MEE LIDI HAILAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


CUACA di Tanah Jauhar sekarang tidak menentu. Kelmarin (Sabtu), hujan dari subuh sampai petang. Semalam pula, panas dari pagi sampai petang. Hari ini, kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Punyalah panas semalam, sampai Pak Inche kata, tak larat nak keluar makan malam. Dia suruh Sk masak Mee Hailam yang kononnya nak masak tuari tapi yang terjadinya Nasi Goreng, hehehehehe.


Sk guna resipi sama seperti yang sudah-sudah iaitu memasak kuah terlebih dahulu. Tapi, tu la..  mee kuningnya hancur pulak semasa dicuci. Nasib baiklah masa beraya rumah Kak Roz hari tu, Abang Samad bagi Mee Lidi Kering. Cari bihun dalam kabinet tak jumpa, mujurlah ada Mee Lidi Kering.


Senang la nak masak Mee Lidi ni, cuma panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan mee, rebus selama 5 Minit dan bilas dengan air paip. Nak makan tu, Sk cedok aje secukupnya letak dalam pinggan kemudian terus sendukkan kuah dalam mee tu. Tekstur Mee Lidi ni kenyal-kenyal dan tak mudah putus, cantik jer bila digulungkan pada garfu. Sk taipkan semula resipi kuah Mee hailam di bawah ya, cubalah, sodapppp!

Bahan-bahan Kuah Mee Hailam


Sedikit minyak masak

5 ulas bawang putih cincang

Isi Ayam, Sotong dan Kek Ikan secukupnya

2 senduk kicap manis

1 senduk sos ikan

2 cawan air

2 tbs tepung jagung larutkan dengan 1/2 cawan air

4 pokok Sayur sawi (asingkan bahagian batang dan daun)

Bunga kubis

Putik Jagung

Kacang Peas yang macam ni ➡️ 🫛 

Cili Merah Besar

Sedikit minyak bijan


Cara Memasak Kuah Mee Hailam


1. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih hingga keemasan.


2. Masukkan isi ayam, sotong dan kek ikan, kacau sebentar.


3. Masukkan kicap manis, sos ikan dan air.  Biar mendidih.


4. Masukkan batang sawi, bunga kubis, putik jagung, cili merah dan kacang peas.

 

5. Masukkan daun sawi, biar sekejap. Masukkan air tepung jagung, kacau hingga pekat.


6. Akhir sekali, minyak bijan, kacau skejap, tutup api.


7. Rebus Mee Lidi selama 5 minit, bilas dengan air paip dan toskan.


8. Cedok mee ke dalam pinggan mungkum, kemudian tuangkan kuah Mee Hailam. Makan dengan hirisan cili padi yang dituang kicap cair.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cop kita mcm x nampak pun mi tu cam lidi... nmpk cam copstik je saiz nya hehe...

    ReplyDelete
  2. 9. Dah habis makan, pandai2lah basuh mangkuk dan gelas sendiri

    ReplyDelete
  3. Simpan dulu resepi ni. Rasa macam nak buat juga ☺️

    ReplyDelete
  4. Mie lidi ini banyak juga di Medan. Biasanya utk membuat mie gomak. Makanan khas Batak. Kapan2 saya mau coba juga resep hailam 😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!