MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, November 12, 2014

CERITA INI PANJANG... ER

ASSALAMUALAIKUM...

BEBERAPA hari lalu jarang ada post baru di Alam Sari, kan. Sebenarnya bukannya Sk tidak menulis. Banyak entry yang ditendang ke dalam draft atau dibuang terus ke dalam tong sampah. Semua rasa macam tak kena.. macam tak betul jer. Urmmm.. kenapa yek???

Dalam dua tiga menjak ni banyak peristiwa yang tercatat dalam lembaran sejarah Tanah Jauhar. Peristiwa paling penting adalah Majlis Pernikahan DiRaja antara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan Che' Puan Khaleeda Bustaman yang pastinya dinantikan oleh seluruh rakyat Johor pada akhir Oktober lepas. Ibarat hadiah perkahwinan kepada baginda apabila pasukan Johor Darul Takzim berjaya melayakkkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia Oppo 2014 kerana Pasukan JDT melambangkan usaha keras baginda yang amat meminati dunia bola sepak.

Sk sendiri amat terasa dan tersentuh dengan kegemilangan bola sepak yang melanda Johor sejak setahun dua ini. Sebagai seorang isteri kepada penulis sukan, yang melalui dari zaman JDT bergelar Jengking sehinggalah kini mengaum sebagai Harimau Selatan.. daripada zaman stadium kosong sehinggalah zaman tiket pun susah nak dapat amat merasa bangga dengan perubahan ini. Teringat Sk bagaimana suatu masa dahulu ER dikutuk dan dicerca apabila menulis berita tentang penjenamaan semula pasukan bola sepak negeri. Alhamdulillah, TMJ telah membuktikan bahawa penjenamaan semulanya tidak sia-sia.


ER yang Sk kenali memperuntukkan seluruh jiwa dan raganya dengan pembangunan sukan bola sepak di peringkat negeri. Walaupun hanya menulis.. walaupun ER bukannya kaki tangan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tetapi beliau mencurahkan seluruh komitmennya untuk pasukan negeri sama ada JDT atau JDTII. Boleh dikatakan seluruh fikirannya berkisar tentang bola.. menulis dan menulis tentang bola.. tentang jurulatih.. tentang pemain tapi awas.. bukan gossip murahan pemain.

Seorang yang 'workholic' (cemana eja??), ER yang merupakan seorang eksekutif pengiklanan (kot.... Sk tak tahu jawatan sebenar.. hahaha) bukan sahaja komited menulis tetapi apabila bekerja dia tidak pernah menghiraukan kesihatannya. Bila sibuk, seharian tidak menjamah makanan.. macam tak tahu lapar sahaja. Tapi, bila sampai rumah, ER komplen lapar... tak sempat jamah sarapan pagi.. tak ada masa nak makan tengahari.. jadi.. pada pendapat dialah.. malam tulah dia kena rangkumkan 'brunch' dan 'dinner'nya sekali... huhu.

Sk tak tahu.. selain dari tidak makan.. adakah juga ER tidak minum. Selalu Sk ingatkan ER.. ingatkan Iman.. suruh minum air masak banyak.. minum banyak... kenC banyak pun tak apa.. walaupun Sk sendiri selalu culas minum air masak.. sebab malas asyik nak ke tandas.. hihi.

Terlanjur sudah menulis tentang JDT.. awal bulan lepas kami ke Kuala Lumpur apabila JDT berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia Oppo 2014. ER akan bertugas di meja sukan Kuala Lumpur. Macam biasa Sk kena jadi CO-Pilot lah bila dah sampai ke KL walaupun cuma berpandukan GPS dan waze sahaja. Ialah, di KL nikan banyak simpang bertingkat-tingkat.. salah naik alamatnya kita sesat.. haha.. jadi seorang kena tumpu pada pemanduan.. yang seorang lagi kena tentukan mana simpang keluar masuk, sehingga selamat sampai tempat yang dituju.

Memandangkan waktu perlawanan berlangsung di sebelah malam, jadi pagi Sabtu tu selepas bersarapan, Sk dan Iman bercadang nak ke KLCC melalui jejantas berhawa dingin yang menghubungkan antara Pavillion dan KLCC. Sk tinggal di hotel di Jalan Conlay, wahhhh!! Memang bestlah duduk situ sebab dekat sangat dengan Pavi dan KLCC, kan. Walaupun kena naik jejantas tapi ada escalator dan sejuk pulak. Yang ER sibuk nak ikut jugak (kitorang tak bagi ikut sebab ER tu kalau berjalan suka nak cepat balik). Tapi ER kata dia nak bayar bil celcom, haaa.. ialah, marilah jalan kaki sekali.

Belumpun suku perjalanan Sk nampak ER dok cekak-cekak pinggang di sebelah kanan, Sk tanya kenapa, ER kata macam sakit. Holaaaaaa.. baru jalan sikit, Sk kata. Agaknya pasal lama tak jalan kot sakit pinggang. Tapi betul.. baru jalan berapa meter, pavi pun belum lepas lagi, escalator jejantas pun belum naik lagi masa ni. ER jalan lambat dan kemudian berhenti sambil membongkok (macam ruku'). macam tercungap-cungap pun ada, dia kata macam susah nak bernafas... errrr...

Sk suruh ER balik rehat di hotel, ER tak mahu, dia kata takut nanti tak ada line pulak kalau tak bayar. ER ni memang suka 'last minute' kalau nak bayar apa-apa bil. Orang sibuk ngalahkan PM lah katakan. Iman dah berkedut-kedut muka, maklumlah orang nak jalan-jalan kat KLCC ada jer halangan, kan.. padahal bulan lepas bukan main lagi dia berejam-rejam jalan kat KLCC tu dengan Cikwa nya masa Sk menghadiri majlis pernikahan anak saudara tukan. Lepas tu kami teruskan perjalanan naik escalator ke jejantas berhawa dingin... fuhhhh.. dingin sungguh, berapa juta habis buat jejantas nikan, tak apalah untuk kemudahan pejalan kaki. Banyak jugak CCTV dipasang di sepanjang laluan jejantas ni untuk keselamatan. Sk percaya ramai orang KL yang naik kereta tak pernah naik jejantas ni, hahaha.. sebab adik Sk sendiri tak pernah naik padahal dah bertahun-tahun duduk di KL dan selalu 'window shopping' di KLCC dan Pavi.


Walaupun dah lama tak berjalan kaki sejauh tu tapi rasa seronok jugaklah tapi bila tengok gaya ER berjalan memang kesian pun ada geram pun ada. Sk tak tahu mana yang sakit, macam mana sakit. Berjalan dua puluh langkah.. berhenti.. berjalan dua puluh langkah berhenti.. okey Sk tipu Sk tak kirapun berapa langkah berjalan, hahaha.. tapi memang asyik berhenti. Kemudian Sk tanya mana yang sakit, Sk cuba tekan-tekan kat situ, ER kata bila tekan baru rasa kurang sakit, jadi sepanjang nak sampai ke KLCC tu Sk terpaksalah jalan sambil ibu jari menekan bahagian yang sakit tu dan memaut lengan ER supaya 'balance' pergerakan kami.. amboiiii.. mesti orang tengok.. manja sangat nihhhh!

Sampai di KLCC, Sk terus cari air mineral nak suruh ER minum.. mak aihhh.. mahalnya air mineral.. takyah cakaplah berapa harga tapi boleh buat dua kali sarapan dekat kantin kolej Sk tau... huwa huwa. Kami duduk sekejap rehat.. bila ER kata dah okey, kami sambung balik berjalan mencari celcom dulu untuk bayar bil. Uiiii... rupanya kami baru sampai di Aquaria.. kena jalan lagi nak sampaikan ke KLCC. Tengok ER macam semakin parah jer, Sk nampak ada kedai serbaneka, terus belikan panadol untuk sakit belakang dan sendi.. harap-harap ER okey, tapi fuyohhhh.. sebab tulah orang lelaki ni tak boleh beranak agaknyakan.. sampai Sk pun jadik macam nak demam tengokkan dia. Macam mana ni?? Malam nak kerja lagi pulak tukannnn...

Muka Iman dah berlipat-lipat.. sebab dia nak beli 'slingbag' takut tak dapat. Alkisahnya, masa dia pergi KLCC dengan Cikwa tu dia dah berkenan dengan satu 'slingbag' tapi dia malu nak pinjam duit Cikwa-nya. Jadi harapannya 'slingbag' tu masih ada lagi. Jadi, lepas bayar bil celcom ER, kami terus cari 'slingbag' Iman nasib baik di aras yang sama. Apalagi.. senyum sampai ke belakang kepala bila jumpa beg idaman hatinya. Sk senyum sumbing jerlah nampaknya.

Lepas beli beg Iman, ER kata nak cari 'Oakley' pulak sebab nak betulkan 'spek' dia. Lepas tu kita ambil teksi balik hotel, memang tak boleh jalan dah. Naiklah kami ke aras tiga. Masa lalu di 'food court' ER terus capai kerusi dan duduk termengah-mengah nasib tak rebah. Sk dah cuak jer, ni kalau pengsan nak buat apa??? Nak angkat dia ke?? Atau nak pekik.. tolong! tolong! ke??? Aduhaiiii.. pening kepala hamba. Tapi sempat jugaklah mulut ni berleter. Sebab ER kata perut pun sakit. Maknanya bahagian belakang yang sakit tu tembus sampai bahagian depan (perut). ER kata mungkin pasal dia tak makan seharian semalam. Haaaaaa.. tuuuuu... siapa suruh tak makan... orang dah kata makan.. makannn... pot pet pot pettttt...




Bersambung...

1 comment:

  1. hehhehehhee!!

    kesian ER !

    dia baca tak blog awak ni ek?
    :)

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....