'ZERO POINT'

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...

ERRRRR... lama tak sembang, kan...

SAMBIL duduk-duduk menonton tv malam kelmarin, Iman menunjukkan sesuatu kepada Sk. Loom... Urmmmm.. benda inilah yang dibeleknya setiap hari. Masa nak periksa hari tu ditinggalkannya sekejap.. habis periksa sambung lagi menge'loom'. Sebelum ni siap ambil tempahan lagi dengan kawan-kawan. Modalnya Sk yang keluar.. untungnya tak nampak pun.. dapat penat sahaja. Cabaran Sk supaya Iman menyiapkan sarung telefon Sk menggunakan getah loom, sampai sekarang masih tidak tersahut.

Sambung cerita.. Sk menyambut getah loom yang siap diikat Iman. Ikatan paling mudah, Sk belek sekejap.... "Ooooo... ini ikat macam kitorang dulu-dulu.. main zero point.." kata Sk. Iman kata, ini yang paling senang bonda. Lepas tu dia diam agak lama. Rupa-rupanya dia berfikir sesuatu...

"Zero point tu apa bonda?"

"Alaaa... zero point.. Zero point tak tahu ke?" kesiannyaaaa... huhu.

"Tak tahu.. apa tu?"

"Zero point tu... alaaa.. main getahlah... contohnya... " Sk suruh Iman pegang hujung loom yang diikat tu dan meletakkannya ke lantai. Sk letak sebelah lagi di lantai.

"Haaa.. main ni ramai-ramai, tapi sorang kena pegang hujung sana.. (sambil muncung bibir ke tangan loom yang dipegang Iman) dan sorang lagi kena pegang sini (sambil tunjuk bahagian loom yang Sk pegang)."

"Lepas tu, sorang kena lompat macam ni sambil sebut.. 'Zero Point'" Sk menggayakan orang melompat dengan menggunakan jari telunjuk dan hantu Sk. Semua yang main tu kena lompat sampai habis giliran"

"Lepas tu? Tu aje?? Main apa macam tu"

"Lepas tu, naikkan getah tu paras buku lali... lompat lagi.. 'one point'.. semua kena lompat.. siapa jatuh atau langgar getah dia mati... tak boleh main lagi. Naik lagi getah paras betis (ke lutut???) pulak... 'two point'... pas tu paras paha... pinggang .. masa ni dah boleh sentuh getah tu masa lompat.. siapa jatuh atau tak boleh lompat dia matilah. Sebutlah turutan dia.. 'three point'... paras ketiak... paras bahu... paras telinga... paras kepala.. sebutlah 4 5 6 point... sampai habis...  kepala, kalau masih ada yang tak mati.. sambung lagi sejengkal... dua jengkal... tiga jengkal..."Hahahaha..." gelak guling-guling besar Sk sambil cerita mengenang zaman sekolah rendah dulu.

"Hahahahaha.." Iman pun turut ketawa.

"Iman tahu tak, duluuuuuu kawan bonda yang paling 'terror' main zero point ni nama dia Halinda. Fuyohhhh! Terror dia lompat.... sampai tiga jengkal pun boleh!"

Serta merta terus jer terbayang kelincahan Halinda melompat. Sampai akhir pun masih tak mati lagi tau. Siap boleh lompat huruf Z lagi... huhuhu.

"Bonda???" tanya Iman.

"Bonda??? Bonda yang paling tak pandai main... hahahahahahaha... hahahahahaha"

"Hahahaha.. kenapa bonda tak pandai lompat ke?" tanya Iman hairan.

"Haaaa.. macam nak terpulas kaki bonda melompat.. nanti macam tersimpul.. berlaga kaki dua-dua... hahahahahaha"

Adohaiiii... jangankan paras kepala.. paras pinggang pun kalau boleh lompat.. Sk sikit punya bangga tau... hahahahahaha.

gambar hiasan

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terkenang masa dulu juga dibuatnya baca N3 SK ini. Senyum sendiri kakak ni SK:)
    Kakak dulu kalau pakai baju kurung kain tu selak ikat kat pinggang sebab mudah nak lompat
    Nampak seluar dalam dedulu macam tak ada masalah macam budak sekarang SK - kami saja aje tak ada pun ejek-ejek
    Kalau ingat balik gelihati pulak. Getah warna-warni dulu bukan macam yg bebudak buat gelang sekarang ni.. dulu lain besar-besar:)

    ReplyDelete
  2. zero point tu lompat getah ke?
    sy baru tahu. kami sebut 'lompat getah' je masa kt kg
    sy boleh lompat smpi jengkal atas kepala
    sekarang? lulut je kot, hahaha

    ReplyDelete
  3. mengimbau zaman zero point. pergi sekolah agama bukan bljar nak main je yg lebih. pkai baju kurung pkai suar track kat dalam..

    ReplyDelete
  4. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  5. Sari...akak teror main zero point ni. Sampai bjengkal he3...masa tu akak dok kg tok siak jb. Tpusing kaki melompat getah. Entah mcmne dulu leh lompat pusing2 badan. Tp itu dulu....skrg mau patah pinggang. He3...

    ReplyDelete
  6. kita pun terer main zero point ni hehe..

    ReplyDelete
  7. Saya pun gelak besar...hahaha. sebab kita sama tau kak. Kalau dapat lepas pinggang tu sikit punya bangga

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!