MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, September 23, 2013

TRAUMA

ASSALAMUALAIKUM...

BARU sekejap SK terlelap di dalam kereta yang dipandu ER dan SK terjaga. Tiba-tiba SK nampak ada motor terbaring di belakang sebuah van. Fuh!! Terkejut SK. SK cepat-cepat buka mata besar-besar. Dada berdebar usah dikata. Elok saja motor tu bergerak di belakang van warna coklat gelap tu. Aishhhh!! Mata SK ni dah rabun ke apa???

Memang SK suka tidur dalam kereta. Di rumah jarang SK berehat. Celik biji mata (pukul berapa pun) macam-macam benda yang hendak dibuat. Jadi, bila ikut ER keluar, dan dia memandu, masa tulah peluang SK nak meluruskan pinggang. Masa tulah SK dapat melelapkan mata walaupun sekejap-sekejap sambil melayan ER berbual. Dan sejak peristiwa Jumaat lepas, SK kerap sangat terperasan ada motor yang jatuh dekat depan padahal elok saja motor tu bergerak. Bila melalui selekoh, SK rasa macam berdebar-debar lebih lagilah kalau ada motor yang bersaing dengan SK. SK biar motor tu jalan dulu sambil berdoa banyak-banyak.. janganlah kau jatuh depan aku.. :p

Jumaat lepas, SK dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa majlis konvokesyen kolej SK yang ke 16 pada hari esoknya (Sabtu). Pagi itu SK menghadiri taklimat di Komplek Islam Johor dan SK perlu keluar mengambil Iman dan Ilham (sepupu Iman) yang balik sekolah tengahari untuk dihantar ke rumah neneknya (hari tu Iman tak sekolah agama) sebelum masuk balik untuk raptai penuh selepas solat Jumaat. Biasanya ER yang melakukan tugas mengambil dan menghantar Iman tapi ER telah pergi ke Pekanbaru, Indonesia sejak hari Rabu dan lepas ambil Iman, SK akan terus ke 'Senai Airport' untuk menjemput ER. Jadi, dari Kompleks Islam SK bercadang untuk mengikut jalan Pantai Lido atau Danga Bay sebab SK memang suka ikut jalan tu untuk pergi dan balik kerja.

Ketika melalui selekoh di persimpangan bertingkat Danga Bay menuju ke Skudai, SK dah nampak berderet-deret kereta yang berebut-rebut di situ jadi SK buang minyak dan tekan sikit-sikit brek. Tiba-tiba sahaja (SK tak perasan) dari mana muncul 'mamat motorsikal' ni dah ada depan SK. Nak kata laju sangat pun tidak, perlahan pun tidak tapi tiba-tiba dia 'corner baring' dan terus terbaring bersama motornya. Dalam pada dia nak terbaring tu, memang betul-betul macam adegan dalam filem dalam gerak perlahan. Serius! SK cuma mampu berkata, "Ya Allah!!!" dan dalam masa yang sama pelbagai kemungkinan yang bergelut dalam kepala SK.

"Aku nak accident ke ni????"

"Aku nak langgar dia ke ni???"

"Sempat ke aku brek ni????"

"Mati ke dia ni aku langgar????"

"Lepas tu nanti aku kena gi balai polis pulak!"

"Kena hantar hospital??"
"Kena tunggu ambulan???"

"Kesiannya anak aku mesti tunggu kat sekolah nanti!"

"Siapa nak amek babah kat airport??"

"Habislah aku kena marah pasal langgar orang!"

SK tekan brek sambil kawal stereng sesungguh hati. SK tak mahu ambil risiko dihentam kenderaan lain dari tepi. SK tekad, kalau SK langgar dia, memang nasiblah. Motor pemuda tadi tercampak betul-betul jatuh atas garis putih pembahagi jalan dan dia melambung rendah (memang sebijik adegan filem) betul-betul dua meter (SK agak) di depan bonet kereta SK. Suasana hening seketika. Orang kata macam ada malaikat lalu... (ish, naik bulu roma SK!!)

Lama dia terlentang di situ. SK tunggu dia bangun. "Isk, dia ni okey ke tak? Aku nak kena tengok dia ke?" SK teringat arwah cikgu SK yang kena langgar apabila keretanya terbabas di lebuhraya. SK membayangkan mungkinkah SK akan mengalami benda yang sama. "Nanti kalau aku keluar, orang ingat aku langgar dia pulak," jadi SK tunggu dalam kereta. Menggelabah SK cari mana satu suis untuk 'double signal' huhuhu. Dari cermin belakang dan cermin sisi, SK tengok banyak kenderaan datang dari belakang dan mengelak ke kiri. Kereta SK dah macam perisai pulak pada mamat yang tengah terlentang ni. Pelik, tak ada sesiapapun yang berhenti menghulurkan bantuan.

Pemuda tersebut bangun dan membelek tapak tangan. Berdarah, mujur dia tak pengsan dan helmetnya masih tersarung di kepala. Dia mengangkat motorsikal. Mujur masih boleh hidup dan ditunggang. Sempat dia mengangkat tangan kepada SK. Mungkin minta maaf, mungkin ucap terima kasih. Syukurlah dik, umur awak masih panjang. Dan kalaulah ditakdirkan umur awak tidak panjang, akak harap akak bukannya orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian awak. Seramnya kalau diingat-ingatkan.. tahu tak???

Kepada semua pengguna jalanraya, terutama penunggang motorsikal.. Tungganglah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang. Dan hormatilah pengguna jalanraya yang lain. Pandu cermat jiwa selamat.

Wassalam.

9 comments:

  1. MasyAllah2x...mujur tak berlaku perkara yg tidak diingin hari tu..kan!.Aku tak tau la aku ni ada naluri yg tepat ke apa..klu tengah driving atau dok sebelah pemandu..jangan terlintas atau terdetik sikit pasal kemalangan sebab sudah beberapa kali terjadi padaku ..tak habis sebaris ayat pun yg terlintas difikiran aku ..penunggang motorsikal dpn aku jatuh..sama ada jatuh sendiri atau kena rempuh kereta.Ada sekali keta ku kena rempuh dari belakang..sebelum tu fikiran aku ni mmg suka beno membayangkan yg tidak2...tengah syok main games sambil tunggu anak balik tetiba rasa keta berganjak sikit ke depan..eh! rasanya dah tekan brek..toleh belakang tengok driver kereta tu keluar sambil minta maaf..mujur juga tgh parking..klu tgh bergerak..nauzubillahminzalik minta dijauhi perkara2 sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, dah macam ada deria ke enam dah ni naemah, tapi kdg kalu mcm tu, w/pun hati dah terdetik tapi tak boleh mengelak, ia tetap terjadi, kannn...mudah2an kita semua dijauhkan dari kemalangan tak kiralah, yg kecil atau yg besar.. aminnn.

      Delete
  2. mujurlah tak jadi apa2 yg tak diingini.. kalau jadi kat akak pun mesti trauma jugak... sebab jaraknya dekat & lagi satu.. perbuatan kornar baring tu buat kita terperanjat...

    akak pun pernah tengok kejadian penunggang motor tiba2 jatuh dari motor atas jln raya.. mujurlah dia jatuh agak jauh dari kereta akak.. dia bukan laju pun.. rasanya baru blk dr pasaraya sbb dlm raga motor dia penuh dengan barang2 runcit.. kesian tgk.. minyak masak tumpah sikit mgkin botolnya pecah sikit & ada brg yg bertabur atas jln.. mujur masa tu kereta tak bnyak & dia sempat bangun & alih motor ke tepi jln.. akak pun masa tu teruskan perjalanan dnegan ketepi sikit kereta ke laluan kiri sikit utk elak sikit dari dia.. kejadian tu berlaku selepas kejadian mtor suami akak jatuh (yg buatkan dia patah 3 tulang rusuk). buat akak terbayang.. mcm nilah agaknya suami aku jatuh dulu.. tak laju.. & takde langgar apa2 pun.. tiba2 jatuh sendiri.. memang malang tu tak berbau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak Ratna, selalu sebenarnya jumpa motor jatuh ni tapi yg inilah yg betul2 berlaku depan mata kita memang suspens betul masa tu.. dalam hati dah macam teka teki, langgar tak? langgar tak?? huhu... Alhamdulillah, tak langgar..

      memang malang tak bau...

      Delete
  3. masyaALLAH!!!!seriau dengar. kenapa kerap sgt kes accident lately ni. blh dikatakan everyday dgr ada org accident. jadi mcm benda biasa plak. nauzubillah….semoga ALLAH jauhi kita dr dilanggar @ melanggar .amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan Rostina, kalau di JB ni macam dah tak heran tapi setiap kali berlaku memang jemnya berbatu2, nasib baik hari tu bukan waktu puncak...

      ialah, minta dijauhkan dari kita dilanggar atau melanggar, susah nanti...

      Delete
  4. Saya juga pernah mengalami situasi seperti itu. Motor di depan tiba2 tergolek di hadapan kereta kita. Mungkin tergesel dengan moto yang lain atau motornya "jam". Nasib baik sempat brek. Tak lah sampai trauma cuma menggigil jugak lah selepas itu. Boleh baca di sini. http://blogitarossi.blogspot.com/2010/12/nasib-baik-lah.html

    ReplyDelete
  5. mmg trauma klu bab2 atas jln raya...jauhkanlah dr segala musibah...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dia selamat. Syukurlah. Saya dah rasa dah kak. Di Gambang tahun lepas. Saya di lane kanan sekali (2 lane sehala) dan motor tu di laluan motor di kiri sekali. Tapi saya nampak, pun macam dalam filem... motor dia tergelincir sebab pasir atas jalan raya, dan dia beserta motor bergolek..golek..guling...ke arah saya. Maaak!! Lagi saya elak, lagi dia datang. Saya dapat elak, tapi tetap saya rasa macam ada langgar bump. Mungkin tayar motornya. Saya berhenti kat depannn tu, tapi x keluar sebab dah ramai orang lain berhenti. Lagipun Adam tidur dan waktu tengah malam masa tu. Bila datang semula dengan hubby setengah jam lepas tu, dah clear dah jalan raya.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...