MAKAN DI KAMPUNG HERITAGE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM, 7 buah negeri di Malaysia bercuti sempena perayaan Thaipusam yang disambut oleh penganut agama Hindu. 7 negeri tersebut adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor sahaja. Sk pun baru tahu hanya 7 negeri ini sahaja yang mengambil cuti Thaipusam. Tu takpa, Putrajaya tu dikira sebagai negeri ke? Ya Allah, pengetahuan am- ku teruknya... Yassalammmm. Okey.. okey, baru teringat. Putrajaya tu Wilayah Persekutuan, sama dengan Kuala Lumpur.


Ini kisah dua minggu lepas, bukan semalam, Sk dan PI pergi makan di Restoran Kampung Heritage yang terletak di Taman Melodies. Kami datang tu dah melewati waktu makan tengahari tapi full house ya. Menunggu giliran la sekejap di luar ni. 



Hampir 15 minit menunggu, kami dijemput masuk. Kira tak lama jugaklah, pernah dulu masa beratur nak makan Nasi Kandar Kampung Melayu lagi lama rasanya, hahaha.



Terliur Sk tengok menu Patin Tempoyak. Udang Galah Masak Lemak tu lagi kecurrrrr menengoknya.

Jom tengok menu lain...



Sk pernah borak dengan PI sebelum ni, beberapa restoran hidangan berlauk yang kami pergi sebelum ni di Johor, jarang nak jumpa lauk kari. Lepas tu, PI tunjuk, eh, ni ada kari. Kari favourite PI, kan. Jadi, bagi mereka yang sukakan masakan berkuah, di sini terdapat tiga pilihan iaitu Masak Lemak, Asam Pedas dan Kari.



Kalau yang gemarkan masakan tidak berkuah, mereka ada Sambal Kampung, Sambal Petai dan Masak Kicap.



Signature Dish di Kampung Heritage.



Pilihan minuman.



Pelbagai jus buah-buahan.



Dessert dan kudapan.



Tulis kod menu dalam order chit.


Rembayung ❎

Kampung Heritage ✅



Besar gedabak pinggan yang dia bagi, 12" kot ni.



Sk ajak Iman join tapi dia ada jemputan kahwin kawan dia. Senarai panjang tapi makan berdua aje. Semoga habissss, hehehe.



20 minit kemudian.. 

Dari atas, Asam Pedas Ikan Merah, Sayur Kangkung Belacan, Ulam dan Sambal Belacan, Nasi Putih.



Nasi mereka hidang dalam mangkuk kayu ni, senduk sendiri la ya. Ada restoran jika dua orang makan, mereka hidang siap dalam pinggan.



Ulam pegaga, timun Jepun, tomato, sambal belacan dan ikan bulu ayam kering. Daun pegaga tu besar-besar. Ikan bulu ayam tu kurang masin, sedap. Sk tak makan sangat ikan kering sebab tak suka masin tapi ikan bulu ayam dia ni tak masin sangat. Sambal belacan pun sedap.



Sayur kangkung belacan dia sedap jugak. Banyaklah daunnya dari batang kangkung.



Sk request ikan merah bahagian isi atau ekor. Mangkuk dia ni jenis tinggi, Sk ingat dapat bahagian ekor jer, rupanya dekat bawah ekor ni ada isinya juga. Kiranya dia datang dua keping la dengan bendi sebatang, hehe. Rasa kuah asam pedas sedap, tapi Sk dapat tangkap mereka letak gula sikit. Kepedasan dia just nice, Sk siap hirup lagi cuma ikan dia tu macam terlalu lama dalam periuk kot.



Ayam Kampung Goreng Berlado. Ayam dia lembut, walaupun digoreng. Teknik goreng yang betullah ni, tidak garing atau keras di luar, masak sempurna isinya. Sambal lada dia pun sedap betul, tak manis, tak masin. Siapa datang Kampung Heritage ni Sk rekomen la pesan Ayam Kampung Goreng Berlado ni.



Terkejut tengok besar betul telur dadar ni. Dia bukan telur dadar kosong, ada hirisan bawang dan lada macam mak kita masak dulu-dulu. Kami makan separuh aje, separuh lagi tapau bawa balik.



Udang Masak Lemak, ni bukan style nogori la ya. Dia macam masak lemak aje dan mungkin gunakan cili kering, sebab tu warna dia lebih kepada oren, bukan kuning. Udang dia tu yang jenis kulit keras tu, mudah dikopek jugak la tak melekat kulit dan isi. Udang ni pun tak habis, empat ekor bawa pulang, hehehe. 



Dekat sini kalau kita datang dua orang pun dia bagi meja empat kerusi. Tahulah tu, mesti ambil lauk banyak, pinggan-mangkuk pulak besar-besar.



Sk semak dalam bil, mereka tak caj harga bekas bawa pulang ni.



Itu diaaa.. lepas makan kat sini, berapa hari jugak masak dan makan kat rumah sebab kena cover balik, hahahaha. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. betul banyak lauk tu walau makan dua orang...tapi, bila tak habis, tapau...boleh jadi tambahan lauk juga

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!