MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, December 16, 2014

3D- MURAL ART STREET

ASSALAMUALAIKUM...
 

SESUATU yang sedang 'in' sekarang ini adalah 3D-Mural yang pastinya salah satu sebab kenapa Sk hendak pergi ke Penang Time Tunnel. Kalau masa sekolah-sekolah dulu sebenarnya, Sk sering didedahkan dengan lukisan mural di dinding-dinding sekolah tetapi siapa sangka lukisan mural sebenarnya boleh ditampilkan dengan konsep 3D. Lukisan mural 3D mula dipopularkan di negara-negara barat dan salah seorang artis 3D Mural yang terkenal adalah Edgar Müller. Beliau merupakan pelukis 3D yang hebat kerana mampu melukis di atas jalanraya dengan lukisan yang benar-benar hidup. Gayat SK bila merenung karya-karya beliau tau.

 
 
Pada mula sampai di sini kan, Sk macam tak percaya jer bahawa di sinilah terdapatnya Art Street Mural yang heboh diperkatakan tu. Melihat bangunan lot kedai dua tingkat dengan keluasan rasanya cuma 20 kaki x 60 kaki (kotttt). Pulak tu tulis Muzium Sejarah, kan. Beberapa kali Sk tanya penjaga di depan muzium.. dan ya.. bila masuk rupanya memakan masa juga pengembaraan di dalam tu. Di bahagian 3D-Mural Art Street ini juga disediakan ramai staf untuk membantu anda menggayakan aksi-aksi yang sesuai dengan gambar. Sk suka sangat dengan seorang staf wanita berbangsa cina yang kurus tinggi.. Sk lupa nak tanya nama dia. Beliau memang banyak membantu kami semasa berada di sini. Tapi ada seorang yang 'spoil'. Tu nanti Sk cerita.


Apa-apa hal kita minum duluuuu!!



Okey, dah minum... Jom layan gambar lagi....

























Haaa... tu semua gambaran artis secara 3D... Yang bawah ni pulak teknik melukis dalam gelap... eh!
 




Ini pula teknik bergambar secara pantulan. Kita akan bergambar dengan melihat cermin manakala di belakang cermin adalah lukisan. Ada 'sign' yang akan tunjukkan di mana kita perlu berdiri dan aksi yang perlu kita lakukan. Juga ditunjukkan di mana jurugambar perlu berdiri untuk mendapatkan gambar yang tepat. Taklah imej jurugambar ada dalam cermin tu.



Gambar angkasawan yang tak berapa menjadi.. hihi..





Ini konon-konon kereta langgar dinding. Kayu betul pelakon tukan.. kan...


Errrr... macammanalah boleh tak perasan ular dah menganga kat belakang SK tu.. hahaha!




Sotong Kurita datang pun boleh senyum-senyum lagi Cikwa???



 Handphone tak lepas!



Haaa... inilah gambar yang spoil tu. Sebab staf yang bertugas di bahagian ini buat kerja sambil lewa. Ialah.. kami ni pelakon, kan.. ikut jer arahan yang diberikan. Konon-konon tengok tv sambil melekat kat dindinglah tu.. tapi tak jadi.. tv ke mana.. mata ke mana. Ralat!



Tidur terapung katanya... huhuhu...

Monday, December 15, 2014

PRAWN CURRY DEVIL

ASSALAMUALAIKUM...

ECECEH... Tajuk bukan main omputeh tapi tulis melayu.. hehehe. Ceritanya semalam sebenarnya Sk malas nak masak (memang sejak akhir-akhir ini jarang beno nak rajin). Malam sebelumnya, Sk cuma masak Sotong Masak Itam dengan Ikan Kembung Goreng Kunyit.. resepi yang selalu sangat masuk dalam blog ini.. hihi. Jadi.. Sk bercadang nak panaskan sahaja lauk semalam tu dan goreng ikan lagi. Kiranya menu yang samalah sebabnya bawang tinggal tak berapa biji jer dalam rumah tu. Tapi.. dalam perjalanan balik tu.. sambil memandu.. sambil berangan nak makan udang ala-ala dekat restoran nasi kandar.. hahaha. Geram jerkan kalau pergi kedai nasi kandar tengok udang sebesar tapak tangan budak tu.. tapi jangan berani-berani ambillah.. sekor jer dah RM25.. huhuhu. Kebetulan memang ada udang yang dah sebulan lebih bertapa dalam peti ais. Sk terus teringat masakan udang sambal kari yang Kak Ida 1001Resepi post dalam blog beliau.

Lalu balik tu, Sk paksa-paksakan diri jugak singgah ke kedai membeli bawang dan sedikit cili padi buat bagi meletup sikit sambal kari Sk. Sampai rumah, lepas uruskan apa yang patut, Sk terus rendam udang dan siapkan bahan untuk memasak. Ingatkan sempatlah nak belek blog 1001Resepi sekejap rupanya masa mencemburuiku. Yang Sk ingat.. Kak Da guna rempah kari dan cili kisar.. yang lain Sk langsung lupa. Lalu Sk buat ikut cara Sk sendirilah.. apa yang terlintas dari pengalaman hari-hari. Tak sangkalahkan.. rupanya ER dan Iman suka sangat lauk ni. Sk cakap asyik tengok jer udang kat kedai nasi kandar tu.. ER terus tergelak. Masa makan tulah, ER kata.. nilah 'Curry Devil' namanya. Adui.. sambil taip ni pun telan-telan ailio apa cete.. udang pun dah habis... huhu..

"Bah, jom beli udang lagi!"


PRAWN CURRY DEVIL

Bahan-bahan :

12 ekor udang bersaiz besar
3 labu bawang kuning (2 dihiris nipis/ 1 dipotong baji)
1 batang serai (diketuk dan disimpul)
2 hirisan halia (hiris kasar)
1 kulit kayu manis
sekuntum bunga lawang
1 sudu kecil biji sawi, halba dan jintan (campur2 dpt sesudu kecil)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari (Sk guna rempah kari daging)
sekeping asam gelugor
1/3 kotak santan pekat
segenggam cili padi
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara-cara :

1 Bersihkan udang.. potong muncung (paras mata) dan separuh ekor dan belah belakang buang urat hitam. Tidak perlu kupas kulit.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang yang dihiris nipis, serai dan halia. kacau hingga naik bau.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, biji sawi dan halba. Kacau lagi guna api kecil.
4. Masukkan cili kisar. Tumis hingga cili masak. Api kecil.
5. Masukkan rempah kari. Kacau rata-rata. Tambah air sedikit-sedikit supaya rempah dalam kuali tidak kering tapi jangan letak terlalu banyak. Cukup supaya ia tidak kering dan hangus sahaja.
6. Masukkan udang, daun kari, asam gelugor, garam dan santan pekat. Tambah air sedikit lagi.Pastikan kuah pekat. Masak selama 5 minit. Masukkan cili padi dan ajinomoto. kacau sedikit.
7. Masak lagi selama 6 - 7 minit. Kacau selalu perlahan supaya tidak hangus melekat di kuali.
8. Siap untuk dihidang.

Sunday, December 14, 2014

STUFFED FRENCH TOAST... OH TAM!!

ASSALAMUALAIKUM...

JADI orang perempuan ni.. hati memang macam tisu. Mudah sangat jatuh cinta dengan watak-watak dalam novel atau telenovela kan... isk! Sk lah tu. Tapikan.. Sk tengok ramai kawan-kawan Sk yang sebaya dan lebih tua dari Sk pun macam tu jugak. Tapi kita sekadar jatuh hati dengan watak yang dibawa tu sajalah.. orang lelaki aka suami tak payah risau sangat sebab kami ni memang tak ada kuota nak menambah cawangan. Saham pun memang tak naik lagi dahhh.. hahaha.

Urmmm.. siapa yang mengikuti blog novelis yang menggunakan nama pena Syamnurezmil.. tentu tahu bahawa kini Syam sedang menulis tentang 'Tuan Anas Mikael' (TAM). Dah masuk Chapter yang ke 23 pun tau dan Sk memang tak pernah miss setiap post Syam tentang TAM ini. Siap letak notification di 'handphone' kalau-kalau Syam dah post chapter seterusnya. Sebab setiap kali hendak post chapter baru.. chapter sebelumnya akan dikeluarkan dari blog. Jadi, memang kena alert.

Sedikit sinopsis tentang TAM.. mengisahkan tentang seorang gadis yang kelakar bernama Ayu Maisarah yang terpaksa bekerja dengan Tuan Anas Mikael oleh sebab kesilapannya sendiri ketika mengambil alih tugas ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Tuan Anas. Bila baca kisah TAM ni hati jadi berbunga-bunga jer dengan Tuan Anas tapi dalam masa yang sama sikap Ayu Maisarah ni amat mencuit hati.. kadang tersengih-sengih sambil baca tu dah ala-ala macam tengok cerita Korea pulak.. hahaha.

Dan... Stuffed French Toast ini pula adalah salah satu hidangan yang perlu disediakan Ayu Maisarah dalam cerita TAM ini. Sebenarnya.. dalam beberapa chapter yang lepas.. ada banyak resepi yang disebut Syam dalam TAM tapi cuma inilah yang rasanya nampak mudah dan teringin sangat Sk nak mencubanya sendiri di dapur realiti ketika bersarapan pada hari cuti. Siap pesan dengan ER. beli roti dan pisang sebab projek TAM ni.. punyalahhhh!!


Stuffed French Toast

Bahan-bahan :

8 keping Roti Sandwich
3 biji pisang
3 sb serbuk almond (resepi asal kacang pecan)
2 1/2 sb madu
margerin
1 biji telur.. secubit garam... dipukul rata
sedikit minyak untuk menggoreng

Pisang dihiris bulat sederhana (jangan terlalu tebal)
Gaulkan pisang, serbuk almond dan madu
Sapukan mentega pada roti
Letakkan pisang yang digaul madu dan serbuk almond tadi di antara dua keping roti
Sapukan kelilingnya dengan telur dan lekatkan.. tekan guna garfu atau sudu
Panaskan kuali leper
Percikkan sedikit minyak
Sapu keseluruhan roti dengan telur yang dipukul
Goreng sehingga kuning keemasan di atas kuali leper tadi
Potong roti
Siap untuk dihidangkan

Ikut fb fanpage Syamnurezmil DI SINI

Friday, December 12, 2014

MAKAN SEDAP DI DANGA BAY

ASSALAMUALAIKUM...

INI antara tempat yang menjadi kunjungan kami bila dah bosan sangat tak tahu nak masak apa.. dan makan di mana. Restoran yang terletak di Danga Bay ini merupakan pilihan bagi mereka yang hendak makan dalam suasana yang tenang kerana tempat ini dikatakan agak 'privacy' jugalah. Selalunya kalau ada acara makan besar bos-bos mereka memang sukalah bawa ke sini. Pelbagai hidangan makanan laut boleh didapati di sini dari jenis yang biasa sampailah yang luar biasa. Sk???

Sk makan yang biasa-biasa saja..


Menu wajib.. mesti ada sotong. Siapa yang biasa baca blog sk tentu tahu tak sah Sk kalau makan di luar kalau tak ambil sotong. Begitu juga kalau pergi pasar.. mesti nak cari sotong.. heheh. Nama masakan ini ialah Sotong Goreng Telor Masin... Ya salammmm... sedap... sangat-sangat-sangat sedap. Rasa macam nak bungkus lain bawa balik tapi.... (sila sambung sendiri)


Brokoli dan Cendawan Sos Tiram... terpaksa ambil sayur ni sebab tak ada sayur baby kailan. Brokoli tu di celur jer rasanya dan Cendawan tu ditumis kemudian tuang sos tiram. Walaupun nampak 'simple' tapi sedap. Haahaaa... ko Sk apa yang tak sedapppp???


Feberet Iman.. tahukan.. selalu ada lauk ni bila pergi makan seafood walaupun ini bukan seafood. Chicken Lemon. Serius, banyak tempat Sk makan, chicken lemon di sini adalah turrrrrrrrrbaekkk! Ayam tu rangup di luar dan empuk isinya. Sos lemon tu memang cukup rasa. Aaaa... nak ratah-ratah ni aje rasa.


Yang sampai akhir sekali.. Siakap Masakkkkk... alamak! Lupa pulak masak apa.. kuang kuang kuang. Tapi nampaknya resepi ni kena tukar nama kot.. Epal Masak Siakap... kui kui. Ikan siakap tu dan rencahnya dah sedap tapi terlalu banyak epal diletakkan dalam masakan ini. Rasanya tak ada pulak tulis epal hijau dalam tajuk menu siakap ni. Sepatutnya kalau nak letak epal tu kenalah dadu comel-comel dan letak jangan terlalu banyak. Tapi Sk cuma mampu membebel dengan ER lah dan tulis kat sini.. tak mampu (ke takut??) nak cakap sendiri dengan Chef.. hahaha.

Haaa... tu masakan yang kami order. Tu aje.. sikit jerkan. Kami memang berhemah orangnya.. hahaha. Jom tengok pulak seafood lain yang kami seram-seram sejuk nak mintak chef masakkan... huhu.









Okey.. okey... jom gambar sikit...



daaaaa....





MEE KUAH TULANG

Assalamualaikum... TAMAT sudah sesi percutian sempena perayaan Deepavali minggu lepas.  Minggu ni ramai yang dah kembali bekerja,  anak-ana...