Assalamualaikum WBT
ZAMAN sekarang ni, nak dapatkan makanan tradisi sesuatu negeri dah tak perlu merentas negeri. Di Johor , sebut aje la nak makan makanan dari negeri mana, kebanyakannya ada. Dari utara sampai selatan, dari Malaysia Timur sampai Malaysia Barat, ada aje jual di sini tapi tak la banyak tempat jualnya. Contoh, makanan dari Borneo, boleh didapati di Pasar Borneo di Masai.
Tahu pasal Tokwan Sup Utara ni masa pergi makan di Warung Jufira. Gerai Tokwan ni berjiran dengan Warung Jufira, ternampak ada menu Bihun Sup Utara. Jadi, pergi ke sini di hari yang lain.
Gerai Tokwan menawarkan pelbagai masakan lokal dan western.
Selain Bihun Sup Utara, ada nasi lemak berlauk.
Aneka Sup Utara dengan pelbagai jenis isinya seperti daging, tulang, ekor dan urat. Boleh pilih nak makan dengan nasi atau mi.
Kami pilih duduk di luar gerai. Ia sebenarnya restoran terbuka.
PI makan Sup Campur (tak silap) dengan bihun.
Tengok tu, tak sabar dia nak hirup sup panas-panas.
Kami datang sini sebab hari tu nampak ada cabai merah.
Sk ambil Bihun Sup Utara (biasa) dengan Kueyteow.
Letak cabai merah, baru umph! Pior la rasa BSU dia. Dagingnya empuk walaupun dipotong kiub. Lepas tu ada rasa masin masam dari jeruk lobak cincang.
Pesan jugak Tauhu Bakar. Tauhu bakar sedap cuma rasa belacan dia terlebih.
Semua makanan rasa utara dimasak sendiri oleh Tokwan (owner). Alhamdulillah, semuanya sangat menepati citarasa orang utara dan menantu orang utara ni, hihi. Gerai Tokwan ni berdepan dengan Warda Mart Bandar Baru Uda.
Kelmarin, kami ke Gerai Laksa Utara Azie Tiptop di Medan Selera Ulu Pulai ni. Saja Cuba nasib, sebelum ni datang tak buka. Ada rezeki, hari tu buka.
PI pesan Cikong Sejuk, Sk minum ais kosong jer.
Tu gerai yang kami makan Mee Bandung Banjir hari tu. Nampak ada jual roti canai, kami pesan sekeping seorang.
Roti Canai sampai dulu.
Sekelip mata, BSU pun sampai. Sk ketepikan mangkuk BSU dan makan roti canai dulu. Sedap roti canai, garing dan gebu.
Lepas tu makan BSU. Dagingnya penuh dipotong sekeping-sekeping macam tu tapi tidak terlalu nipis. Sedap tapi kurang rasa utara. Macam mana ek nak huraikan rasa utara tu macam mana. Tapi, sebab ada cabai merah, tidaklah kecewa.
Gerai Lepak Ngeport ni sebelah Gerai Laksa Utara Azie.
Banyak la pilihan nak makan-makan kat sini. Sate ada, ikan bakar ada, western pun ada, masakan Pantai Timur pun ada. Jangan datang hari rabulah tapi, rabu banyak gerai tutup. Cara ke sini, waze aje, mesti sampai.





















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih