ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH.. hari ini merupakan hari ke 17 Ramadan dalam tahun 1433H ni. Ramai kawan-kawan yang bercuti sempena Hari Nuzul Al-Quran hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada
Nabi Muhammad SAW dan seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana
kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku
pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi
Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadah di Gua Hira' bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 'Nuzul' ertinya turun
atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah
mukjizat terbesar Nabi SAW, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada
umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Baiklah.. ini kisah Cik Embun yang sibuk mempromosikan Minuman Fanta Homemade.
"Mak, nanti raya tak payahlah buat air sirap, kita buat fanta hijau," cadang Cik Embun. Sebenarnya mak saya ni memang sangat-sangat rajin menyediakan sirap kordial sendiri sejak kami kecil sampai sekarang.
Dalam hati, amboi.. besarnya bajet Cik Embun raya tahun ni nak jamu tetamu dengan Fanta Hijau. Mungkin Cik Embun nak ringankan tenaga mak kot, jadi tak perlu nak buat sirap tahun ni. Terbayang-bayang botol fanta depan mata... hehehe. Alkisah kata Cik Embun sekarang Fanta Homemade ni memang tengah meletop-letop di fb. Oic... tataw pulak. Jadi bila kita google-google terjumpalah resepi air fanta ni di Mesra.net dan ada juga di myResepi sumbangan Kak Ann (sini namanya glamour Jimi Asmara.. hehe). Saya tak pasti Kak Ann ni sama ke tidak dengan Kak Ann dari Periuk Tanah (Kalau salah minta maaf ya sebab bila search dalam blog Kak Ann tak ada pulak resepi air ni). Walaubagaimanapun atas cadangan Cik Embun saya memilih resepi dari Suriani Osman sebab ramai yang dah mencuba dan memuji keaslian rasa fanta dalam resepi tersebut. Tambahan pula, Suriani memberikan resepi dalam kuantiti yang banyak yang memang sesuai bagi meraikan tetamu yang ramai. Ececeh.. macam nak buat rumah terbuka pulak bunyinya pula ya, Puan Sari.. ;p
Kepada Suriani, saya minta izin ya untuk kongsikan resepi Fanta Hijau tu di sini, semoga Allah memberkati atas kemurahan hati Suriani yang sudi berkongsi resepi ini di fb.
PATI AIR FANTA HIJAU
Resepi : Suriani Osman
Diuji oleh : ALAM SARI
Bahan-Bahannya:
3 kg gula
2 liter air
1 botol kecil (330 ml) oren sunquick
1/2 botol pewarna hijau (saya guna pewarna hijau epal starbrand)
1/2 botol esen pisang (saya guna perisa pisang starbrand)
Cara-caranya:
1. Masak air dan gula hingga mendidih dan gula larut.
2. Masukkan oren sunquick dan pewarna hijau. Biarkan mendidih dan renehkan sebentar dengan api
sederhana kecil.
3. Tutup api, baru masukkan esen pisang.
(Berhati-hati nanti akan berlaku satu letusan kecil dalam periuk anda ;-)))). Kacau rata dan sejukkan.
4. Simpan dalam botol dan bancuh dengan air dan ais bila mahu dihidangkan.
Cubalah, memang sama betul rasanya ditambah harum dapur dengan bau fanta hijau gitu.
P/S Nak tukar jadi Fanta Biru, okey tak???
Nota : Sukatan ini menghasilkan lebih kurang 3.3 liter pati Fanta Banana yang boleh dapat 330 gelas Fanta selepas dibancuh..
salam..
ReplyDeletemenarik ni.. nak cuba juga boleh tak?..
idea untuk fanta biru tu menarik juga!! boleh ke tukar warna gitu?
nak link ke resepi ye? tq
owhhh...lia rasa cik mat aritu ada share resepi yg sama jugak lah kak yus....tp namanya tu glamor sikit.. klu x silap lia 'jus jimi asmara' (klu salah minta ampun kak....heheheee... )
ReplyDeletewah mnarik ni...raya kang leh wt...tliur la tgk lama2 air tu..takut batal posa lak nti..hahaha
ReplyDeleteOk juga nie Yus. Kakak membayangkan tapi macamana sunquick yg kaler oren campur hijau kalah warna dia jadi hijau...
ReplyDeleteMenarik nie..
aduuhhh tergodanya...huhuhu
ReplyDeleteSenang saja cara buat membuatnya. Tapi, apa2pun selain bahan, kerajinan kena ada kan? hehehe...
ReplyDeletewowww hebat...leh try nih...sangat menjimatkan.
ReplyDeletedpt bayangkan kesedapan air ni..he he leleh air liur akak
ReplyDeleteyummy...tq share resepi ni ye,seblm ada jg tgk air jimi asmara ni tp lum tteringin hari ni terus rasa nak fanta hijau yg Sari tayang..
kak sari, kalau kt umah mertua tun, mmg air ni laa yg dihidang utk tetamu =)
ReplyDeleteSalam kak yus!!! Kita jakun ni kak :D nanti raya boleh buat tp jenuh ler nk buat byk2 hihihi... Terliur betul tgk air ni kak, siyesss tak sabo nk buka tgk air ni aishhh! Kita skrg ni buka dgn sahur minum soya buatan sendirik jer td ni baru buat air soya lg ehehe..
ReplyDeleteperghhhhh...daaapnyerrr!!!
ReplyDeletememang memukul jiwa betul air Fanta Hijau ni Sari....menitik-nitik air liur dibuatnya. Raya ni nak ke rumah Sari...boleh ker? nak rasa air hijau manja ni,
ReplyDeleteperhhhh....
ReplyDeleteku lihattt hijauuuuu........
cantikkkkkk kejadian air fanta akak tu....
menggodaaaaa
ooo sedap heh?
ReplyDeletesalam dinda kusss akak musss dah cuba air ni mmg sedap tapi kak ilah kurang kan gula.ketinggalan nak mencuba...
ReplyDelete