ANAK ANGKAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM...

DEKAT/ DI pejabat saya ada dua ekor kucing yang tersangatlah cute. Cute sebab apa tau, sebab mereka ni tersangat bijak. Macam Zonan jugaklah tu, budak comel yang nakal itu, huhuhu.

Duluuuu, ada seorang anak dara kat pejabat saya ni yang bawa satu telap besar makanan kucing dalam bonet keretanya, namanya Azi. Saya tak pastilah sama ada Azi ni memang membela kucing di rumah ke dan Azi ni rajin memberi makan kepada meow-meow dekat pejabat ni. Budak-budak nipun macam dah kenal kereta Azi yang hitam berkilat tu, nampak jer teruslah dikejar, lepas tu tunggu dekat bonet kereta. Macam biasa Azi akan keluarkan makanan kucing tu dan apalagi, sukalah budak-budak tu makan. Bijak.. kan..

Tapi semenjak dua menjak dua tiga bulan kebelakangan ini, Azi ni lambat sampai. Ke saya yang cepat ;-) Apalagi, kelaparanlah anak-anak angkat Azi tukan. Kesian saya tengok, terkejar-kejar kalau nampak kereta masuk ke kawasan pejabat mengharapkan ada makanan. Bonet kereta saya tu kadang ada makanan, kadang tak ada. Kalau kita ada bawa bungkus sarapan lagilah tak sampai hati. Kalau ada saya bagi, tak ada macam sedih pulak. Terasa-rasa laparnya perut diorang tu.. eh.. diaekor tu.. ;p

Jadi, sekarang ni saya cakap dengan Zonan, Zonan kena kongsi makan dengan kawan-kawan Zonan ni. Seekor ER panggil 'Ek ek'... ya.. Ek ek, sebab dia kalau mengiau bunyinya.. ekkkk... ekkkk.. . Seekor lagi entah apa idea ER panggil Robinhood. Tapi kalau Azi, dia akan tuang makanan kat atas tar dekat parking tu tapi saya rasa macam nanti campur pasir dengan tanah, jadi saya bagi dekat tembok tepi longkang, hehe.

Lepas sekali dua saya bagi dekat situ, sejak tu kalau nampak kereta saya diaekor tu akan terlari-lari dan tunggu kat tembok tu... hihi. Memang cute sangat saya rasa bila nampak diaekor lari-lari dan pergi berdiri kat tembok tu. Pakkal sajalah saya ni ada alahan dengan kucing, kalau tak mesti saya peluk-peluk budak-budak yang bijak ni. Mereka ni sangat pandai, baru ajar sekali dua dah faham dekat mana nak makan... bijak.. bijak.. Bukan macam anak murid aku yang degil tu, rasa nak jotos jer kepala kerjanya ponteng kelas jer... hohoho.

sila abaikan tembok yang berdanuo
Pagi tadi masa sampai, wah! Bukan main dua ekor tu menunggu dekat tembok tu. Macam dah tahu jer pukul berapa saya nak sampai. Lepas tu makan tak mahu kongsi-kongsi, satu ekor satu longgok, huhu. Tapiii.. yang peliknya diekor ni penakut. Asal kita dekat dia macam nak lari.. lebih-lebih lagi Robinhood tu. Kalau kita letak makanan selagi kita tak beralih dari situ selagi tu dia tak makan, tak macam Ek ek. Ek ek ni pelahap sikit, hihi. Kadang-kadang makanan Robinhood pun dirembatnya.. huhu.



tengok Robinhood tu tak mo makan bila saya ada kat situ
Pernah sekali, adalah staf dekat sini bagi diaekor ni makan. Agaknya staf tu tak tahu yang diaekor ni tak mahu kongsi makanan jadi diletakknya selonggok untuk dua ekor. Jadinya dua-dua sama-sama tak makan. Dia jeling dia, dia jeling dia, makanan tak berusik. Mujur saya nampak jadi saya bahagi dua.. huhu.. baru nak makan. Sabarrrr ajelahkan... ;p.

Okeylah.. saja jer cerita pasal diekor ni. Saya rasa macam dah bela tiga ekor anak angkat pulak sekarang, huhu.. Zonan, Ek ek dan Robinhood... tata titi tutu.

 
 
P/S Ingat lagi dengan Little Yaya tak?? Sekarang dah besar, geram!! gerammm!!
geramnya dengan budak nih!



Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hehe ingatkan anak angkat betul2 :D

    ReplyDelete
  2. Seronokkan main dengan baby.... akak dah lama tak ada baby... tapi seronok main je lah... nak jaga dah tak larat.... hehehe....

    ReplyDelete
  3. Boleh pulak yang seekor tu makan sambil berdiri macam tu. :)

    ReplyDelete
  4. la ingatkan ank angkat betol tadi =)

    salam kenal dan follow sini dari kuiz kaksha...

    lobaksusue.blogspot.com

    good luck yer akak =)

    ReplyDelete
  5. berselera meow2 tu makan.. besar pahalanya bagi kucing makan.. :)

    ReplyDelete
  6. Cats, haiwan kesayangan Rasulullah saw, sunnah ni :)

    ReplyDelete
  7. KA suka baby but kucing... eee takut sikit hehe

    ReplyDelete
  8. Akak pun ingat anak angkat betul2.Klik iklan di sini.

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah merahmati insan yg berbuat baik kpd mahkluk Allah yg lain.

    ReplyDelete
  10. adehhh..terlebih bijak kucing nih...makanan nak kena bahagi dua...kekekek...mulia hati org yg sayangkan kucing..saya ni geli dgn kucing...tu yg tak tahan..hehehe

    ReplyDelete
  11. sedekah itu jariah walau dengan seekor binatang..bagus akak..

    ReplyDelete
  12. kucing2 ini mesti rasa syukur sangat bila ada orang yang perihatin dengan mereka mcm Sari kan. Alhamdulillah, moga rezeki murah melimpah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!