Assalamualaikum WBT
SEJAK Tiga minggu lepas, berderet setiap Sabtu terima jemputan kenduri walimatulurus. Boleh klik link di bawah...
Jemputan Perkahwinan di Dewan Jubli Intan Pontian
Jemputan Perkahwinan di Orchard Gold & Resort
Sabtu lepas, hadir satu lagi jemputan. Hari tu, sejak pagi hujan membasahi Tanah Jauhar dan tidak ada tanda akan teduh. Disebabkan sudah mengesahkan kehadiran dengan Kak Munirah iaitu ibu pengantin (sepupu Sk) sejak awal, jadi tak sampai hati pulak jika tak pergi.
September tahun lepas, Sk ada blog juga tentang jemputan dari Kak Munirah dan Abang Ismail yang memilih Mega De Villa di Kampung Danga sebagai lokasi majlis walimah, kali ini Straits Hill Villa yang terletak di hadapan Pantai Lido menjadi pilihan mereka atau mungkin lebih tepatnya pilihan mempelai.
Boleh baca kisahnya DI SINI.
Iman sedang bercuti pertengahan semester selama seminggu. Mulanya tak nak ikut, kemudian nak ikut pulak. Dah lama tak makan nasi kenduri, rugi tak pergi 😆.
Kak Munirah atau Dr Munirah, sepupu Sk sebelah abah. Kak Munirah anak bongsu Pak Besar. Masa Sk kecik-kecik dulu kan, selalu admire dengan kakak-kakak sepupu, jika mereka datang berkunjung ke rumah, semua bergaya, kasut, beg semua sedondon, cantik belaka masing-masing ya. Kita masa tu budak-budak lagi, hihihi.
Disebabkan hujan dan malas nak bersiap, main capai saja baju dan tudung dalam almari. Ni semua jenis tak payah gosok, konsepnya cepat siap, hahaha.
Sejak dulu suka sangat tengok villa-villa di hadapan Pantai Lido ni jadi kita snap la sekeping di hadapan salah satu villa. Nampaknya macam berpenghuni, harapnya tuan rumah tak marah ya. Balik kenduri sambung jalan-jalan pulak kat Midvalley, hihihi.
Penat jalan-jalan, singgah ngeteh kat Cafe Ramah-Ramah, pesan Kuey Teow Basah sepinggan kongsi tiga orang. Masing-masing masih kenyang makan kenduri, kan. Sedap jugaklah masakan kat cafe ni. Midvalley ni ada foodcourt tapi non-halal, mujurlah ada Kafe Ramah-Ramah ni. Nak ngopi kat Old Town penuh, Oriental Kopi lagilahhhh beratur panjang! Dua beranak tegak terus bila kita kata tunggu nak ambil gambar dulu, hihi.
berderet majlis jemputan kenduri ye...wah SK berkebaya nyonya
ReplyDeleteKann Kak, cantikk rumah agam deretan Pantai Lido tu haaa .. pernah masuk sekali sini ada event, cuma parkingnya agak sturggle kann
ReplyDeleteSukaaaa sangat lihat warna kebaya nyonyah kakaaak 😍😍. Cantiiiik memang. Kakak pun bagus memakainya...
ReplyDelete