WALIMATUL URUS @ DEWAN RAYA MBIP TAMAN PERLING

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum WBT 



HARI ni ada jemputan walimatul urus di Dewan Raya MBIP Taman Perling. Tempoh perjalanan lebih kurang 30 minit. Dekat aje tu, boleh leha-leha tak perlu kelam-kabut. Lagipun hari ni PI tak ada tugasan bola. Esok baru ada di Stadium Sultan Ibrahim, Pasukan JDT menentang Pasukan Imigresen. Malas nak sediakan sarapan, macam biasa, kami ke Restoran Thoufeeq, Sk makan puri. PI makan tosei dan idli.


Lepas zohor, baru gerak ke kenduri. Bapak pengantin merupakan adik ipar Angah. Kami pilih duduk di bawah khemah yang ditempatkan di luar dewan.



Jamuan kenduri, Nasi Beriani, Daging Beriani, Ayam Masak Merah, Dalca, Pajeri Nanas dan Papadom. Ada buah Oren dan minuman kordial Oren. PI kata, dia nampak ada tetamu minum air sirap tapi tak jumpa tong air sirap. Agaknya kat dalam dewan, kata Sk.



Sk cuci tangan sebelum nak makan tu, masa nak balik ke meja, toleh dalam dewan nampak ada meja dessert. Sk pun masuk tengok apa yang ada. Banyak betul pilihan kek potong (kek krim), pudding dan kuih-muih melayu .


Sk ambil kaswi leleh dan sepotong kek vanilla berkrim. Yang warna hijau dan ungu tu, kuih Thailand yang viral sekarang, Khanom Leun Kleun. Entah macam mana nak sebut yang betulnya. Khanom Leun Kleun ni, hihi. Pertama kali makan, Sk dah simpan resipi tapi tak buat-buat sebab tak jumpa tepung kacang hijau di Bakery Shop yang Sk pergi. Agaknya kena beli online. Alaaa.. bukan cari sungguh-sungguh pun benonyer. Tapi dah rasa ni, kena cari sungguh-sungguh la.. kot boleh berjual bulan puasa karang, hahaha.



Tapai, kalau bungkus daun pisang macam ni, tapai ubi.


Tema majlis warna ungu. Angah sekeluarga pakai ungu la gitu.


Mini love 💕 
Izzat ambilkan pic.


Izzat suruh senyum nampak gigi. 
Baikkkkk!



Terima kasih, En Syam dan Kak Mariyah atas jemputan dan Selamat Pengantin Baru buat anaknda mereka Hanafi dan Fatin. 



Balik dari pengantin singgah UTM hantar luggage kosong dan ambil barang Iman. Kita tolonglah bawa balik barang dia sikit-sikit. Macam Sk beritahu sebelum ni, Iman dah final semester di UTM dan akan memulakan internship pertengahan bulan Februari ini.



Kucing dekat kolej kediaman. Mesti bff ni dua-dua, hehehe.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!