ADA yang tergeliat-geliat lidah tak baca tajuk kat atas tu, bukan main panjang lagi ek.. lepas tu sekejap orang putih sekejap melayu, huhuhu... ;p
Nilah, malam-malam nikan sekali lagi saya nak ajak kengkawan blogger untuk sama-sama menyertai myChef's - Gourmet Blog Challenge yang pernah saya war-warkan di sini sebelum ini. Pinjam kata Kak Shahriah Abdullah Novelist tu... lebih ramai lebih meriah gitewwwwww.. ya.. gitewww. Ialah, kalau buka di fb page myChef setakat ini cuma ada tiga penyertaan sahaja walaupun sudah lebih 6 hari berlangsung di mana dua darinya adalah dari peserta yang sama, dan kedua-dua peserta pula merupakan finalist WOWWW GA 1001 RESEPI, jadi saya tetiba rasa macam ada perasaan yang kurang best di situ sedangkan kalau saya lihat link blogger masakan di bawah blog yang sekeping ini, bersusun pakar dapur, jadi apa kata untuk sama-sama menyokong pertandingan ini bagi memeriahkan dunia blogger kita. Yang tiada blog masakan pun bolehlah, macam saya ni blogger ABC.. hehe.
Nanti ada pulak yang kata, korang bolehlah.. dapat produk myChef
Tapi kepada kawan-kawan GA 1001 Resepi tu, janganlah pula terasa yang kawan-kawan pun terpaksa membeli produk myChef tu kerana kata-kata saya tu. Gunalah sahaja produk yang diberi tu, inikan pendapat masing-masing, orang kata sekarang rambut pun dah tak sama hitamkan.
Mehlah saya cerita pulak tentang produk myChef yang jadi pilihan saya untuk berbuka siang tadi. Kebetulan ER hari ini ada majlis berbuka di luar, jadi saya tak perlu nak fikir masak apa yang sedap untuk menjamu beliau. Yaya tu pulak memang jenis yang tadah mulut jer apa saya masak mesti dia makan. Senang! dan bersempena juga dengan myChef's - GBC ni saya sumbang-sumbanglah idea untuk membega (baru belajar perkataan ni dengan KKida) produk myChef ni dan produk pilihan saya seperti tajuk di atas itu adalah Signature Series dari Chef Zam yang handsome tu.. alahaiiii.. ^_^.
Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf ini adalah hidangan klasik Rusia yang merupakan hirisan daging lembu tanpa lemak yang ditumis dan dihidangkan bersama kuah krim dengan sos biji sawi, bawang dan hirisan cendawan serta diiringi dengan beras perang... tu diaaaa..
Errr.. saya tiada microwave.. semua masak dalam kuali okeyyyy
Bahan-bahan Nasi Goreng Nenas Beras Perang : :
1 kotak produk myChef - Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf dinyah beku terlebih dahulu.
2 ulas bawang putih
1/2 sb minyak zaitun
1/4 sk serbuk pati ayam
nenas dipotong dadu secukupnya
Cara-cara :
1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun dengan api sederhana kecil.
2. Masukkan nasi beras perang, gaul rata. Taburkan serbuk pati ayam.
3. Masukkan kiub nenas. Gaul lagi rata-rata sehingga cukup panas... matikan api. Taburkan hirisan daun bawang ketika menghidang. Kalau suka pedas tambahkan hirisan cili padi.
produk yang disahkan halal |
1. Masukkan Beef Stroganoff ke dalam kuali, buka api kecil sekali.
2. Tambahkan 1/4 cawan air. Biarkan mendidih dahulu air itu baru dikacau sebati dengan lauk.
3. Masukkan hirisan nenas secukupnya... ikut suka tapi jangan banyak sangat.
4. Sedia dihidang bersama nasi goreng nenas beras perang.
P/S Yaya kata sedapppppppp bonda, macam makan dekat restoran... ekekeke
handsome kan Chef Zam.. manisnya senyumanmu.. ;-))) |
Kak Sari,wah Er berbuka kat luar leh ler msk menu yg cpt n ringkas gini eks..Wah hiasan komain,sbb tu yaya kta cam kat restoran,hihi..sy g giant baru nih xpasan lak produk nih,insyaAllah klo da nmpk nti nak juga bli yg mna2 utk merasa..Btw nnti sy like akak eks,hihi..
ReplyDeletesalam sari,
ReplyDeletehidangan menarik ni....sari kena letakkan link entri ni ke facebook mychef ye....pastu baru orang boleh like...
Wahhhhhh.. X tahan tgk nenas tu. Ini bukan restoran lg dah yaya, ini mcm kat hotel dah ni. Pandai bonda yaya deko hidangan :-)
ReplyDeletePs: insaf bc ayat k sari. Betullah, kena beli. Baru adil.. Mychef kena mintak resit sbg bukti pembelian patutnya...
Rajinnya mendekorasi hidangan. Boleh masuk majalah ni. :)
ReplyDeletePheeweeet menarik2,
ReplyDeleteermmm...cantik dan super yummy ni...;)
ReplyDeletebestttnye..
ReplyDeleteSalam sari.Nampak sedap nasi goreng tu ngan dekonya sekali :D
ReplyDeleteGood luck ya.Nanti k.atie dtg lagi nk LIKE
Good luck Yus. Kalau raya buat rumah terbuka buatlah nasi ini. Kakak nak yg dalam nenas tau. Kalau family kakak Yus kena sediakan 3 biji nenas sebab kakak ada 3 anak.:)
ReplyDeleteWaahh...rasa gembira tidak terhingga hari nie sebab dapat baca entry Sari yang super yummy nie. Kita selalu tak berjaya masuk blog Sari. Tak taulah apasal. Dia stop loading kat kotak followers tu jer. Jenuh menfreshkan, tak mau juga. Harap2 lepas nie bolehlah selalu masuk sini lagi.
ReplyDeleteSalam sari. . Memang mcm kat hotel pun. . Presentation mmg cantik
ReplyDeleteSalam sari. . Memang mcm kat hotel pun. . Presentation mmg cantik
ReplyDeletedh lama t'ingin nak makan nasi grg dalam 'nenas' :) tp x t'buat plak...aritu masa pi Giant lia ada nampak byk sgt2 produk myChef ni...x tahu nak pilih yg mana satu.. tp dah yaya kata yg ni sedap nnti lia try beli ye kak... :)
ReplyDeletefuiyooo, mmg ada gaya chef kak...
ReplyDeletenampak sgt sedap
Salam kak yus! waaaaa...tgk nenas tu yg geram betul rasa nak gigit2 jerrrr :D nasik tu pun sedap nmpk, bestnya, kalau ada dah lama jugak kita beli ehehe..
ReplyDeleteyummmmm..ok ok sekarang gak kita g like like..hehe
ReplyDeletesedap nye makan..
ReplyDeleteselamat berpuasa ;-)
Kuruslah yaya kalau hari2 mkn beras perang...kena pulak bonda rajin masak.
ReplyDeleteAkak tak sempat nak tengok apa2 GA la Sari, sibuk dan menyibukkan diri setiap hari, nak tdo pun curi2 masa, cmne tu?
Salam 18 Ramadhan kak sari,
ReplyDeleteSaya dah lama nampak promotion mychef, tapi belum jumpa kat pasaraya kat sini.
Bunyi resipi tu, nampak sedap jugak :D Benda2 mudah ni terus nak masuk list. yalah, kalau tahu rasa sebenar dia, kalau jumpa resipi, boleh tiru, hehe.
Oh, ada GA..Moga ada rezeki kat sari. Rezeki raya :)
Kak... Joinlah ptandingan tu.....
ReplyDeletePasti menang.. Kak btambah rajin. Ayu tumpang bangga gitu..
Kak..... Mmg bestlah produf mychef tu. Mmc2 ada. Kerja jd mudah
menyelerakan .....
ReplyDeleteringkas dan sedapppp...
likeee banyak kali...he3
akak dah hantar link entry akak pada fb mychef belum?
ReplyDelete