MAKAN SUP PAHLAWAN & NASI GORENG MEGA DI RUMAH MAKAN SUP ABANG IJAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


KENYANG giler la makan di Nasi Baryani Mohd Shah, Batu Pahat Sampai rasa tak mahu nak makan malam. Lepas check in di Swiss-Garden Hotel Melaka,  kami cuma berehat-rehat jer la di bilik, rasa malas nak keluar. Pak Inche cadangkan, jika lapar kami keluar makan malam di restoran berhampiran. Tapi, kemudian, baru tersedar, ada something perlu dibeli. Pak Inche turun ke mall, tapi tak ada.. jadinya terpaksa keluar kawasan juga. Alang-alang dah keluar tu, Pak Inche mula la meneruskan agenda JJCM dia.





Destinasi kami kali ini, Rumah Makan Sup Abang Ijam yang terletak di Sungai Udang. Pak Inche pesan Sup PAHLAWAN bahagian Gear Box. Untuk gear box Ni, ada dua pilihan iaitu RM35 dan RM40. Yang dalam gambar ni RM35. Boleh makan sup begitu sahaja, atau boleh makan dengan roti Perancis. Ambil roti Perancis saiz separuh. 

Sk pulak, perut rasa kenyang tapi teak rasa nak makan nasi goreng. Tengok dalam buku menu ada Nasi Goreng Mega yang disediakan dalam dua saiz, 2 orang makan dan 4 orang makan. Bagi dua orang makan harganya RM25, 4 orang makan lupa harga. Macam malas pulak nak snap pic menu.

Pak Inche dah tentu-tentulah makan gear box dengan roti tu kan, takkan nak pesan nasi goreng untuk 2 orang makan. Sk tanya, jika boleh buat porsi seorang makan. Tak boleh katanya. Pak Inche kata, takpelah, ambil jer 2 orang makan. 


Sekali, amek kauuuu! Patutlah namanya Nasi Goreng Mega. Macam ni bukan seorang makan, 4 orang pun boleh. 

Boleh kot cadangkan Sk ambil nasi putih aje. Sabar aje la.


Memang tak habis lerrrr. Nak pelawa pelanggan lain makan macam tak reti pulak nak buat ayat. Lagipun semua sibuk dengan makanan masing-masing jugak. Sudahnya, minta bungkus, lepas tu singgah Petronas, bagi kat adik cashier tu suruh makan time balik kerja, hehehehehe.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ingatkan siapa la abang Ijam tu.. abang ipar ke.. abang sepupu sepapat ke... abang kedai rupanyaaa

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaa.... nasi goreng mega membukit banyaknya. Kalau Kak Amie ada di situ, bolehlah tolong makan hahahaha! Sup gear box tu memang ngam ganding dengan roti.

    ReplyDelete
  3. sedapnye sup... makan saja2.. yumm yumm yumm.. nikmat tak terkata...

    ReplyDelete
  4. SA puas dah makan sup gearbox masa raya hari tu..2 kali buat...

    ReplyDelete
  5. Hahahahah saya jadi ingat saat ke Kediri, ada rumah makan yg sedia menu nasi goreng semua dalam porsi jumbo. Terkejut lah kami samua saat datang makanan2 yg dipesan. Macam bisa kamu 10 orang hahahahahah

    Memang tak cocok utk couple 🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!