Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Sk dan rakan-rakan seperjuangan mengikuti lawatan sambil belajar ke Galeri Aura Islam yang terletak di Medini Iskandar Puteri. Semua staf wajib mengikuti lawatan ini, tu takpa, kena bayar sendiri pulak, hihi. Tak apalah, sekali-sekala...
Dah lama tak naik bas sekolah. Kami sewa khas bas warna oren pinang ni sebagai pengangkutan pergi dan pulang. Boleh jer nak naik kenderaan sendiri tapi lagi seronok naik bas ramai-ramai.
Sebaik sahaja kaki melangkah naik bas, terdengar alunan lagu slow rock 90-an. Terus terimbau la kenangan mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur semasa tingkatan 4 dan ke Melaka semasa di tingkatan 5, hahaha. Itulah dua kali pergi rombongan, eh.. ada sekali, masa tingkatan 1 ikut rombongan ke JB, masa tu Sk bersekolah di Pontian, hehehe.
Walaupun bas sekolah, tapi sejukkk dan selesa. Masa balik pulak, driver bas pasang filem klasik Pendekar Bujang Lapok, hehehe.
Bila dah sampai, barulah tahu galeri ini terletak bersebelahan sahaja dengan Mydin Anjung Medini.
Terlupa pulak nama staf yang menjadi guide sepanjang lawatan ini. Galeri ini mempamerkan hampir 300 artifak yang diambil dari lokasi sebenar dan ada juga koleksi individu. Di antara 300 artifak tersebut hanya dua sahaja replika.
Yang boleh dan yang tak boleh dibuat di dalam galeri.
Potongan kain kiswah Kaabah pada tahun 1430H.
Kita bergambarlah buat kenangan. Mana tahu lepas ni dapat jejak di hadapan Kaabah dengan kain kiswah yang baharu, Amiiinnnn.
Tandu Uthmaniyyah yang digunakan bagi membawa pembesar-pembesar pada zaman Uthmaniyyahpada tahun 1229H.
Pelan Rumah Rasulullah SAW
Salasilah Keturuna Rasulullah SAW
Bergambar di hadapan replika pintu Kaabah.
Replika Hajarul Aswad
Batu Hajarul Aswad berasal dari syurga. Sudut Hajarul Aswad yang menempatkan Hajarul Aswad (batu hitam) adalah tempat permulaan dan akhir tawaf.
Al-Quran berasal dari Acheh ini berusia lebih 100 tahun.
Al-Quran Turki Uthmaniyyah dan kitab-kitab lama ini berusia ratusan tahun dan dihasilkan sepenuhnya dengan tulisan tangan.
Ada dua kumpulan pelawat masa ni. Masing-masing khusyuk mendengar penerangan. Frame-frame yang digantung sekeliling ruang pameran ada kain-kain kiswah Kaabah yang telah digunakan.
Dibawah kain kiswah dicatatkan tahun ia digunakan. Kain kiswah kini ditukar setiap 1 Muharam dan dipotong-potong sebelum diserahkan kepada individu dan organisasi terpilih.
Melihat baju perang ini, membayangkan betapa besarnya saiz tubuh badan umat terdahulu.
Yang dibawah tu pisau istiadat, yang atas tu kipas istiadat.
Batu dinding Kaabah
Kunci Kaabah yang digunakan pada zaman kerajaan Uthmaniyyah tahun 1056H.
Anak kunci Kaabah Uthmaniyyah juga.
Pisau Istiadat Kerajaan Uthmaniyyah
Koleksi pedang
Kawan Sk suruh berdiri ambil gambar kat sini, baiklahhhh.
Kunci Ashabul Kahfi
Merupakan kunci yang digunakan di gua Ashabul Khafi. Di dalam Al-Quran dari ayat 9 hingga 26, diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah tidurkan mereka selama 309 tahun.
Batu Masjid Quba
Serban Imam Al-Syafi'i
Capal Iman Al-Syafi'i
Imam al-Syafi'i (150-204H / 767-820M) ialah pengasas Mazhab Syafi'i, salah satu daripada empat mazhab fiqah Sunni yang utama. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris al-Syafi'i, seorang ulama besar, mujtahid, dan ahli hadis yang dihormati. Beliau lahir di Gaza, Palestin, berketurunan Quraisy, dan merumuskan ilmu Ushul Fiqh.
Tulisan Surah Al-Ikhlas pada sebutir beras.
Peralatan Astronomi
Mesin Taip Jawi, Teropong dan Pedang
Pasir Makam Rasulullah SAW
Bekas air jemuju (ubat) Rasulullah SAW
Bekas Air Zam ZAM Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Rasulullah SAW
Capal Rasulullah SAW
Bergambar ramai-ramai di booth disediakan tapi di sini hanya kamera penganjur sahaja dibenarkan. Sk snap pic dari gambar hardcopy.
Alhamdulillah, sempurna sudah tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. Kepada anda terutama penduduk Johor dialu-alukan untuk ke Galeri Aura Islam ni ya untuk mendalami sejarah pemerintahan dan empayar Islam dan melihat sendiri 300 artifak yang dipamerkan.
GALERI AURA ISLAM
Anjung Neighbourhood Centre,
Lot R19, R19A, R20, R23,
Persiaran Ledang Heights, East Ledang,
79250 Iskandar Puteri, Johor
No Telefon 07 535 3355
menarik sgt ni... nak kena search cari info lg ni, mana tau kalau turun ke johor lagi, boleh masuk dlm list tempat lawatan dgn family
ReplyDelete