bawakan lagi terung bakar sambal berlado ni, hihihihi,” Marlin semakin galak. “Haaa.. dia ada kat rumah Kak Norli ni, cepat tau.”

Berderau darah Sabariah bila terdengar nama Kasim disebut Marlin. Entah mengapa sejak kebelakangan ini nama itu cukup mendebarkan dirinya. Apatah lagi bila Marlin memberitahu Kasim berada di rumah Kak Norli. Macammana pula Kasim boleh kenal dengan Kak Norli, dia tertanya-tanya.

“Hah, kenapa dengan kau Oeya?” Rahayu hairan melihat Sabariah menggelabah sambil telefon masih di telinga.

“Errr.. errr..,” Sabariah terhenti bila mendengar suara Marlin tergelak besar di sana. Indrawati yang baru hendak melangkah ke dapur terhenti melihat kelakuan Sabariah.

“Eh, aku guraulah.. ni Kak Norli ajak kita minum petang kat rumah dia. Kau pesan Mak Et, bawa sekali kuih seri muka dia tau,” terdengar suara Marlin di hujung talian.

Merah padam muka Sabariah. Nak kena agaknya Si Marlin ni, suka menyakat. Dia memberitahu tujuan Marlin menelefon kepada Rahayu dan Indrawati.

“Kebetulan pulak, aku memang nak potong kuih hantar kat Kak Norli ni. Korang tunggu sekejap ya,” Indrawati terus berlalu ke dapur. Sebentar kemudian dia keluar menatang sepiring penuh kuih seri muka. “Jom, kita makan kat sebelah, seronok juga makan ramai-ramai ni nak-nak sambil dengar Kak Norli cerita zaman dulu-dulu, hehe,” kata Indrawati.

Mereka terus masuk melalui pintu hadapan yang terbuka sambil memberi salam.

“Waalaikumsalam, ha.. masuk-masuk, mehlah kita makan kuih kalakatar ni,” Kak Norli mempelawa. Dia baru saja meletakkan sepiring kuih kalakatar ke atas meja. Indrawati meletakkan piring kuih seri muka di sebelah kuih kalakatar. Marlin dan Ismaliana leka menikmati kuih kalakatar yang tidak pernah mereka temui sambil memuji-muji keenakan kuih tersebut.

“Kak Norli, ajarlah kami macammana buat kuih kalakatar ni, sedaplah,” pinta Ismaliana.

“Alah, kuih orang dulu-dulu. Kalau korang nak tahu, ini kuih orang Banjar. Kak Norli ni anak banjar tau,” Kak Norli bangga dengan darah keturunan yang mengalir dalam tubuhnya.

“Kebetulan kelapa pun ada lagi, kalau kamu nak, jom kita buat lagi. Haa.. pergilah belah kelapa muda tu, jangan lupa pulak keluarkan airnya dulu, karang banjir pulak rumah akak,” Kak Norli cuba membuat lawak.

“Alah, kak. Saya tahulah, hehe. Mehlah saya belah kelapa tu, err.. memang guna kelapa muda ke kak?” Rahayu menawarkan diri.

“Macam tulah, tu yang buat kuih ni sedap, lemak, isinya pun nanti kamu korek ya,’”Kak Norli memberi arahan. Dia menyuakan parang ke Rahayu sambil mengunjukkan kelapa muda di tepi pintu dapur. Rahayu terus bersila mengadap kelapa muda empat biji di depannya. Masa inilah dia dapat menunjukkan kepakarannya kepada kawan-kawannya. Sebagai anak peneroka, dia telah biasa melakukan kerja-kerja tersebut. Kelapa ditakik. Ismaliana menghulurkan jag untuk menadah air kelapa. Kemudian Rahayu membelah kelapa dan diserahkan kepada Ismaliana yang bersedia dengan sudu untuk mencungkil isi kelapa. Walaupun masih tidak diberitahu resepi sebenar menghasilkan kuih kalakatar ni, mereka tidak membantah arahan Kak Norli. Sementara itu, Indrawati dan Sabariah membantu Kak Norli menyukat tepung beras, tepung gandum dan gula. Marlin pula memanaskan semula ketuhar yang baru digunakan Kak Norli tadi. Selepas itu dia melengser pula loyang dengan margerin seperti yang disuruh Kak Norli.

“Nak belah lagi tak, Kak Norli?” Tanya Rahayu. Dua biji kelapa yang siap dibelah dan dikorek isinya terbongkang di depan pintu dapur.

“Cukuplah tu, dua biji cukup untuk satu adunan,” Kak Norli tersenyum. Rajin betul budak-budak ni. Kalau aku ada adik lelaki memang aku kenen-kenenkan dengan diorang, kata hatinya.

Kak Norli memecahkan telur ke dalam mangkuk besar. Dia menuang gula yang telah disukat Sabariah. Tanpa disuruh Sabariah memukul adunan dengan whisk. Kak Norli kemudian memasukkan air kelapa berselang-seli dengan tepung beras dan tepung gandum. Sabariah terus memukul hingga sebati. Kak Norli menyuruh Sabariah menuang adunan ke dalam loyang yang disediakan Marlin. Loyang diletakkan ke rak paling bawah ketuhar. Sambil menunggu mereka berbual-bual . Kak Norli membuka cerita, khabarnya sekumpulan kanak-kanak yang pergi mengaji terserempak dengan lembaga putih di simpang masuk. Malam itu, anaknya kebetulan demam dan tidak pergi mengaji. Esoknya kecoh mereka bercerita di sekolah. Hanya ternganga mendengar cerita rakan-rakannya dan diceritakan pula pada Kak Norli.

“Isk.. Kak Norli ni, naik bulu roma saya, dahlah saya ni penakut... eiii, takutlah nak tidur lambat-lambat lepas ni,” Ismaliana memeluk tubuh. Dia memang selalu tidur lewat kerana menyiapkan tugasan pensyarah. Selepas itu Ismaliana menyambung pula menerjah blog kawan-kawan mayanya. Marlin menggosok-gosok batang tengkuknya. Entah kenapa bulu romanya berdiri mendengar cerita Kak Norli.

“Betul tak betul, akak tak tahu. Tapi budak-budakkan, manalah diorang nak buat cerita tipu pulak,” Sabariah merapatkan kerusinya ke Rahayu. Walaupun hari masih siang, tapi cerita tentang hantu syaitan ni cukup untuk meremangkan bulu romanya.

“Eh, dah 15 minit, bawa keluar dulu loyang tu, “ Marlin mengeluarkan loyang dari ketuhar. Dia menggunakan alas periuk yang agak tebal namun kejanggalan memasak di rumah orang membuatkan tangannya menggigil-gigil memegang loyang.

“Ha.. baik-baik, jangan terlungkup kat aku pula,” acah Sabariah. Mereka semua tergelak.

Kak Norli mengacau kuih di dalam loyang yang masih belum masak. Kemudian dia menabur pula isi kelapa muda yang telah dipotong-potong kecil oleh Ismaliana. Loyang tersebut dimasukkan kembali ke dalam ketuhar.

“Kak Norli, sambunglah cerita tadi,” walaupun agak menyeramkan, Indrawati masih berminat hendak mendengar.

“Hah, nanti sekejap, akak panggilkan si abang, biar kamu dengar dia cerita sendiri. Jangan tak tidur malam sudahlah ya, jangan malam karang kamu jerit-jerit panggil akak pulak, haha.”

Bersambung... ;-))))

P/S Nak resepi kuih Kalakatar?? Klik sini, terima kasih untuk Kak An PERIUK TANAH.

Wednesday, March 28, 2012

MEE PAK CIK PENDEK KAMPUNG PASIR

ASSALAMUALAIKUM...

LAMA sungguh saya mengidam nak makan Mee Pak Cik Pendek (MPCP) yang gerainya terletak di Kampung Pasir. Urmmm, memang nama gerai tu, Gerai Pak Cik Pendekkah?? Eh, bukan, sebenarnya kitorang saja yang pandai-pandai letak nama pakcik tu Pak Cik Pendek sebab orangnya comel dan tak tinggi tapi bukan kerdil. Sebenarnya bukanlah nak merendah-rendahkan fizikal pakcik tu tapi nak bagi senang cam sebab memang ramai orang yang jual mee kat Kampung Pasir, kan. Tapi dalam ramai-ramai tu, kami sekeluarga paling suka dengan MPCP sebab meenya bertimbun dan dibungkus dengan cara yang klasik macam orang dulu-dulu.. hehehe. Bertahun berniaga, PCP masih mengekalkan cara tradisi membungkus makanan yang dijual di kedainya dan itulah salah satu sebab kenapa saya suka sangat makan MPCP ni. :-)))

Suatu ketika dahulu, kami tinggal di Kampung Sri Jaya yang berjiran dengan Kampung Pasir. Boleh dikatakan selalu sangat kami beli MPCP ni bila dah tiada idea dan lauk pun dah habis. Masa tu harga MPCP ni RM2.50 murah 50 sen dari kedai lain yang menjual makanan yang sama. Bukan sahaja murah, tapi sebaik saja kita buka bungkusan mee tu, bertimbun mee kat dalam tu, boleh makan berdua, tu pun belum tahu habis. Biasanya mesti ada lebih bungkusan makanya nanti jadilah menu sarapan pulak, hehe. Maklumlah, masa beli tu, tamak, semua nak sorang satu, huhuhu.

Tidak lama selepas saya berkahwin dan menetap di tempat sekarang, saya masih lagi singgah membeli MPCP. Tapi masa tu harganya dah naik 30 sen. Alah, 30 sen jer pun... tempat lain semua jual RM3.50 tau. Tapi rasa MPCP tetap tak berubah dari dulu. Dan saya masih lagi mengitar semula MPCP untuk dibuat sarapan sebab terbeli lebih... punyalah tamak.. kan :D

Semalam petang, semasa saya memandu pulang ke rumah dan melalui Plaza Angsana, saya cakap dengan Yaya. Nak makan MPCP tak? Yaya tanya, MPCP??? Alahhh, PCP yang kat Kampung Pasir tu... punyalah lama saya tak pergi sana sampai Yaya pun dah lupa. Saya rasa dekat 3 4 tahun juga tak membeli MPCP, ialah.. keluarga saya (ibu, adik, kakak) pun dah tak tinggal di Kampung Sri Jaya lagi, jadi memang tak lalu lagi kedai MPCP. Yaya tak memberi jawapan. Saya kata, tiba-tiba teringatlah dan saya berniat kalau PCP tu masih buka kedai, saya nak beli lebih sebab nak hantar rumah kakak saya, Angah. Ibu dan adik saya tinggal bersama Angah dan suaminya. Anak Angah tiga tapi yang kecil tu, baru 5 tahun, Indah namanya takkan boleh makan habis sebungkus. Saya mencongak-congak nak beli berapa bungkus agaknya kalau MPCP tu buka.. ;p

Amboiii.. saya rasa senyuman saya sampai ke telinga bila nampak gerai PCP buka. PCP masih sama macam dulu, ramah dengan senyuman. Taklah macam sesetengah peniaga tu, masam mencuka jer rupanya. Kadang bila pelanggan datang buat bolayan jer. Memang alamat saya tinggal balik ajelah kalau macam tu. Yaya kata, "oooo, kedai ni.... nak.. nak...," hah, tengok, Yaya pun suka MPCP tau.. ;-)

Saya menyapa PCP, "Assalamualaikum, Pak Cik... Sihat??"

"Eh, sihat.. dari mana ni??"

"Balik kerja, Cik.." senyum lebar-lebar untung-untung dapat diskaun.

Kakak pembantu kedai yang dari dulu kerja dengan PCP dan suka senyum bertanya, "nak order apa?"

"Errrr... 6 mee kuning, 4 bihun.." uishhhh, tamak sungguh.. cemana leh beli sampai sepuluh bungkus?? Eh, takpe, lebih leh buat sarapan ;p

Rupa-rupanya selepas 3 4 tahun tak datang tu, harga MPCP naik lagi. Saya pasti PCP menaikkan harga meenya sedikit-sedikit sehinggalah semalam sebungkus harga MPCP menjadi RM4. Agak terkejut juga tapi memikirkan dengan kenaikan harga barangan mentah yang mendadak sejak kebelakangan ini, memang wajar PCP menaikkan harga, kalau tidak macammana PCP nak menampung modal bahan mentah, gas, bil api dan elektrik di kedainya, ye tak?


Bila ibu buka bungkusan MPCP tu, ibu terkejut. Macam ni RM4??? Apa untungnya PCP ni, punyalah banyak mee dalam bungkusan tu siap ada udang (walaupun bukan L) dan daging. Oh! Ya, menu di gerai PCP ni bebas dari ayam memang sesuai untuk ibu yang tak makan ayam.
Sudahnya ibu makan syer dengan anak Angah, Izzat. Izzat share juga mee dengan Yaya. (Banyak tak Izzat makan?? ;p) Angah boleh makan mee dia tiga beranak. Bila saya nak balik tu, saya tengok ada berbaki 4 bungkus, dalam kereta memang saya tinggalkan dua bungkus. Satu untuk ER dan satu untuk bekalan sarapan hari ini. Tulah, tamak lagikan.. hihi. Tapi tak apa, MPCP makin perangat, makin sedap. Goreng telur dulu dalam kuali, bila telur separuh masak, campakkan jer MPCP, licinnnnnnnnnnn... hehehe.

Oh, ya.. semalam saya cakap dengan PCP.

"Pak Cik, saya sekarang dah ada blog, nanti saya promosikan gerai pak cik dalam blog saya."

"Oh, kamu dah ada belog ya?? Apakebenda belog tu?? Errr... sama tak dengan Cool Blog tu???"

"Ish, mana sama pak cik. Cool Blog tu ice blended, saya punya blog. Masuk dalam internet."

"Ooooo... gituuuu.."

"Errr... boleh tak saya nak ambil gambar pak cik, nak masukkan dalam blog saya?"

"Eh, tak payahlah... pak cik dah tua, dah tak berapa hensem. Dulu masa pak cik muda-muda, kamu tak nak ambil gambar."

"Alah, dulu tu saya ingat artis jer yang boleh ada blog ni, hehehe."

"Alah, tak usahlah.. pak cik malu... dengan sudip kuali kat tangan ni... tak usahlahhhh.."

Setelah puas memujuk akhirnya dapat juga saya ambil gambar PCP tu. Okey apa pak cik. Taklah tak hensem sangat... hehehe.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/s Tulisan berhuruf merah adalah rekaan penulis semata-mata... ampunnnnnnnnnn!!

Saya nak bagi soalan matematik kat sini, siapa dapat jawab akan menerima hadiah berupa Kredit Top Up Handphone (betul ke ayat ni???) dari mana-mana rangkaian telekomunikasi bernilai RM10... Eleh... RM10 jer punnn... Eh, okeylah tu, RM10 boleh dapat 2 bungkus MPCP ngan air 2 bungkus tauuuu...

Soalan : Berapa kali gandakah harga MPCP telah dinaikkan?

p/s Sebab soalan tu senang, boleh dikatakan semua orang boleh jawab jadi ada soalan tambahan... hehe. Teka warna baju yang PCP pakai semalam. Baju belang maknanya ada dua warna tau.

Jika tiada tekaan warna yang betul, pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang hampir tepat.

Selamat Menjawab.

Eh, tertinggal nak cerita, dulu kalau nak buat hari jadik ibu, kalau tarikh tu jatuh hari kerja, saya bawa tupperware besar gi kedai PCP ni, "Pak Cik, buatkan bihun goreng RM10." Penuh satu tupperware tu tau...

Monday, March 26, 2012

NUKILAN UNTUK TEMAN 2

ASSALAMUALAIKUM...

SAMBUNGAN dari Nukilan Untuk Teman 1 (Sebenarnya tataw nak bagi tajuk apa.. pikirrrr)

MARLIN dan Sabariah tersengih di depan pintu. Di tangan masing-masing menjinjing sesuatu. Tanpa disuruh, keduanya terus masuk seperti sudah biasa. Manakan tidak, mereka turut menyewa bersama Indrawati, Rahayu dan Ismaliana. Sudah lumrah hidup sebagi pelajar yang masih mengharapkan wang ibu bapa seperti mereka untuk menyewa beramai-ramai. Tapi kata Marlin, cukuplah mereka berlima. Tidak selesa rasanya kalau duduk berhimpit-himpit. Kalau boleh cair lemak di badan, okey juga, kata Marlin suatu masa dahulu.

“Korang tengah makan ke?” Marlin terus berjalan ke dapur diekori Sabariah. Marlin mengeluarkan satu bekas empat segi dari plastik merah yang dibawanya tadi.

“Apa tu?” Panjang muncung Ismaliana bertanya.

“Gulai Ikan Duri, mak aku kirim ngan Si Lela,” pantas Marlin menuang gulai ikan duri ke dalam periuk sederhana besar. Masing-masing menelan air liur tidak sabar. Lela merupakan kawan sekampung dengan Marlin, kebetulan dia pulang sekejap ke kampungnya kerana hendak mengambil komputer riba yang dibelikan ayahnya. Senang nak berblog kononnya, budak-budak sekaranglah katakan.

“Sabar ya kawan-kawan, kena kasi panas dulu,” pujuk Marlin.

“Alaa, aku taulah Lin, sabar tu kan dah jadi cam trademark kau, sikit-sikit sabar... sikit-sikit sabar, hehehe,” Sabariah mengusik Marlin. Marlin hanya tersengih.

“Sabar tu kan, separuh daripada imannnnnnnnn,” sambil menepuk-nepuk dada, Marlin mempertahankan hujah. Yang lain semua tergelak dengan telatah Marlin. Marlin terus meletak periuk di atas dapur dan menghidupkan api gas. Sementara menunggu lauk panas, dia meletak punggung di antara Rahayu dan Indrawati. Masing-masing memberi laluan kepada Marlin sementara Sabariah turut menyelit di sebelah Ismaliana.

“Kau beli apa pulak tu, Oeya?” tanya Rahayu. Sabariah yang senang disapa Oeya sejak kecil meletakkan bungkusan polisterin di sebelah Pais Ikan Mayong.

“Takyah masuk pingganlah ya, jimat air nak cuci, hihi,” kata Sabariah sambil membuka bekas polisterin.

“Wowwww! “ Hanya suara yang kedengaran bila masing-masing melihat potongan terung bakar goreng berlado yang tersusun dalam bekas polisterin itu.

“Mesti kau beli kat Warung Kak Jee, kan?” Indrawati terus mencapai sepotong terung dan meletakkan di dalam pinggan nasinya. Dia memicit-micit terung itu mengadunnya bersama sambal yang ditabur udang kering garing dan terus menyuap ke mulut.

“Terbaikkk!!”Indrawati meluruskan ibu jari. Siapa pun kalau singgah ke Warung Kak Jee, pasti akan mengambil lauk terung bakar berlado yang mendapat permintaan hangat itu. “Rajinnya kau singgah Warung Kak Jee tu, jauh jugak tu nak patah balik,” persoalan atau kenyataan yang diluahkan Indrawati kepada Sabariah.

“Aku kirim ngan kawan akulah,” kata Sabariah.

“Siapa tu yang rajin sangat?” tanya Rahayu pula. Ismaliana pula lebih khusyuk menyuap nasi ke mulut.

“Adalahhh... malu nak cakap..”

“Ooo, ni mesti budak yang nak ngurat kau tukan??” tuduh Rahayu.

“Ha.. aa.. mulalah tu nak serkap jarang, biarlah, yang penting kita makan, korang jangan tak habiskan pulak, sedap ni,” Sabariah menukar topik.

“Huh! Nak rahsia-rahsialah tu..,” muncung Rahayu masih panjang tapi tetap laju menyuap.

Benar-benar terlupa dengan topik tadi, masing-masing khusyuk menikmati hidangan yang disajikan. Sekali-sekala terdengar suara-suara memuji masakan Indrawati terutama sayur jantung masak lemak cili padi yang memang telah sekian lama tidak dinikmati.

“Eh, korang ada bau apa-apa tak?” Sabariah menegur. Masing-masing mengerutkan dahi sambil mengemut hidung.

“Gulai akuuuuuuuuuuuu!!” Jerit Marlin. Mujur tidak hangit cuma kuah merah pekat hampir kering. Di tepi-tepi periuk terdapat garis-garis hangit kehitaman, jenuhlah nak menggosok karang, kata hati Marlin. Dia terus menuang gulai tersebut ke dalam mangkuk besar dan meletakkannya di tengah-tengah hidangan.

“Cooooooooooooopppppp!! Kepala aku punya, okehhhh,” Marlin cepat-cepat mencapai sudu dan mengambil sedikit kuah gulai asam pedas.

“Haaaa... tak aci!” Masing-masing turut berebutkan mencapai isi kepala ikan. Terangkat betul menu tengahari tu, ikan duri dan ikan mayong, dua-dua menambat selera. Mujur Indrawati sengaja masak nasi lebih, kononnya boleh dibuat nasi goreng malam nanti tapi akhirnya tinggal koret-koret sahaja, mereka saling berbagi konon tidak mahu membazir. Sayang nasi dibuang-buang, Indrawati teringat pesanan ibu ayahnya.

Selesai makan, mereka mengemas dapur bersama-sama. Sejak tinggal menyewa bersama tidak pernah lagi terjadi perselisihan faham antara mereka. Masing-masing tahu tugas yang perlu dilakukan, tidak perlu disuruh-suruh dan bermasam muka. Petang nanti, bolehlah menikmati kuih seri muka yang dibuat Indrawati. Tugas membancuh teh akan diserahkan kepada Rahayu yang pakar membuat air manakala yang lain nanti tolong makan dan basuh pinggan.

***

Selesai solat Zuhur secara berjemaah, mereka berkumpul di ruang tamu. Masing-masing mengadap komputer riba. Bila perut kenyang semua senyap, masing-masing nampaknya tak mahu mengeluarkan modal air liur. Logo huruf f warna biru ditekan laju dua kali dan terpaparlah itu-ini-begitu-begini. Semuanya hendak dikongsi tanpa memikir kesahihannya atau tidak.

Rahayu mebuka chatbox, group KAWAN SEKEPALA diklik dan terpapar chatbox di kaki skrin.

Rahayu : Eh! Korang

Ismaliana : Yup!

Indrawati : Yo!

Sabariah : Ah!

Marlin : Pedia?

Rahayu : Jom kita pegi belajar buat kek nak?

Indrawati : Nak.. nak.. aku suka

Marlin : Kat mana ada buat kelas?

Ismaliana : Mahal tak? Dia ajar deco tak?

Sabariah : Kalau korang sume gi aku nak join

Rahayu : Jap.. jap.. aku google

Beberapa ketika kemudian...


Bersambung...


ISU BUAH KUNDANG

ASSALAMUALAIKUM...

SAYA masih keliru...

Kenapa buah kundang diambil namanya sempena warna bijinya... yang ungu..

Bukan sempena warna buahnya.... yang jingga...

Hiks!


Baca di sini dan di sinun...

:-))))

Sunday, March 25, 2012

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES




ASSALAMUALAIKUM...

SALAM hujung minggu. Hari ini jom kita pergi main salji di Hokkaido, Jepun. Isk.. betul ke tengah musim sejuk sekarang, kalau tengok pada cuppies ni, macam salji turun sepanjang masa, hiks!

Sudah lama hati saya terpaut dengan kejadian Hokkaido Chiffon Cupcakes ni setelah diperkenalkan oleh ANNLUV CAKES. Masa mula-mula Ann post gambar cuppies ni di fb, saya hanya mampu menelan liur, masa tu mood nak membako memang betul-betul tak ada kerana mixer cap ayam saya berbunyi agak-agak pilu. Rasa macam nak nangis tak berlagu, nak mati tak mati, seram juga kalau tiba-tiba dia buat hal saat kita hendak sediakan meringue. Karang tak jadi HCC, jadilah ia telur dadar bergula, ahakz! Setiap kali bersembang dengan Ann, topiknya tak lari dari HCC ni, dan setiap kali saya berjanji dengan Ann untuk merealisasikannya. Maklumlah, Ann jauh di Kepong, kalau dekat, tentu saja saya akan tempah dengan Ann terus, tidaklah kita telan liur saja, ya tak?

Bila saya postkan gambar RV minggu lepas, Ann tanya saya lagi, "Mana Hokkaidonya???" Hiks, rasa tebal kulit muka, janji.. janji.. tapi masih tak buat lagi.. kih kih. Jadi hari ini saya nekad, kalau agak-agak mixer tu mati masa saya putar putih telur, anggaplah memang tiada rezeki nak berhokkaido dan Alhamdulillah, walaupun mixer tu menjerit nyaring macam kucing, saya kata, lagi sikit.. lagi sikit.. hihi, memutar asal kental. Putar adunan kedua pun saya cepat-cepat, takut mixer kojol sebelum adunan siap, hahaha. Takut juga tak jadi, tapi macam saya kata tadi, kalau ada rezeki saya, dapatlah saya menjamah keenakan HCC yang diwar-warkan oleh Ann ini dan hasilnya Alhamdulillah, syukurrrrr nikmat.

Rasanya??? Memang betul sedap, nak nak pula dengan adanya krim kastard dan strawberry tu. Macam tak boleh berhenti tau... tak percaya, cuba okey. Untuk Ann terima kasih kerana selalu mengingatkan akak tentang HCC ni, kalau tak memanjangnya buat-buat lupa, hiks!

Resepi Bahasa Omputih la.. Saya terjemahkan ikut ayat saya sendiri ya, kalau ikut ayat omputih tu meleret-leret sampai besok tak habis saya translate, hihi....

Hokkaido Chiffon Cupcakes
Sumber : ANNLUVCAKES

Ingredients
-----------
4 egg yolks
30g caster sugar
1 teaspoon vanilla extract
40ml milk
40ml canola & sunflower oil
55g cake flour
20g custard powder
1 teaspoon baking powder

4 egg whites
1/4 teaspoon salt
80g caster sugar

Custard Filling
---------------
100g Instant Pudding (Vanilla Flavoured)
700ml cold milk
or
100g Instant Pudding
600ml heavy cream

Make the custard according to instructions on the package.

Chiffon Cupcakes
----------------
1. Preheat oven to 170°C. Prepare about 8 one-cup-capacity ramekins or dariole moulds; use Texas muffin tin if you do not have individual ramekins or dariole moulds. If you are using Texas muffin tin, line with paper cases. Sift cake flour, custard powder and baking powder three times and set aside.

2. Beat egg yolks and 30g sugar briefly to combine, add vanilla, milk and oil, beat well to combine. Sift flour mixture in a few batches into the yolk mixture and lightly fold in to combine.

3. Whisk egg whites and salt until foamy. Gradually add 80g sugar, spoonful by spoonful, and continue beating. Beat until soft peaks.

4. Scoop 1/3 of the egg white mixture into the yolk mixture and fold in with the balloon whisk. Repeat two more times with the remaining egg white mixture.

5. Divide batter into the ramekins or dariole moulds, filling to about 70-80% full.

6. Give each ramekin or dariole mould a light tap on the kitchen bench to get rid of any large bubbles in the batter; do the same if using muffin tin.

7. Bake for about 20 minutes for muffin tin or metal dariole moulds, or 25-30 minutes for ceramic ramekins, until cooked. Remove from oven and tap again. Let cool (no need to cool upside down).

8. When the cupcakes are cold, use the nozzle of the piping bag to poke a hole on each cupcake and pipe in custard. Stop piping as soon as you see custard oozing out from the hole. Serve straight from the cup with a spoon.


Kalau susah nak faham Mat Saleh tu tulis, meh baca sini.. ;p

Bahan-bahan A :
4 kuning telur (saya guna gred A)
30 gm gula castor (1 1/2 sb)
1 st esen vanila
40 ml susu (saya guna low fat milk)
40 ml minyak jagung/ bunga matahari (guna minyak masak pun boleh tapi berat sikitlah)
55 gm tepung kek
20 gm tepung kastard
1 st baking powder

Bahan B :
4 putih telur
1/4 st garam halus
80 gm gula castor (4 sb)

Cara-cara Alam Sari buat ;-))
1. Panaskan oven 170 darjah selsius. Susunkan cup muffin (jenis keras) ke dalam loyang.
2. Dalam mangkuk adunan yang kering, putarkan putih telur dan garam pada kelajuan tinggi sehingga berbuih. Tambahkan gula sedikit-sedikit. terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk. Ketepikan.
3. Putar kuning telur dan gula hingga agak kembang, masukkan susu dan minyak, terus putar sehingga kembang. (Boleh sambung guna pemukul putih telur tadi, tak yah susah2 cuci :-))
4. Masukkan tepung, putar dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Masukkan 1/3 adunan putih telur tadi. Kaup balik guna spatula sehingga sebati. Masukkan lagi lebihan dan adun sebati.
6. Sudukan (guna senduk kecil cepat sikit) adunan ke dalam muffin cup sehingga 70% atau 80% penuh. hentak-hentakkan muffin cup.
7. Bakar selama 25 hingga 30 minit, gunakan api atas bawah, letakkan tray di tingkat paling bawah.
8. Keluarkan kek apabila masak, hentakkan lagi loyang/ muffin cup anda. Biarkan sejuk sebentar.

Inti ( Saya guna inti kastard)
Bahan-bahan :
300 ml susu sejat/segar/low fat/full cream semua boleh
2 kuning telur (A- kalau B guna 3)
2 sb gula pasir
2 1/4 sb tepung kastard
1 sk esen vanila

Campurkan semuanya ke dalam periuk, kacau guna whisk hingga gula hancur. Panaskan atas api perlahan, gunakan senduk kayu, kacau hingga adunan kental dan meletup kecil. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam piping bag yang dipasang nozel bulat atau bintang.

Cara memasukkan inti ke dalam kek :
Cucukkan hujung nozel ke dalam kek (tengah). Picitkan kastard sehingga inti kastard keluar. Hiaskan dengan strawberry/ blueberry atau mengikut citarasa. Boleh juga picitkan inti blueberry di atas kastard.
Ayakkan icing sugar di atas kek (konon-kononnya saljilaaaaa.. hahaha)

Selamat Menerai ya..

Wassalam.

Friday, March 23, 2012

NUKILAN UNTUK TEMAN 1

ASSALAMUALAIKUM...

WAP panas menerpa ke muka sebaik sahaja tudung pengukus berbalut tuala putih itu disingkap. Berpeluh sekejap muka Indrawati. Dia menepis-nepis wap tersebut dengan tapak tangannya yang mulus. Wajahnya berseri memandang permukaan kuih yang licin. Hijau itu damai, hijau itu seperti taman yang menerbitkan bau wangi setiap kali musim bunga. Tidak sia-sia dia menyelongkar ke dapur-dapur maya. Rasa berbaloi ketekunannya mengadap komputer setiap kali selesai menyiapkan tugasan pensyarah. Betullah kata orang tua, orang perempuan kalau belajar setinggi manapun, duduknya pasti di celah dapur. Sekeras manapun hati seorang perempuan, minatnya pasti tumpah juga ke dunia masakan sekurang-kurangnya untuk memenangi selera sendiri.

“Cepat.. cepat.. aku tak tahan dah ni!” Indrawati terkejut. Dia berlari ke ruang tamu.

“Astaghfirullahal’azim, korang ni cubalah belajar bagi salam sikit...” leternya. Indrawati menahan gelak melihat gelagat Rahayu yang terkocoh-kocoh masuk ke dapur hampir sahaja melanggar dirinya. Ah, biasalah Rahayu, suka benar menahan kalau nak buang air tu, alasannya tandas di kolej kotor, geli, busuk, macam-macam lagi alasannya. Sanggup menahan sehingga sampai ke rumah, dibuatnya terkucil di tengah jalan alamat tak jadilah Razali masuk meminang, baru tau, bisik hati Indrawati.

“Eh, kau masak apa ni, Mak ET? Macam sedap jer... Amboiiii... kau sejak kenal Pak Mat Gebu tu, bukan main lagi kau ya. Kau cuba buat kuih apa pulak hari ni?” Pertanyaan atau omelan, Indrawati kurang pasti tapi antara mereka bertiga, Ismaliana yang mereka panggil Lia tentunya yang paling kecoh. Kalau Ismaliana pulang ke Kota Tinggi, alamat semuanya mati kutu sebab Ismaliana sentiasa ada idea menyemarakkan suasana rumah yang mereka sewa sejak setahun lalu.

“Kau agak? Jeng.. jeng.. jeng...”

Ismaliana buat-buat suspens. “Errr... kau buat kuih belalai gajah ke??”

“Grrrrrrrrr... kau ni, Lia. Suka tau gitu. Haaaa... kalau aku buat kuih belalai gajah kau nak makan ke?”

“Kau guna resepi Pak Mat Gebu kan? Kalau Pak Mat Gebu punya resepi, belalai gajah pun.. belalai gajah laaaaaaa... hehehe,” Ismaliana mula malu kerana menyakat Indrawati. Takut juga kalau tiba-tiba tak dapat makan kuih yang dimasak Indrawati.

“Hah!! Kau masak belalai gajah??” terpa Rahayu. Hadapan bajunya basah termasuk tudung yang masih tersarung di kepala.

“Heiiiiiiii.. kau ni kenapa pulak, Ayu?? Kau mandi tak buka baju ke??” Gelak besar Ismaliana langsung tiada simpati.

“Hehehe.. aku tersalah pusing paip daaaaaa...” Rahayu menyeringai sambil mengebil-ngebilkan kelopak matanya. Lawaklah tu konon, kata hati Ismaliana.

“Urmmm, dah setahun duk sini pun, kau tak kenal lagi mana satu paip nak pusing. Entah-entah kau terkencing dalam kain tak?” Tuduh Indrawati.

“Haaa... kan.. kan... baik kau mengaku, kalau tak aku bilang Razali,” Ismaliana pula mengugut.

“Heiiiiiii... korang ni tak baiklahhhhh. Betullah, korangkan tahu aku suka berangan, hehehe,” Rahayu tersengih malu. “Okey.. okey, tutup kes. Apa yang aku dengar, kau masak belalai gajah??” Berkerut dahi Rahayu masih menunggu persoalan yang tidak dijawab kedua rakan serumahnya tadi.

“Bukanlah, kau tahu sajalah Lia ni, suka buat lawak, tapi betul tau... memang ada kuih belalai gajah tu, hehehehe...”

“Hah, nak... nak....,” cepat sahaja Ismaliana meminta seolah-olah macam petik jari semua turun dari langit.

“Aku belum buat lagi, hihi. Hari ni aku buat Kuih Seri Muka,” Indrawati meluruskan jari telunjuk dan ibu jarinya diletak di bawah dagu sambil mengerlipkan mata. Perasan berseri-serilah kononnya tu.

“Wahhhh... aku suka, jom.. jom potong,” Rahayu bersorak. Hampir sahaja dia lompat bintang di depan rakannya. Kuih Seri Muka telah bertahta di senarai makanan kegemarannya sejak sekolah rendah. Rahayu teringat, setiap pagi sebelum ke sekolah, dia pasti singgah ke warung Kak Ummi untuk membeli Kuih Seri Muka. Pernah sekali Rahayu kecewa kerana Kak Ummi tidak menjual Kuih Seri Muka pagi itu, kelopak matanya bergenang seolah-olah Kuih Seri Muka itu nyawanya.

“Alah, Ayu. Janganlah merajuk. Kak Yatie yang selalu hantar kuih kat sini balik kampung, adiknya nak kahwin,” Kak Ummi memujuk Rahayu.

Barulah Rahayu tahu, semua kuih talam yang cantik-cantik dan sedap-sedap itu dibuat oleh Kak Yatie dan ditumpangkan di warung Kak Ummi. Kak Ummi pula memasak sendiri masakan-masakan lain seperti nasi lemak, mee goreng dan lontong. Setiap hari Jumaat pula, Kak Ummi akan membuat juadah lebih, selera pantai timur, katanya. Kadang-kadang Kak Ummi buat nasi kerabu, kadang nasi minyak, pernah juga Kak Ummi buat nasi dagang. Kak Ummi kata, hari Khamis orang dah kerja keras, jadi hari Jumaat kena makan lebih. Rahayu cuma mengangguk mendengar cerita Kak Ummi kepada pelanggan-pelanggannya. Haiiii, apalah khabarnya Kak Ummi sekarang, tiba-tiba Rahayu rasa rindu sangat dengan Kak Ummi.

Indrawati dan Ismaliana ternganga melihat Rahayu. Seperti melihat kartun dalam suratkhabar pula, seolah-olah atas kepala Rahayu ada bulatan-bulatan putih yang keluar kecil sahaja bentuknya dari atas kepala Rahayu diikuti satu bulatan yang membesar. Seolah-olah ada satu skrin pula yang menayangkan anganan Rahayu.

“Heiii! Yang korang ternganga ni, apasal?” Rahayu menjerit kecil.

“Hehehe... biasalah.. kita tengah tengok tayangan gambar atas kepala kau tu...” ejek Ismaliana.

“Huh! Mencik tau,” Rahayu cepat-cepat melangkah ke dapur. Sungguh tadi dia tak perasan ada periuk kukusan di atas dapur. Aroma daun pandan singgah ke hidungnya.

“Urmmmm.. terima kasihlah, Mak ET. Kaulah sahabat aku dunia akhirat,” Rahayu memeluk Indrawati. Berjauhan dari keluarga yang ada cumalah teman tempat bermanja. Walaupun mereka saling sakat-menyakat namun jauh di hati mereka langsung tidak terlintas untuk menyakitkan hati kawan.

“Aku???” Ismaliana mencelah.

“Kaupun kawan aku dunia akhirat jugak, Lia,” Rahayu menarik Ismaliana ke dalam dakapannya. Ismaliana cepat-cepat memeluk Rahayu.

Indrawati menunjukkan loyang kuih seri muka yang baru dibuatnya. Rahayu menyentuh loyang tersebut.

“Panas,” Rahayu terjerit.

“Memanglah, aku baru masak. Ni nanti dah sejuk baru boleh potong,” Indrawati menyabarkan Rahayu dan Ismaliana.

“Habis sekarang ni aku lapar, nak makan apa ya?” Ismaliana mengeluh. Rahayu menyokong soalan Ismaliana.

“Oooo, korang ingat aku ni orang gaji korang bawa masuk dari Bandung ke? Bayarlah gaji aku RM700 sebulan, nanti aku masak untuk korang hari-hari,” Indrawati membesarkan biji matanya.

“Alah, terlanjur kau tak ada kelas hari ni, apalah salahnya masak untuk kengkawan sekali-sekala, kan, Ayu..” Ismaliana tersengih-sengih. Indrawati orangnya memang tidak berkira apatah lagi kalau hal menjamu kawan-kawan. Ada sahaja yang hendak dipraktikkannya selepas belajar secara teori di dapur maya. Bila sahaja mendapat tahu, kuliahnya pada hari ini dibatalkan kerana pensyarahnya terlibat dengan bengkel peperiksaan, terus macam-macam resepi yang pernah disalinnya melintas di kepala untuk dijadikan santapan. Mujur juga Ismaliana dan Rahayu jenis yang tidak cerewet, orang kata jenis tolak batu dengan kayu sahaja, yang lain semuanya disapu.

“Betul.. betul.. betul...” Rahayu menyokong lagi. Sokong sajalah kerjanya setiap kali Ismaliana mengaju pendapat.

“Ialah.. ialah tu.... Sebab aku sayangkan korang, hari ini aku masakkan korang Pais Ikan Mayong. Aku ambil resepi dari Alam Sari tau.” Beritahu Indrawati bangga.

gambar ni baru upload.. boringkan story kalau tiada gambar hiasan :-)))

“Pehhh.. memang terbaikkkklah kau, Mak ET. Ni yang kitorang cayanggggggg sangat kat kau ni,” Ismaliana memeluk.

“Okey.. okey.. kalau dari tadi asyik terpeluk-peluk, bila pulak kita nak makan ya??” Rahayu tidak sabar hendak meratah ikan mayong. Kalau ada telur-telur sekali mesti tak sedar kalau Abang Razalinya lalu di belakang, kata hatinya.

“Banyak cakap, ambil pingganlah, senduk nasi. Sayur tu aku ambil resepi kat blog Cupcakekasih, Masak Lemak Jantung Pisang Cili Api.”

“Aiiii... tu bukan blog orang jual kek ke??”

“Hahaha.. tak percaya ke? Kalau tak percaya nanti korang tengok sendiri, okeh. Sekarang kita makan dulu. Jom.. jom...”

Tiba-tiba...

“Assalamualaikummmm...” panjang suara orang memberi salam.

Mereka saling berpandangan, “Waalaikumussalam...”

Rahayu cepat-cepat bangun. Dari nada suara, macam kenal sangat orangnya. Tombol pintu dipulas, terpacullah dua wajah yang amat dikenali.

Siapakah mereka?????


Watak Pilihan & Kenapa? :

Indrawati ~ dikenali sebagai Mak Et, beliau pengomen setia di fb saya.. terima kasih Mak Et.. mwahhhhhh!!...

Ismaliana ~ pengomen setia blog Alam Sari.. hehehe.. mwahhhhhhhhh!!

Rahayu ~ tak pernah jemu mengajak saya setiap kali ada gathering di kalangan blogger, terima kasih kerana sentiasa mengingati kakak sibermu ini, mwahhhhhh!!

Pertama kali jumpa mereka bertiga di sini. :-))))

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?