Assalamualaikum WBT
SYUKUR, 30 Januari lepas, Sk dan PI menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 26. Paling rare tahun ni tak ada makan-makan istimewa dan sambut berdua aje. Yang paling rare, makan kat kedai tomyam jer iaitu Restoran Sayam di Stulang Laut, hehehe.
Ada jugak datang makan kat sini di hari-hari biasa yang tak dicatat dalam blog. Kali ni datang makan di hari anniversary, kita blog la ya.
Restoran Sayam ni dah berpuluh tahun bertapak di Stulang ni. Ia berdekatan dengan Berjaya Waterfront Hotel. Budak JB panggil The Zone.
Kami pesan Udang Sambal.
Sotong Goreng Tepung.
Telur Dadar.
Kerabu Mangga.
Ikan Siakap Samrok atau Tiga Rasa. Besar betul ikan dia bagi, banyak isi. Sos pun sedap dan kami memang minta kuah lebih.
Tomyam Seafood Putih.
Total, RM95. Ikan nampaknya macam dah naik harga, RM45. Biasanya RM38. Tapi, okeylah, sebab ikannya besar. Tomyam Seafood dulu RM10, sekarang RM11, Telur Dadar RM2.50 tu pun rasa macam bukan harga sebelum ni. Eh, semua macam dah naik harga la. Apa nak buat, bahan mentah pun dah naik harga. Kalau banyak komplen lain kali orang suruh masak sendiri pulak, hihihi.
Happy anniversary SK...sedap semua menu tu,,,
ReplyDeleteHappy belated anniversary kak SK & PI.. byk jugak lauk tu tp x sampai 100... kira murah jugak la tu kalau di kuching x adalah rega tu
ReplyDeleteHappy anniversary, SK dan Pak Incik. Semoga terus berbahagia hingga ke akhir usia, dan sihat-sihat selalu. Sedap, dan best sambut anniversary dengan makan-makan macam ni pun orait sesangat. 👍😋
ReplyDeleteHappy Anniversary SK dan PI 💐
ReplyDeleteNama restoran Sayam tu pun ada bunyi macam sayang, sesuailah kot dengan sambutan annversary 😁
Happy anniversary kaaaaak 🎉🎉🎉🎉🎉. Tetap langgeng selalu dengan PI yaaa ☺️.
ReplyDeleteKalau restoran Tomyam, jarang failed. Biasanya sedap belaka 😄😄. Comfort food bagi saya
Tapi udang sambal dia macam tak merah je? Pedas ke tak tu?
ReplyDeleteHappy Anniversary SK & PI 🌹
ReplyDeleteSemuanya sedap tu...
Naik harga tu biasa, yang luarbiasa kalau barang turun harga . Macam tak pernah je kan ...
happy anniversary kak SK! semoga bahagia selalu. memang kena dengan anniversary makan kat restoran sayam tu. sayam = sayang. hihihh
ReplyDeleteHappy Anniversary SK. Moga berpanjangan sehingga ke syurga. Makanan yang dipesan yummy betul.
ReplyDeletesedap tgk menu ikan tu...anyway happy anniversary utk SK & husband...smoga bahagia till jannah..
ReplyDelete