MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, October 13, 2014

BIHUN GORENG SINGAPURA

ASSALAMUALAIKUM...

BILA sudah hari-hari memasak, maka sampai pada satu ketika otak pun menjadi tepu untuk menumpahkan idea hari ini hendak masak apa? Tekak ni hendak makan apa? Suami nak makan apa? Anak nak makan apa? Tekak sendiri janganlah ditanya. Hailahhhh badan.. hailahhh nyawa.. dah rasa macam tak berdaya. Tapi, kalau tak memasak kelaparanlah pula jawabnya. Sepanjang tempoh berehat dan 'away' yang melibatkan pasukan JDT dan JDT2, ER hari-hari mahu makan di rumah sahaja. tak kiralah kalau sekadar makan nasi goreng dengan telur mata, dia terima. Tekak dah tak lalu nak makan tomyam atau sup tulang di kedai. Sayur goreng yang dah kekuningan. Udang yang dah melekat kulit dengan isi atau telur dadar yang minyaknya boleh dibuat mandi.

Jadi, setiap hari Sk memasak. Kalau tak lauk kari.. kita perangat gulai semalam atau goreng ayam dan dibuat sambal. Berselera pulak dua beranak ni makan. Sk yang sedang menjaga badan diet ni pun jadi tak tahan. Kita makan.. makan dan makan sampai dah tak tahu bezakan yang mana punggung dan yang mana pinggang. Orang kata.. ' Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'.. gitewww.


Bihun Goreng Singapura versi belasah dan derhaka ni namanya. Kejadian dah lama, dah dihadam dengan selamatnya dan bersemadi di Indah Water gamaknya. Ada yang sebut, Mee Siam Goreng Berkuah juga. Sk kurang pasti apa sejarahnya hingga ia mendapat nama sedemikian rupa. Kalau dilihat kebanyakan resepi Bihun Goreng Singapura atau Mee Siam Singapore ini menggunakan taucho sebagai bahan utama tapi memandangkan di rumah Sk ni memangnya tidak pernah membeli taucho jadi kita abaikan sahaja. Kalau nak tahu lagi, Sk menggunakan bahan-bahan masakan kitar semula yang ada dalam peti sejuk untuk menyediakan kuah bihun goreng ini. Senang kerja hamba.... hihihi.

Bihun Goreng Singapura
Resepi Belasah Ajer..

Bahan :

500 gm Bihun (lembutkan dengan merendam sebentar dalam air panas)
3 sb Cili yang sudah dikisar bersama bawang
2 Sos Tomato
2 Sos Cili
3 Sos Tiram
Isi Ayam atau Hirisan Daging
Udang atau Sotong
Sayur Sawi
Garam secukupnya (Jika kurang masin)
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis cili dan bawang kisar hingga garing. Api jangan besar.
Masukkan Sos Tomato, Sos Cili dan Sos Tiram. Tumis sampai cantik warna sambal.
Masukkan ayam atau daging atau udang dan sotong. Biar separuh masak.
Masukkan batang sawi.
Kacau lagi. Masa ni daging-daging kita tu dah cukup masak.
Masukkan telur.. biar sekejap.
Masukkan bihun.. goreng guna api sederhana besar hingga rata sambalnya.
Masukkan sayur. Goreng hingga sayur masak. Rasa masinnya. Tutup api.

Kuah Bihun

Sk kitar semula :

1 1/2 senduk sambal cengeng (resepi di sini)
2 cawan air rebusan kambing (yang masak Nasi Arab hari tu di sini)

Kacau rata dua bahan tadi dalam periuk.
Masak sampai mendidih.
Tambah sedikit garam jika perlu (Sk tak letak)

Hidangkan bihun bersama kuah dan telur rebus tiga suku masak.



3 comments:

  1. Oh ini yg dikatakan bee hoon s'pore
    Kalu tempat kakak yg bee hoon s'pore yg putih tak guna coli merah tu SK..
    Tapi guna lada hitam..

    ReplyDelete
  2. Part sambal cengeng tu lagi mengecurkan selera saya kak....perghhhh

    ReplyDelete
  3. kihkihkihhhhh..
    coli merah kakzakie!!!!!!!!???

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....