Labels
aaron aziz
acar
aidilfitri
apa cerita
apam
asam pedas
award
ayam
bali
Bandung
Batam
bihun
bloglist
blueberry
bola
boycott
burger
cake in jar
cendawan
cerita bersiri
coklat
cream puff
cucur
daging
diabetes
doa
donut
durian
fear factor malaysia
fettucinne
GA
gulai kawah
gyoza
hari lahir
hidayah
ikan
jalan-jalan
Johor
kad
kaki
kambing
karaoke
kari
keju
kek
kek cawan
kenangan
kentang
kepala
ketam
kisah pelajarku
kucing
kuey teow
kuih melayu
kuih tradisi
laksa
lala
lawak
legoland
lembu
lemon
link best
macaron
makan
makanan laut
masakan barat
maulid
meatball
medan
mee
minuman
muffin
myChef
Mykad
nangka
nasi
no label
novel
nukilan untuk teman
ombre
oreo
panduan
pasta
pastri
pavlova
pencuci mulut
penne
petua
pie
pie maker
pisang
pizza
promo
pulut
racun
rainbow cake
ramadhan
red velvet
rendang
resepi adigun
resepi ibu
roselle
roti
roti jala
safee sali
saja
salam
sambal
sejarah
SeriKandi Cintaku
siput
soto
sotong
spaghetti
sup
swans cream puff
tagged
tapai
tart
tauhu
tayar
tazkirah
telur
tempahan
terbang
tetel
tinggi
tortilla
tudung
tulang
twisties
udang
ulangtahun perkahwinan
wang
wordless wednesday
yang popular
Yaya
zonan
Contributors
Friday, August 31, 2012
Wednesday, August 29, 2012
LEBARAN HARI MELEBARKAN BADAN???
ASSALAMUALAIKUM...
DIAM tak diam hari ini sudah 11 hari kita meraikan kemenangan sebulan Ramadan. Yaya bercerita, kawan-kawannya (termasuk dialah kottt) kena marah dengan ustaz di sekolah sebab sibuk lagi nak beraya.
"Eh! Siapa yang bagitahu dengan awak raya ni sebulan??? Kita raya sehari ajelah. Kalau raya haji kita raya empat hari. Mana ada orang raya sebulan!!"
Rasanya kita perlu mengubah persepsi raya di kalangan anak-anak sekarang yang jauh terpesong. Mereka menganggap raya tu sebulan dan duit raya adalah wajib sedangkan sebenarnya bukan itu yang dituntut agama. Tetapi kalau ada rezeki lebih tak salah untuk kita berkongsi dan selagi ada Syawal, tak salah untuk kita merai sambil merapatkan silaturrahim. Itulah yang perlu kita ingatkan kepada mereka.
Cerita raya saya tahun ini biasa-biasa sahaja. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini yang mana saya akan pulang ke kampung ER sama ada pada raya pertama atau ketiga, tahun ini kami hanya beraya di sekitar Johor Bahru dan tak banyak rumah pun yang kami pergi memandangkan cuaca yang kurang baik dan asyik tersangkak sahaja bila nak keluar rumah tu. Jadi, bila dah tersangkak sahaja perjalanannya, tiada aktiviti lain selain makan dan makan. Juadah raya kami tahun ini dari segala ketupat nasi sampai segala ketupat pulut. Kalau rajin bolehlah baca senarai menu berikut : ketupat nasi daun kelapa, ketupat nasi segera, nasi impit, burasak, ketupat palas, ketupat luwe, lepat, lemang, rendang daging mak mertuaku, rendang daging makku, ayam kari, ayam merah, sayur lodeh, sayur goreng, serunding kelapa, serunding daging dan entah apa lagi. Tak ada gambar sebab sama jer rupanya dengan orang lain punya cuma mungkin saya punya lagi sedap, ekeke. Yang paling istimewa tahun ini rendang daging mak mertuaku tu adalah pertama kali saya memasaknya. Eh, teringat ada gambar ER masukkan dalam fb siap dengan ucapan terima kasih.. hehe. ER kata sedap sama dengan mak dia masak. Kakak sepupu ipar saya yang kakak iparnya (faham tak pangkat apa ni??) orang Kedah pun kata sedap, sama rasa dengan orang Kedah masak. pendek kata memang sedaplah.. perasannnnnn. Panjang kata pulak.. LEBARAN ialah hari untuk meLEBARkan badan... gitewwwww..
Saya juga dapat beraya dengan kawan-kawan zaman remaja. Rasa macam pakai baju sekolah jer bila jumpa diorang ni padahal masing-masing dah beranak-pinak.
Oh Oeya!!!
Kan dah kata, saya dan Oeya bersaudara...
Ini pula hadiah saguhati GA Kak Shahriah Novelis. Walaupun saguhati banyak juga hadiahnya cuma rasa sedikit kuciwa sebab tak menang novel walaupun hampir tergolek depan PC dok scroll atas bawah cari jawapan kuiz.. huhuhu.
Kad raya dari Citarasa Rinduan. Walaupun tak dapat kad raya yang ada lagu dan lampu tapi saya suka!!! Terima kasih CR atas ingatanmu yang putus terhadapku.
P/S Lappy saya dah kongkalikong... tengah korek tabung, kalau cukup kiraannya dapatlah saya jalan-jalan kat blog kawan-kawan. Ni guna PC zaman Tun Razak, sakit bahu ketuk keyboard, huhu. Terbatas nak hantar komen dan sebagainya, maaf ya kalau belum ada kunjungan balas. Doakan saya cukup duit, hehehe.
DIAM tak diam hari ini sudah 11 hari kita meraikan kemenangan sebulan Ramadan. Yaya bercerita, kawan-kawannya (termasuk dialah kottt) kena marah dengan ustaz di sekolah sebab sibuk lagi nak beraya.
"Eh! Siapa yang bagitahu dengan awak raya ni sebulan??? Kita raya sehari ajelah. Kalau raya haji kita raya empat hari. Mana ada orang raya sebulan!!"
Rasanya kita perlu mengubah persepsi raya di kalangan anak-anak sekarang yang jauh terpesong. Mereka menganggap raya tu sebulan dan duit raya adalah wajib sedangkan sebenarnya bukan itu yang dituntut agama. Tetapi kalau ada rezeki lebih tak salah untuk kita berkongsi dan selagi ada Syawal, tak salah untuk kita merai sambil merapatkan silaturrahim. Itulah yang perlu kita ingatkan kepada mereka.
![]() |
| Pertemuan di hari raya selepas setahun tidak berjumpa.. yang berbaju Melayu merah jambu tu adalah abang sepupu saya yang paling tua di sebelah abah. Beliau juga merupakan seorang blogger, blognya di SINI. |
![]() |
| testing.. testing... masa ni malam raya, ER sedang menguji rendang.. LULUS!!! |
Oh Oeya!!!
![]() |
| kami sedara sepusat sepusing gitewww |
![]() |
| di kiri dan kanan anak saudara Oeya dan saya. Yang tengah tu Cik Embun ;-) (gambar cilok instagram sape ek???) |
Kad raya dari Citarasa Rinduan. Walaupun tak dapat kad raya yang ada lagu dan lampu tapi saya suka!!! Terima kasih CR atas ingatanmu yang putus terhadapku.
P/S Lappy saya dah kongkalikong... tengah korek tabung, kalau cukup kiraannya dapatlah saya jalan-jalan kat blog kawan-kawan. Ni guna PC zaman Tun Razak, sakit bahu ketuk keyboard, huhu. Terbatas nak hantar komen dan sebagainya, maaf ya kalau belum ada kunjungan balas. Doakan saya cukup duit, hehehe.
Labels:
aidilfitri,
apa cerita
Friday, August 17, 2012
SALAM AIDILFITRI 1433H
ASSALAMUALAIKUM...
HENDAK berpantun kurang pandai, hendak bergurindam tidak kena, hendak bersyair suaranya sumbang hanya menaip di lembaran percuma. (percuma ke??? bil elektrik dan internet bukannnya percuma.. ;p)
Sepanjang melayari alam maya ini dengan coretan-coretan saya yang biasa dan kunjungan dan komen saya ke blog kawan-kawan mungkin ada yang tercuit rasa, terasa hati dan tersuspens pun ada (rasa tertipu???) saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf. Saya hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sudilah memaafkan. Bagi yang akan pulang ke kampung, yang akan berhari raya jauh atau dekat, marilah kita berdoa semoga dipermudahkan dan dilancarkan perjalanan kita, hati-hati memandu ya, semoga Aidilfitri tahun ini akan membawa 1001 kenangan yang manis dalam diari lebaran kita.
Salam Sayang dari Alam Sari.
Labels:
aidilfitri
Wednesday, August 15, 2012
MALANG YANG BERBAU & CARA TUKAR TAYAR KERETA YANG PEREMPUAN WAJIB BELAJAR
ASSALAMUALAIKUM...
"AISH!!! Babah memang nak pergi tukar tayar tadi, tapi pasal nak ambil cek dengan client tu babah ingat nak buat esok.. ishhh!" Tergambar kesal yang tak sudah di wajah ER. Saya sendiri memang tersangat sedih bila ditimpa musibah di saat semua orang mungkin sedang bersiap-siap menyediakan juadah berbuka. Tengok jam lebih kurang 6.40 petang. Sepatutnya ketika ini kami dah berada di rumah tapi kini tersadai di tepi jalan betul-betul berhadapan dengan tapak projek Pulai Hijauan. Mujur ada satu kawasan lapang di pinggir jalan tu, kalau tidak seram juga takut disambar lori yang laju membelah jalanraya.
Sebenarnya ada beberapa kemujuran semalam ketika tayar kereta hadapan sebelah kanan kami pecah semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil Yaya pulang dari sekolah agama.
Tengok pun tahu memang jenis yang suka nak marah bila ditimpa masalah, kan. Saya tahu tayar simpanan memang ada di bonet. Yang saya musykil ialah alatan untuk menukar tayar tu sebab saya tak pernah nampak dalam bonet kereta. Huhu. Saya tanya ER, dia kata... "Mana ada," dengan nada sedih.Dia hilang ingatan sekejap rupanya. ER tekan-tekan telefon untuk telefon Gary, mekanik kereta kami. Saya alihkan barang-barang dari bonet kereta terus hulur pada Yaya (Kami guna MPV jadi bonetnya bersambung terus dengan tempat duduk penumpang). Bonet dah 'clear' saya selak ruang tayar nampak satu beg mengandungi wheel brace di atas tayar simpanan. Saya tunjuk dengan ER, ER angguk-angguk, lega barangkali.
"Okey, takpeee.. i cuba tukar tayar guna tayar spare ini sendiri dulu nanti i datang sanalah bawa pelan-pelan," terdengar ER bercakap-cakap di telefon.
Maka tertonggeng-tonggenglah ER memulas jek meninggikan badan kereta. Agaknya dah sedia lahir berdarah Tun Teja, saya memang tak boleh senang duduk tengok saja. Berkali-kali saya menawarkan pertolongan tapi ER macam susah jer nak bagi, tak percaya ke??? Agaknya bila dah penat tertonggeng-tonggeng tu, barulah ER hulur besi jek untuk nak naikkan jek tu sementara dia pulak pulas nut skru tayar yang kempis. Dekat situ dia dah keliru nak putar arah mana. ER ni jenis lelaki pejabat dan saya pula teknikal.. bezagila kan.. hehe. Saya tunjuk ER arah yang betul untuk buka nut. ER memang selalu keliru bab skru dan nut ni.
Bila dah saling kerjasama, seorang naik/ turun jek, seorang buka/ tukar tayar maka segala-galanya terus jadi mudah. Dalam masa tak sampai setengah jam kami siap tukar tayar tu. Alhamdulillah. Terus ER boleh buat lawak raya ni nak balik Kuala Ketil sebab sekejap lagi terus pergi bengkel dan tukar tayar kereta baru.. huhu.
Maka buat pertama kalinya tahun ini kami bertiga beranak berbuka dalam kereta. Adushhhh! Sayu jer rasa hati masa kunyah burger Malaysia yang beli di BBU. Air pun tak ada dalam kereta rasa macam nak tersengkang jer kat tekak. Saya sempat juga bagi tazkirah dekat anak bapak dua orang ni. 'Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tarik satu nikmat sebab Dia nak bagi nikmat yang lain. Allah akan menduga hamba-Nya setakat yang kita mampu. Allahkan suka menduga hamba-Nya yang beriman.....' ya.. gitewlah konon-kononnya perasan macam baik sangat bila diuji dengan ujian yang sedikit sedangkan ada orang lain yang menempuh musibah yang lebih besar.Wallahualam.
Jom belajar cara tukar tayar kereta, wajib tahu ni tau ;-)))
1. Pancitkan tayar kereta... eh! Jangan!!! Tak pancit pun boleh tukar.. jom main tukar-tukar.. hehe.. Pastikan anda meletak kenderaan/ berada di atas jalan yang keras dan rata.
2. Buka bonet, tengok ada jek tak? Orang putih kata 'jack'. Ada? Okey, bawa keluar. Jek ni percuma (percuma ke) dengan pembelian sebijik kereta ok, kalau tak ada hantar report ke tribunal pengguna. Rupa jek??? Tengok bawah. Letak di bawah kereta kira-kira dua tiga jengkal dengan tayar yang nak tukar. Jangan naikkan dulu ya sebab nanti kalau longgarkan skru, tayar pun main pusing-pusing macam WANG BESAR! WANG BESAR!
3. Ada WHEEL BRACE tak? Atau orang Melayu kata pembuka (nut) tayar. Pun percuma dengan pembelian kereta. Mesti ada, kalau tak ada beli, pastikan ada satu dalam kereta. Ada macam-macam rope, tengok SINI.
4. Sekarang longgarkan nut -nut skru pada tayar kereta anda yang pancit dengan menggunakan wheel brace. Cara longgarkan dengan memusingnya mengikut arah lawan jam. Dah buka semua nut, nut jangan buang, jangan lempar merata-rata. Letak tepi, jangan letak bawah kereta nanti susah nak cari ;p.
5. Okey, sekarang masa untuk menggunakan tenaga Tun Fatimah anda untuk naikkan jek. Kalau tak kuat, minum dulu air Kacip Fatimah OK. Naikkanlah anggaran anda boleh tarik keluar tayar kereta anda dan masukkan tayar yang baru. Jangan naik tinggi-tinggi pulak, cukuplah boleh keluar dan boleh masuk tayar tu semula.
6. Pasang semula nut, kalau ada empat pasanglah empat-empat. Kalau ada lima jangan tinggalkan salah satu, semua mesti pasang. Turunkan sedikit jek untuk ketatkan tayar kereta, arahnya ikut jamlah ya. Yang akhir-akhir tu dengan membiarkan wheel brace masih berada di nut/ skru tayar, anda pijaklah wheel brace tu untuk mengetatkan nut/ skru supaya lebih yakin kekejapan nut/ skru apabila memandu. Jangan lupa ketatkan ke-empat-empat nut/ skru dengan gaya yang macho.
7. Haaa.. kalau yang anda tukar tadi memang betul tayar pancit, janganlah bertangguh-tangguh untuk menukar tayar yang baru demi keselamatan anda dan keluarga anda.
8. Amaran : Jika anda berada di bahu jalan, jangan lupa letakkan tanda amaran, okey.
Nota : Gambar menukar tayar takde, semua orang tengah stress karang ada kamera kena humban atas jalan, dahlah nak raya ni....
P/S : Yang mana satu betul Sari ni, nut ke skru? Errr.. sebenarnya nut tu yang mengikat skru tayar tu. Lubang pada rim tayar tu kena masukkan pada skru dan ikat dengan nut. Tak faham?? Praktikkan sekarang!
"AISH!!! Babah memang nak pergi tukar tayar tadi, tapi pasal nak ambil cek dengan client tu babah ingat nak buat esok.. ishhh!" Tergambar kesal yang tak sudah di wajah ER. Saya sendiri memang tersangat sedih bila ditimpa musibah di saat semua orang mungkin sedang bersiap-siap menyediakan juadah berbuka. Tengok jam lebih kurang 6.40 petang. Sepatutnya ketika ini kami dah berada di rumah tapi kini tersadai di tepi jalan betul-betul berhadapan dengan tapak projek Pulai Hijauan. Mujur ada satu kawasan lapang di pinggir jalan tu, kalau tidak seram juga takut disambar lori yang laju membelah jalanraya.
Sebenarnya ada beberapa kemujuran semalam ketika tayar kereta hadapan sebelah kanan kami pecah semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil Yaya pulang dari sekolah agama.
- Kami melalui jalan belakang/ highway GP yang agak lengang. Tak boleh dibayangkan jika kejadian berlaku di Jalan Skudai yang sesak ditambah pula biasanya ER akan memandu di lorong paling kanan.
- Lori bersaiz sederhana yang terletak selang satu kereta di hadapan kami tiba-tiba memperlahankan kenderaan sedangkan sebelumnya agak laju
yang mengekornya tentulah laju juga. Yang peliknya kenapa tiba-tiba lori tu perlahan sedangkan tiada apa yang menghalang di depan. Mungkinkah dia telah terpandang di cermin sisinya yang tayar kereta kami mengempis kerana ketika itu kami sedang berada di selekoh dan cuba memberi satu isyarat kepada kami? Masa inilah ER merasa keadaan kereta/ stereng tidak begitu stabil. - Saya baru sahaja belajar/ tengok orang tukar tayar depan bijik mata.. hehehe.
"Okey, takpeee.. i cuba tukar tayar guna tayar spare ini sendiri dulu nanti i datang sanalah bawa pelan-pelan," terdengar ER bercakap-cakap di telefon.
Maka tertonggeng-tonggenglah ER memulas jek meninggikan badan kereta. Agaknya dah sedia lahir berdarah Tun Teja, saya memang tak boleh senang duduk tengok saja. Berkali-kali saya menawarkan pertolongan tapi ER macam susah jer nak bagi, tak percaya ke??? Agaknya bila dah penat tertonggeng-tonggeng tu, barulah ER hulur besi jek untuk nak naikkan jek tu sementara dia pulak pulas nut skru tayar yang kempis. Dekat situ dia dah keliru nak putar arah mana. ER ni jenis lelaki pejabat dan saya pula teknikal.. beza
Bila dah saling kerjasama, seorang naik/ turun jek, seorang buka/ tukar tayar maka segala-galanya terus jadi mudah. Dalam masa tak sampai setengah jam kami siap tukar tayar tu. Alhamdulillah. Terus ER boleh buat lawak raya ni nak balik Kuala Ketil sebab sekejap lagi terus pergi bengkel dan tukar tayar kereta baru.. huhu.
Maka buat pertama kalinya tahun ini kami bertiga beranak berbuka dalam kereta. Adushhhh! Sayu jer rasa hati masa kunyah burger Malaysia yang beli di BBU. Air pun tak ada dalam kereta rasa macam nak tersengkang jer kat tekak. Saya sempat juga bagi tazkirah dekat anak bapak dua orang ni. 'Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tarik satu nikmat sebab Dia nak bagi nikmat yang lain. Allah akan menduga hamba-Nya setakat yang kita mampu. Allahkan suka menduga hamba-Nya yang beriman.....' ya.. gitewlah konon-kononnya perasan macam baik sangat bila diuji dengan ujian yang sedikit sedangkan ada orang lain yang menempuh musibah yang lebih besar.Wallahualam.
Jom belajar cara tukar tayar kereta, wajib tahu ni tau ;-)))
1. Pancitkan tayar kereta... eh! Jangan!!! Tak pancit pun boleh tukar.. jom main tukar-tukar.. hehe.. Pastikan anda meletak kenderaan/ berada di atas jalan yang keras dan rata.
2. Buka bonet, tengok ada jek tak? Orang putih kata 'jack'. Ada? Okey, bawa keluar. Jek ni percuma (percuma ke) dengan pembelian sebijik kereta ok, kalau tak ada hantar report ke tribunal pengguna. Rupa jek??? Tengok bawah. Letak di bawah kereta kira-kira dua tiga jengkal dengan tayar yang nak tukar. Jangan naikkan dulu ya sebab nanti kalau longgarkan skru, tayar pun main pusing-pusing macam WANG BESAR! WANG BESAR!
| gambar pinjam wikipedia |
3. Ada WHEEL BRACE tak? Atau orang Melayu kata pembuka (nut) tayar. Pun percuma dengan pembelian kereta. Mesti ada, kalau tak ada beli, pastikan ada satu dalam kereta. Ada macam-macam rope, tengok SINI.
![]() |
| gambar pinjam wikipedia |
4. Sekarang longgarkan nut -nut skru pada tayar kereta anda yang pancit dengan menggunakan wheel brace. Cara longgarkan dengan memusingnya mengikut arah lawan jam. Dah buka semua nut, nut jangan buang, jangan lempar merata-rata. Letak tepi, jangan letak bawah kereta nanti susah nak cari ;p.
5. Okey, sekarang masa untuk menggunakan tenaga Tun Fatimah anda untuk naikkan jek. Kalau tak kuat, minum dulu air Kacip Fatimah OK. Naikkanlah anggaran anda boleh tarik keluar tayar kereta anda dan masukkan tayar yang baru. Jangan naik tinggi-tinggi pulak, cukuplah boleh keluar dan boleh masuk tayar tu semula.
6. Pasang semula nut, kalau ada empat pasanglah empat-empat. Kalau ada lima jangan tinggalkan salah satu, semua mesti pasang. Turunkan sedikit jek untuk ketatkan tayar kereta, arahnya ikut jamlah ya. Yang akhir-akhir tu dengan membiarkan wheel brace masih berada di nut/ skru tayar, anda pijaklah wheel brace tu untuk mengetatkan nut/ skru supaya lebih yakin kekejapan nut/ skru apabila memandu. Jangan lupa ketatkan ke-empat-empat nut/ skru dengan gaya yang macho.
7. Haaa.. kalau yang anda tukar tadi memang betul tayar pancit, janganlah bertangguh-tangguh untuk menukar tayar yang baru demi keselamatan anda dan keluarga anda.
8. Amaran : Jika anda berada di bahu jalan, jangan lupa letakkan tanda amaran, okey.
Nota : Gambar menukar tayar takde, semua orang tengah stress karang ada kamera kena humban atas jalan, dahlah nak raya ni....
P/S : Yang mana satu betul Sari ni, nut ke skru? Errr.. sebenarnya nut tu yang mengikat skru tayar tu. Lubang pada rim tayar tu kena masukkan pada skru dan ikat dengan nut. Tak faham?? Praktikkan sekarang!
Labels:
apa cerita,
kenangan,
tayar
Tuesday, August 14, 2012
ASAM PEDAS KEPALA LEMBU
ASSALAMUALAIKUM...
BILA sebut sup ekor lembu
semua orang suka
sup kaki lembu...
pun ada yang suka
sup otak lembu...
suka..
sup perut lembu
sup lidah lembu..
suka
suka
sup kepala lembu???
errrr
errrkkkk
semalam mak saya masak
asam pedas kepala lembu
janganlah bayang macam orang masak kari kepala ikan
kepala ikan sebiji dalam mangkuk
orang masak kaki lembu
potong-potong
masak ekor lembu
potong-potong
masak kepala lembu
potong-potonglah juga
urmmm...
Yaya tambah-tambah nasi
penangan asam pedas kepala lembu nenek
hehehe..
P/S Perkataan lembu dipotong sebab jarang orang sebut perkataan lembu tu untuk sup ekor, sup perut, sup otak.. kannnn... tak ada maksud apa-apa pun...
P/S Sup Torpedo pernah makan???
Labels:
asam pedas,
kaki,
kepala,
lembu,
sup
Thursday, August 9, 2012
LOMPANG DERHAKA
ASSALAMUALAIKUM...
"OLEH SEBAB KAU DERHAKA, AKU SUMPAH KAU TAK ADA LESUNG PIPIT!!!"
ekekeke...
Teringin sangat nak buat kuih lompang selepas ditayang oleh Lela Lelord (cantik giler Lelord punya lompang)
dan...
Mamamya!!! (Ya Ampunnnn.. berseri-seri lompang Lia)
bila Cik Embun post status nak makan kuih lompang
wahhh! adalah kawan nak saing makan
tapi tak ada lak acuan lompang
aptb!!
tapi..
guna jerlah acuan apa yang ada..
sudahnya..
terkenalah sumpahan lompang..
aka
kuih kaki pukul
yang
tak ada lesung pipit...
;p
resepi tu tak salah
sebaliknya saya yang degil
terima kasih kepada...
Ratu Kuih Talam dan..
Ratu Segala Kuih...
lain kali saya janji tak akan derhaka lagi..
;-)))))
Nota untuk Kak Zakie :
Saya suka kelapa banyak-banyak...
satu lagi sebab nak cover lesung pipit
yang tak jadi...
hihihihihihi..
Meh.. meh!
Ketawalah lagi
ahahahai!
ahahahai!
Ketawalah lagi
Dah...
cukup-cukuplah
ketawakan saya
^_^
P/S : Walaupun tak ada lesung pipit tapi tetap sedapppppppp!!
Labels:
apa cerita,
kuih melayu
Wednesday, August 8, 2012
Tuesday, August 7, 2012
MEE SARANG
ASSALAMUALAIKUM...
Masih mengantuk lagi gara-gara tidur lewat semalam, ditambah lagi bangun awal pagi menyiapkan hidangan sahur untuk anak dan suami. Bulan puasa ini macam dah nak tertanggal rasanya segala tulang temulang. Tinggal masih ada kulit dengan daging sahaja kalau tak rasanya tulang tu dah jatuh satu... satu... bila saya daki tangga bilik pejabat saya yang terletak di tingkat 4, kata kawan saya, saya ni duduk atas kayangan ;-))) Kadang-kadang saya cakap dengan ER, kalaulah saya ni robot-robot dalam permainan 'Sim' mesti dah merah meternya. Lama-lama terlentang dekat tengah-tengah jalan (siapa yang pernah main 'sim' mesti tahu akibat kalau orang 'sim' tu kehabisan tenaga.. hehe). Mujur sahaja saya ini orang betul yang terima segala seadanya. Alhamdulillah, masih diberi keizinan untuk bernafas sehingga hari ini walaupun kadang-kadang dada ni rasa dah sempit bila nak hembus keluar masuk oksigen dengan karbon dioksida. Agaknya sebab banyak sangat makan makanan berkolesterol... ;p
Ada tak yang teruja tengok kejadian mee saya ni? Saya kira sampai tiga kalau tiada siapa angkat keyboard agaknya tak ada yang berminat kot...
1....
2...
3.....
....... hurmmmmm... eh! Eh! Saya nampak ada yang angkat keyboard tu, yang angkat laptop pun ada tu.. Kak Zakie, Kakcik Seroja, KKida, Kak Jun, Kak Zuwaidah, Oeya, Kak Zana, Ayu, Mak ET, Mamamya, Ibu Yusuf, Zurina, Salmi, Kak Atie, Kak Anie, Yus, Ijah, Susumanis, Akak Pokok Manggis, Lelord, Nur, Qaseh, Quinnie, Cheetah, Mamasara, Indah, Tun Telani, Inahar, Mas, Kak Gerau, CT... amboihhhhh, ramainya CT yang angkat tangan tu..., cousin-cousin saya pun ramai yang angkatkaki tangan tu, Aziela.. (Aziela, akak sedar gak masalah loading tu.. huhu.. akan cuba diselesaikan yer..). cayang semua yang sudi singgah di sini selalu dan tinggalkan komen di Alam Sari yang tidak sepertinya ini tau. Yang tak sebut nama tu saya terlindung tak nampak.. sori ehhhh. Eh, Cik Embun pun ada... dan anak-anak muridkuuuuuuu..
Resepi Mee Sarang Versi Alam Sari ni mudah sahaja. Saya ni sebenarnya malas nak kecah-kecah letak banyak sangat bahan. Biasanya kalau masak-masak mee tu saya akan gunakan bahan-bahan yang asas dan wajib sahaja maklumlah saya jarang ke pasar dan ke kedai,masak pun jarang walaupun selalu nampak macam saya ni rajin masakkan, itu masak main pondok-pondok jerlah. Jadi kadang kalau beli sayur tu memang tak beli banyak sebab akhirnya nanti akan ditongsampahkan kerana kecut dengan sendirinya.. huhu. Biasanya kalau goreng mee saya selalu letak sayur sawi sahaja (wajibkan ada sawi). Kalau ada lobak merah ke, kubis bunga ke, tomato ke dalam laci peti ais anda, bolehlah dicampak sekali dalam kuah mee sarang ini. Alam Sari gunakan yang wajib sahaja macam sawi, udang, sotong, fish cake, kicap cair, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan semestinyalah mee. Jom tengok sukatannya ;-))
MEE SARANG
(6 - 7 orang makan)
Masak bahan kuah dahulu :
2 sb minyak masak
4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
5 sb kicap cair
1/2 sk serbuk lada sulah
1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
4 1/2 cawan air
1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
2 biji putih telur
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.
Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.
Bahan Sarang :
Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak
Caranya : Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.
*Tips jika ada tetamu atau rumah terbuka : Goreng bihun siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara. Sentiasa panaskan kuah sebelum menghidang.
Masih mengantuk lagi gara-gara tidur lewat semalam, ditambah lagi bangun awal pagi menyiapkan hidangan sahur untuk anak dan suami. Bulan puasa ini macam dah nak tertanggal rasanya segala tulang temulang. Tinggal masih ada kulit dengan daging sahaja kalau tak rasanya tulang tu dah jatuh satu... satu... bila saya daki tangga bilik pejabat saya yang terletak di tingkat 4, kata kawan saya, saya ni duduk atas kayangan ;-))) Kadang-kadang saya cakap dengan ER, kalaulah saya ni robot-robot dalam permainan 'Sim' mesti dah merah meternya. Lama-lama terlentang dekat tengah-tengah jalan (siapa yang pernah main 'sim' mesti tahu akibat kalau orang 'sim' tu kehabisan tenaga.. hehe). Mujur sahaja saya ini orang betul yang terima segala seadanya. Alhamdulillah, masih diberi keizinan untuk bernafas sehingga hari ini walaupun kadang-kadang dada ni rasa dah sempit bila nak hembus keluar masuk oksigen dengan karbon dioksida. Agaknya sebab banyak sangat makan makanan berkolesterol... ;p
Ada tak yang teruja tengok kejadian mee saya ni? Saya kira sampai tiga kalau tiada siapa angkat keyboard agaknya tak ada yang berminat kot...
1....
2...
3.....
....... hurmmmmm... eh! Eh! Saya nampak ada yang angkat keyboard tu, yang angkat laptop pun ada tu.. Kak Zakie, Kakcik Seroja, KKida, Kak Jun, Kak Zuwaidah, Oeya, Kak Zana, Ayu, Mak ET, Mamamya, Ibu Yusuf, Zurina, Salmi, Kak Atie, Kak Anie, Yus, Ijah, Susumanis, Akak Pokok Manggis, Lelord, Nur, Qaseh, Quinnie, Cheetah, Mamasara, Indah, Tun Telani, Inahar, Mas, Kak Gerau, CT... amboihhhhh, ramainya CT yang angkat tangan tu..., cousin-cousin saya pun ramai yang angkat
Resepi Mee Sarang Versi Alam Sari ni mudah sahaja. Saya ni sebenarnya malas nak kecah-kecah letak banyak sangat bahan. Biasanya kalau masak-masak mee tu saya akan gunakan bahan-bahan yang asas dan wajib sahaja maklumlah saya jarang ke pasar dan ke kedai,
MEE SARANG
(6 - 7 orang makan)
Masak bahan kuah dahulu :
2 sb minyak masak
4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
5 sb kicap cair
1/2 sk serbuk lada sulah
1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
4 1/2 cawan air
1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
2 biji putih telur
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.
Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.
Bahan Sarang :
Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak
Caranya : Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.
![]() |
| masa nak masuk mulut baru gaul ngan kuah, best rangup-rangup lembut |
*Tips jika ada tetamu atau rumah terbuka : Goreng bihun siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara. Sentiasa panaskan kuah sebelum menghidang.
![]() |
| pilihan saya Jati, harga mahal sikit tapi dibungkus bersih dan ditanggung halal.. ada ISO lagi.. |
NASI GORENG NENAS BERAS PERANG & BEEF STROGANOFF WITH PINEAPPLE
ASSALAMUALAIKUM...
ADA yang tergeliat-geliat lidah tak baca tajuk kat atas tu, bukan main panjang lagi ek.. lepas tu sekejap orang putih sekejap melayu, huhuhu... ;p
Nilah, malam-malam nikan sekali lagi saya nak ajak kengkawan blogger untuk sama-sama menyertai myChef's - Gourmet Blog Challenge yang pernah saya war-warkan di sini sebelum ini. Pinjam kata Kak Shahriah Abdullah Novelist tu... lebih ramai lebih meriah gitewwwwww.. ya.. gitewww. Ialah, kalau buka di fb page myChef setakat ini cuma ada tiga penyertaan sahaja walaupun sudah lebih 6 hari berlangsung di mana dua darinya adalah dari peserta yang sama, dan kedua-dua peserta pula merupakan finalist WOWWW GA 1001 RESEPI, jadi saya tetiba rasa macam ada perasaan yang kurang best di situ sedangkan kalau saya lihat link blogger masakan di bawah blog yang sekeping ini, bersusun pakar dapur, jadi apa kata untuk sama-sama menyokong pertandingan ini bagi memeriahkan dunia blogger kita. Yang tiada blog masakan pun bolehlah, macam saya ni blogger ABC.. hehe.
Nanti ada pulak yang kata, korang bolehlah.. dapat produk myCheffree. Bukan macam tu, ni macam kata pepatah, 'Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. Begitulah juga dengan kami. Dan saya sendiri bertekad akan membeli produk myChefs untuk masuk myChef's - GBC tersebut untuk memberi keadilan kepada blogger-blogger yang lain dan juga sebagai tanda sokongan kepada produk myChef maknanya entry saya kali ini bukan bertujuan untuk dipertandingkan (kerana saya menggunakan produk pemberian myChef semasa GA 1001 Resepi tetapi kalau ada sesiapa yang sudi nak 'like' tu kecil tapak tangan, JPO saya tadahkan ;-)))) . Tapi saya tetap takpertandingkan untuk GBC tu tau.. like suka-suka jer.. Nanti yang saya masuk betul-betul tu, tolooooooooonggggggglah RAMAI-RAMAI LIKE ya.. ajaklah kawan-kawan sekampung, satu sekolah, sedara mara semua okeyyyy!! ;-))))
Tapi kepada kawan-kawan GA 1001 Resepi tu, janganlah pula terasa yang kawan-kawan pun terpaksa membeli produk myChef tu kerana kata-kata saya tu. Gunalah sahaja produk yang diberi tu, inikan pendapat masing-masing, orang kata sekarang rambut pun dah tak sama hitamkan.
Mehlah saya cerita pulak tentang produk myChef yang jadi pilihan saya untuk berbuka siang tadi. Kebetulan ER hari ini ada majlis berbuka di luar, jadi saya tak perlu nak fikir masak apa yang sedap untuk menjamu beliau. Yaya tu pulak memang jenis yang tadah mulut jer apa saya masak mesti dia makan. Senang! dan bersempena juga dengan myChef's - GBC ni saya sumbang-sumbanglah idea untuk membega (baru belajar perkataan ni dengan KKida) produk myChef ni dan produk pilihan saya seperti tajuk di atas itu adalah Signature Series dari Chef Zam yang handsome tu.. alahaiiii.. ^_^.
Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf ini adalah hidangan klasik Rusia yang merupakan hirisan daging lembu tanpa lemak yang ditumis dan dihidangkan bersama kuah krim dengan sos biji sawi, bawang dan hirisan cendawan serta diiringi dengan beras perang... tu diaaaa..baca kat kotak.. hehe.. Hmmm.. sedap. Tambah sedap bila saya dah bega dia (betul ke perkataan nih??) menjadi Nasi Goreng Nenas Beras Perang & Beef Stroganoff terjemahlah sendiri dengan Nenas ;-))))). Bega tak bega, dua-dua pun sedappp!
Errr.. saya tiada microwave.. semua masak dalam kuali okeyyyy
Bahan-bahan Nasi Goreng Nenas Beras Perang : :
1 kotak produk myChef - Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf dinyah beku terlebih dahulu.
2 ulas bawang putih
1/2 sb minyak zaitun
1/4 sk serbuk pati ayam
nenas dipotong dadu secukupnya
Cara-cara :
1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun dengan api sederhana kecil.
2. Masukkan nasi beras perang, gaul rata. Taburkan serbuk pati ayam.
3. Masukkan kiub nenas. Gaul lagi rata-rata sehingga cukup panas... matikan api. Taburkan hirisan daun bawang ketika menghidang. Kalau suka pedas tambahkan hirisan cili padi.
Beef Stroganoff :
1. Masukkan Beef Stroganoff ke dalam kuali, buka api kecil sekali.
2. Tambahkan 1/4 cawan air. Biarkan mendidih dahulu air itu baru dikacau sebati dengan lauk.
3. Masukkan hirisan nenas secukupnya... ikut suka tapi jangan banyak sangat.
4. Sedia dihidang bersama nasi goreng nenas beras perang.
P/S Yaya kata sedapppppppp bonda, macam makan dekat restoran... ekekeke
Untuk keterangan lanjut boleh lihat di SINI dan di SINI.
ADA yang tergeliat-geliat lidah tak baca tajuk kat atas tu, bukan main panjang lagi ek.. lepas tu sekejap orang putih sekejap melayu, huhuhu... ;p
Nilah, malam-malam nikan sekali lagi saya nak ajak kengkawan blogger untuk sama-sama menyertai myChef's - Gourmet Blog Challenge yang pernah saya war-warkan di sini sebelum ini. Pinjam kata Kak Shahriah Abdullah Novelist tu... lebih ramai lebih meriah gitewwwwww.. ya.. gitewww. Ialah, kalau buka di fb page myChef setakat ini cuma ada tiga penyertaan sahaja walaupun sudah lebih 6 hari berlangsung di mana dua darinya adalah dari peserta yang sama, dan kedua-dua peserta pula merupakan finalist WOWWW GA 1001 RESEPI, jadi saya tetiba rasa macam ada perasaan yang kurang best di situ sedangkan kalau saya lihat link blogger masakan di bawah blog yang sekeping ini, bersusun pakar dapur, jadi apa kata untuk sama-sama menyokong pertandingan ini bagi memeriahkan dunia blogger kita. Yang tiada blog masakan pun bolehlah, macam saya ni blogger ABC.. hehe.
Nanti ada pulak yang kata, korang bolehlah.. dapat produk myChef
Tapi kepada kawan-kawan GA 1001 Resepi tu, janganlah pula terasa yang kawan-kawan pun terpaksa membeli produk myChef tu kerana kata-kata saya tu. Gunalah sahaja produk yang diberi tu, inikan pendapat masing-masing, orang kata sekarang rambut pun dah tak sama hitamkan.
Mehlah saya cerita pulak tentang produk myChef yang jadi pilihan saya untuk berbuka siang tadi. Kebetulan ER hari ini ada majlis berbuka di luar, jadi saya tak perlu nak fikir masak apa yang sedap untuk menjamu beliau. Yaya tu pulak memang jenis yang tadah mulut jer apa saya masak mesti dia makan. Senang! dan bersempena juga dengan myChef's - GBC ni saya sumbang-sumbanglah idea untuk membega (baru belajar perkataan ni dengan KKida) produk myChef ni dan produk pilihan saya seperti tajuk di atas itu adalah Signature Series dari Chef Zam yang handsome tu.. alahaiiii.. ^_^.
Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf ini adalah hidangan klasik Rusia yang merupakan hirisan daging lembu tanpa lemak yang ditumis dan dihidangkan bersama kuah krim dengan sos biji sawi, bawang dan hirisan cendawan serta diiringi dengan beras perang... tu diaaaa..
Errr.. saya tiada microwave.. semua masak dalam kuali okeyyyy
Bahan-bahan Nasi Goreng Nenas Beras Perang : :
1 kotak produk myChef - Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf dinyah beku terlebih dahulu.
2 ulas bawang putih
1/2 sb minyak zaitun
1/4 sk serbuk pati ayam
nenas dipotong dadu secukupnya
Cara-cara :
1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun dengan api sederhana kecil.
2. Masukkan nasi beras perang, gaul rata. Taburkan serbuk pati ayam.
3. Masukkan kiub nenas. Gaul lagi rata-rata sehingga cukup panas... matikan api. Taburkan hirisan daun bawang ketika menghidang. Kalau suka pedas tambahkan hirisan cili padi.
![]() |
| produk yang disahkan halal |
1. Masukkan Beef Stroganoff ke dalam kuali, buka api kecil sekali.
2. Tambahkan 1/4 cawan air. Biarkan mendidih dahulu air itu baru dikacau sebati dengan lauk.
3. Masukkan hirisan nenas secukupnya... ikut suka tapi jangan banyak sangat.
4. Sedia dihidang bersama nasi goreng nenas beras perang.
P/S Yaya kata sedapppppppp bonda, macam makan dekat restoran... ekekeke
| handsome kan Chef Zam.. manisnya senyumanmu.. ;-))) |
Labels:
myChef
Monday, August 6, 2012
OHLALA BANANA.. FANTA HIJAU
ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH.. hari ini merupakan hari ke 17 Ramadan dalam tahun 1433H ni. Ramai kawan-kawan yang bercuti sempena Hari Nuzul Al-Quran hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadah di Gua Hira' bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 'Nuzul' ertinya turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Baiklah.. ini kisah Cik Embun yang sibuk mempromosikan Minuman Fanta Homemade.
"Mak, nanti raya tak payahlah buat air sirap, kita buat fanta hijau," cadang Cik Embun. Sebenarnya mak saya ni memang sangat-sangat rajin menyediakan sirap kordial sendiri sejak kami kecil sampai sekarang.
Dalam hati, amboi.. besarnya bajet Cik Embun raya tahun ni nak jamu tetamu dengan Fanta Hijau. Mungkin Cik Embun nak ringankan tenaga mak kot, jadi tak perlu nak buat sirap tahun ni. Terbayang-bayang botol fanta depan mata... hehehe. Alkisah kata Cik Embun sekarang Fanta Homemade ni memang tengah meletop-letop di fb. Oic... tataw pulak. Jadi bila kita google-google terjumpalah resepi air fanta ni di Mesra.net dan ada juga di myResepi sumbangan Kak Ann (sini namanya glamour Jimi Asmara.. hehe). Saya tak pasti Kak Ann ni sama ke tidak dengan Kak Ann dari Periuk Tanah (Kalau salah minta maaf ya sebab bila search dalam blog Kak Ann tak ada pulak resepi air ni). Walaubagaimanapun atas cadangan Cik Embun saya memilih resepi dari Suriani Osman sebab ramai yang dah mencuba dan memuji keaslian rasa fanta dalam resepi tersebut. Tambahan pula, Suriani memberikan resepi dalam kuantiti yang banyak yang memang sesuai bagi meraikan tetamu yang ramai. Ececeh.. macam nak buat rumah terbuka pulak bunyinya pula ya, Puan Sari.. ;p
Kepada Suriani, saya minta izin ya untuk kongsikan resepi Fanta Hijau tu di sini, semoga Allah memberkati atas kemurahan hati Suriani yang sudi berkongsi resepi ini di fb.
PATI AIR FANTA HIJAU
Resepi : Suriani Osman
Diuji oleh : ALAM SARI
Bahan-Bahannya:
3 kg gula
2 liter air
1 botol kecil (330 ml) oren sunquick
1/2 botol pewarna hijau (saya guna pewarna hijau epal starbrand)
1/2 botol esen pisang (saya guna perisa pisang starbrand)
Cara-caranya:
1. Masak air dan gula hingga mendidih dan gula larut.
2. Masukkan oren sunquick dan pewarna hijau. Biarkan mendidih dan renehkan sebentar dengan api
sederhana kecil.
3. Tutup api, baru masukkan esen pisang.
(Berhati-hati nanti akan berlaku satu letusan kecil dalam periuk anda ;-)))). Kacau rata dan sejukkan.
4. Simpan dalam botol dan bancuh dengan air dan ais bila mahu dihidangkan.
Cubalah, memang sama betul rasanya ditambah harum dapur dengan bau fanta hijau gitu.
P/S Nak tukar jadi Fanta Biru, okey tak???
Nota : Sukatan ini menghasilkan lebih kurang 3.3 liter pati Fanta Banana yang boleh dapat 330 gelas Fanta selepas dibancuh..

Friday, August 3, 2012
myChef's - GOURMET BLOG CHALLENGE
ASSALAMUALAIKUM...
SALAM pagi Jumaat. Ramai yang ceria pagi ini almaklumlah esok dah Sabtu, ramai yang cuti esok dan apalagi, bulan masih bulat ni mesti ada macam-macam agenda esok dan Ahad, kan.
Mehlah sini saya nak khabarkan, cuba tengok gambar-gambar yang saya post dalam entry hari ini. Haaa, jadi sesiapa yang nak pergi membeli barang-barang dapur tu jangan lupa tau, pergi ke bahagian sejuk beku Giant ke.. Tesco ke... Carrefour ke... Jaya Grocer ke... atau Cold Storage, cuba dapatkan produk-produk dari myChef. Pilihlah produk apa yang anda suka. Ada pelbagai variasi masakan nasi, spaghetti, ayam dan daging. Lepas tu bila sampai rumah, jadikannya satu hidangan yang terbaik. Tambahlah apa-apa yang patut ke dalam tu menggunakan segala kreativiti yang ada. Taruklah apa-apa hiasan yang patut dan ambillah gambar. Kalau nak ambil gambar tu maknanya masaklah siang sikit, jangan matahari nak dekat tenggelam baru ambil gambar, okey. Nanti gambar tak cantik macam gambar saya tu.. huhuhu.
Gambar yang anda ambil itu pula hendaklah dikongsikan ceritanya di blog anda sama ada dalam bentuk gambar atau pun video. Maknanya anda kena ada bloglah. Kalau sesiapa tak ada blog tu bolehlah tumpang di blog saya. Tak mahal pun saya caj, tapi hadiah saya punya.. ekekeke. Kemudian link blog anda tu hendaklah di sharekan pula di myChef facebook page. Lepas tu panggillah kawan ramai-ramai untuk like post anda tu. Senangkan.. Pengadilan juga dikira melalui
1. Keaslian masakan
2. Kreativiti
3. Khasiat
4. Persembahan hidangan anda nanti.
1. Keaslian masakan
2. Kreativiti
3. Khasiat
4. Persembahan hidangan anda nanti.
Labels:
myChef
Thursday, August 2, 2012
PIE KASTARD
ASSALAMUALAIKUM...
LAMANYA saya tak menge-pie. Rindu nak makan pie... di bawah ni pie kastard yang saya buat beberapa hari sebelum sambut puasa. Bila nak bersih-bersihkan 'sampah' dalam kamera tulah saya terpandang pie ni yang rupanya lupa nak postkan entrynya.
Resepi pie ini masih menggunakan short crust dan flexi crust (caranya di sini) cuma intinya tu saya ambil resepinya dari buku 101 pie's idea yang disertakan sekali dalam kotak PM. Yang bestnya tentang intinya tukan, kalau tengok ia macam nak meleleh gitukan tapi ia tak jatuh tau. Sampai Yaya macam syok gitu bila gigit sebab ia macam terkapai-kapai gitu, hehe. Senang sangat cara nak buat inti pie tu, hanya 150ml susu cair, 2 biji telur, 1 sb gula halus dan secubit serbuk kayu manis. Kacau semuanya sebati dan teruslah diisi dalam mangkuk pie yang dah siap diterap dan diletakkan dalam PM. Boleh juga gunakan loyang muffin dan bakar di dalam ketuhar sehingga masak. Cubalah!!
P/S Asyik menge-pie bil elektrik naiklahhhh! Huhuhu

Wednesday, August 1, 2012
ANAK ANGKAT
ASSALAMUALAIKUM...
DEKAT/ DI pejabat saya ada dua ekor kucing yang tersangatlah cute. Cute sebab apa tau, sebab mereka ni tersangat bijak. Macam Zonan jugaklah tu, budak comel yang nakal itu, huhuhu.
Duluuuu, ada seorang anak dara kat pejabat saya ni yang bawa satu telap besar makanan kucing dalam bonet keretanya, namanya Azi. Saya tak pastilah sama ada Azi ni memang membela kucing di rumah ke dan Azi ni rajin memberi makan kepada meow-meow dekat pejabat ni. Budak-budak nipun macam dah kenal kereta Azi yang hitam berkilat tu, nampak jer teruslah dikejar, lepas tu tunggu dekat bonet kereta. Macam biasa Azi akan keluarkan makanan kucing tu dan apalagi, sukalah budak-budak tu makan. Bijak.. kan..
Tapi semenjak dua menjak dua tiga bulan kebelakangan ini, Azi ni lambat sampai. Ke saya yang cepat ;-) Apalagi, kelaparanlah anak-anak angkat Azi tukan. Kesian saya tengok, terkejar-kejar kalau nampak kereta masuk ke kawasan pejabat mengharapkan ada makanan. Bonet kereta saya tu kadang ada makanan, kadang tak ada. Kalau kita ada bawa bungkus sarapan lagilah tak sampai hati. Kalau ada saya bagi, tak ada macam sedih pulak. Terasa-rasa laparnya perut diorang tu.. eh.. diaekor tu.. ;p
Jadi, sekarang ni saya cakap dengan Zonan, Zonan kena kongsi makan dengan kawan-kawan Zonan ni. Seekor ER panggil 'Ek ek'... ya.. Ek ek, sebab dia kalau mengiau bunyinya.. ekkkk... ekkkk.. . Seekor lagi entah apa idea ER panggil Robinhood. Tapi kalau Azi, dia akan tuang makanan kat atas tar dekat parking tu tapi saya rasa macam nanti campur pasir dengan tanah, jadi saya bagi dekat tembok tepi longkang, hehe.
Lepas sekali dua saya bagi dekat situ, sejak tu kalau nampak kereta saya diaekor tu akan terlari-lari dan tunggu kat tembok tu... hihi. Memang cute sangat saya rasa bila nampak diaekor lari-lari dan pergi berdiri kat tembok tu. Pakkal sajalah saya ni ada alahan dengan kucing, kalau tak mesti saya peluk-peluk budak-budak yang bijak ni. Mereka ni sangat pandai, baru ajar sekali dua dah faham dekat mana nak makan... bijak.. bijak..Bukan macam anak murid aku yang degil tu, rasa nak jotos jer kepala kerjanya ponteng kelas jer... hohoho.
Pagi tadi masa sampai, wah! Bukan main dua ekor tu menunggu dekat tembok tu. Macam dah tahu jer pukul berapa saya nak sampai. Lepas tu makan tak mahu kongsi-kongsi, satu ekor satu longgok, huhu. Tapiii.. yang peliknya diekor ni penakut. Asal kita dekat dia macam nak lari.. lebih-lebih lagi Robinhood tu. Kalau kita letak makanan selagi kita tak beralih dari situ selagi tu dia tak makan, tak macam Ek ek. Ek ek ni pelahap sikit, hihi. Kadang-kadang makanan Robinhood pun dirembatnya.. huhu.
tengok Robinhood tu tak mo makan bila saya ada kat situ
Pernah sekali, adalah staf dekat sini bagi diaekor ni makan. Agaknya staf tu tak tahu yang diaekor ni tak mahu kongsi makanan jadi diletakknya selonggok untuk dua ekor. Jadinya dua-dua sama-sama tak makan. Dia jeling dia, dia jeling dia, makanan tak berusik. Mujur saya nampak jadi saya bahagi dua.. huhu.. baru nak makan. Sabarrrr ajelahkan... ;p.
Okeylah.. saja jer cerita pasal diekor ni. Saya rasa macam dah bela tiga ekor anak angkat pulak sekarang, huhu.. Zonan, Ek ek dan Robinhood... tata titi tutu.
DEKAT/ DI pejabat saya ada dua ekor kucing yang tersangatlah cute. Cute sebab apa tau, sebab mereka ni tersangat bijak. Macam Zonan jugaklah tu, budak comel yang nakal itu, huhuhu.
Duluuuu, ada seorang anak dara kat pejabat saya ni yang bawa satu telap besar makanan kucing dalam bonet keretanya, namanya Azi. Saya tak pastilah sama ada Azi ni memang membela kucing di rumah ke dan Azi ni rajin memberi makan kepada meow-meow dekat pejabat ni. Budak-budak nipun macam dah kenal kereta Azi yang hitam berkilat tu, nampak jer teruslah dikejar, lepas tu tunggu dekat bonet kereta. Macam biasa Azi akan keluarkan makanan kucing tu dan apalagi, sukalah budak-budak tu makan. Bijak.. kan..
Tapi semenjak dua menjak dua tiga bulan kebelakangan ini, Azi ni lambat sampai. Ke saya yang cepat ;-) Apalagi, kelaparanlah anak-anak angkat Azi tukan. Kesian saya tengok, terkejar-kejar kalau nampak kereta masuk ke kawasan pejabat mengharapkan ada makanan. Bonet kereta saya tu kadang ada makanan, kadang tak ada. Kalau kita ada bawa bungkus sarapan lagilah tak sampai hati. Kalau ada saya bagi, tak ada macam sedih pulak. Terasa-rasa laparnya perut diorang tu.. eh.. diaekor tu.. ;p
Jadi, sekarang ni saya cakap dengan Zonan, Zonan kena kongsi makan dengan kawan-kawan Zonan ni. Seekor ER panggil 'Ek ek'... ya.. Ek ek, sebab dia kalau mengiau bunyinya.. ekkkk... ekkkk.. . Seekor lagi entah apa idea ER panggil Robinhood. Tapi kalau Azi, dia akan tuang makanan kat atas tar dekat parking tu tapi saya rasa macam nanti campur pasir dengan tanah, jadi saya bagi dekat tembok tepi longkang, hehe.
Lepas sekali dua saya bagi dekat situ, sejak tu kalau nampak kereta saya diaekor tu akan terlari-lari dan tunggu kat tembok tu... hihi. Memang cute sangat saya rasa bila nampak diaekor lari-lari dan pergi berdiri kat tembok tu. Pakkal sajalah saya ni ada alahan dengan kucing, kalau tak mesti saya peluk-peluk budak-budak yang bijak ni. Mereka ni sangat pandai, baru ajar sekali dua dah faham dekat mana nak makan... bijak.. bijak..
![]() |
| sila abaikan tembok yang berdanuo |
tengok Robinhood tu tak mo makan bila saya ada kat situ
Pernah sekali, adalah staf dekat sini bagi diaekor ni makan. Agaknya staf tu tak tahu yang diaekor ni tak mahu kongsi makanan jadi diletakknya selonggok untuk dua ekor. Jadinya dua-dua sama-sama tak makan. Dia jeling dia, dia jeling dia, makanan tak berusik. Mujur saya nampak jadi saya bahagi dua.. huhu.. baru nak makan. Sabarrrr ajelahkan... ;p.
Okeylah.. saja jer cerita pasal diekor ni. Saya rasa macam dah bela tiga ekor anak angkat pulak sekarang, huhu.. Zonan, Ek ek dan Robinhood... tata titi tutu.
P/S Ingat lagi dengan Little Yaya tak?? Sekarang dah besar, geram!! gerammm!!
![]() |
| geramnya dengan budak nih! |
Labels:
kucing
Subscribe to:
Posts (Atom)