MAKAN DI RESTORAN CONGKAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


BERSEBELAHAN sahaja dengan pintu utama lobi Royal Chulan The Curve Hotel adalah Teh Tarik Place. Ingatkan petang nak ajak Cikwa ngeteh situ la. Selain ngeteh ada menu berat jugak yang boleh memadamkan kelaparan, haha. Kemudian, saja google pulak restoran-restoran yang terdapat di The Curve, tertarik pula dengan Restoran Congkak ni.






Gambar-gambar dari arah tempat duduk Tuan Tanah Kedaung 😆. Mari kita tengok dari kamera Cikwa pula.






Pesanan dibuat terus dari meja secara manual. Staf datang ambil pesanan dan terus masukkan ke dalam sistem.


Kalau tengok pada menu-menu yang ditawarkan, restoran menampilkan masakan Indonesia namun di dinding digantung satu bingkai gambar seniman dan seniwati dari Malaysia pada zaman filem hitam putih.


Tiada menu dessert, lalu pilih Emping Belinda (RM6) sebagai pembuka selera. Kalau di Malaysia ia dikenali sebagai kerepek belinjau, sejenis kerepek yang dibuat dari biji buah belinjau yang diketuk hingga leper dan dijemur hingga kering sebelum digoreng garing. 

Sedang syok bergossip bersembang sambil kunyak kerepek belinjau, Pak Inche hantar whatsApp bagitahu beliau dalam perjalanan balik ke hotel. Aik, kata pukul 7 baru habis. Dah penat, dia jawab. Paling tragis, lapar giler. Pergi Majlis Raya tapi lapar giler? Apo? Sibuk layan tetamu dan orang ramai sangat sampai tak sempat makan, katanya. Jadi, kami pun berpindah ke meja lebih besar.



Cikwa kata, tengahari tu dia dah makan Pulut Ayam, masih kenyang lagi. Cikwa pilih Bakso (RM18). Tapi, tatawlah.. nak Kata Bakso.. supnya rasa Soto dan dimakan pulak dengan Sambal Kicap. Nak kata Soto, ada bebola daging macam Bakso 😆. Cikwa kata, Bakso murtad ni namanya.




Bagi memadamkan kelaparan yang semakin membakar, Sk pilih Nasi Ulam Ayam Bakar Taliwang (RM25). Dah hampir nak habis makan pun, Pak Inche masih belum sampai lagi. Nasi ulam tu sikit sangat ulamnya, berbeza dari gambar dalam menu. Ada tempe goreng tapi macam dah bacin sikit tempenya. Juga ada sedikit urap, Ayam Bakar okeylah, tidak mengecewakan, dia macam chicken chop, dah buang tulang.


Nampak, dah habis makan baru Pak Inche sampai, ni pun tadi Cikwa kata tunggu Pak Inche, nasib tak tunggu. Layan Pak Inche pilih menu pulak.


Memang bukan taste Pak Inche la menu di Restoran Congkak ni, akhirnya PI pilih Nasi Goreng Berlado Ayam Bakar (RM25). 


Macam bapak-bapak sangat dah gayanya, siap dengan Teh O Panas 😆. Tapi Pak Inche kata, rasa makanan dia out!! Harga mahal kebabom, KL khennnn!!!


Eh.. lupa pulak nak tepek gambar sebelum berpisah 😆


Tq Cikwa sudi singgah melawat kekandamu 🥰.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. harga dia wow sangat kak...tapi kalau tak sedap ni yang buat frust sgt

    ReplyDelete
  2. Nampak macam sedap tapi rasa out erk....

    ReplyDelete
  3. Serious dua² study menu ye :p
    Ini yg tak best ni, tempat dah lawa tapi food kureng pulak :(

    ReplyDelete
  4. Kaaaak, saya sempet berfikir dulu pas baca buku menu dia, apa ya beda nya bakso Medan dan bakso jakarta 🤣.. saya orang Medan, tinggal di jakarta. Seumur2 saya makan bakso di Medan dan Jakarta, sama semua bentuk dan rasa 😁😅.

    Congkak dalam BHS Malaysia apa yaa? Krn di sini artinya sombong, tinggi hati. Makanya saya agak takjub pula baca nama restoran ini 😅🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!