MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, July 28, 2015

ROTI JALA DURIAN SERAWA

  Assalamualaikum...
 
MASA bulan puasa lepas, dua kali Pak Inche ER bawa balik durian. Sekali.. ER bawa balik dua karung besar. Mula ingatkan ada sepoloh bijik satu karung rupanya setiap karung ada tiga biji jer.. hehehe. Durian kahwin katanya, ada 'somebody' yang belanja. Semuanya gemuk-gemuk. Tiga biji Sk hantar ke Senai, Yang lain tu kami makan tiga beranak. ER dan Iman siap makan dengan nasi dan santan. Isinya lemak manis dan yang sebiji tu betul-betul kuning tembaga isinya.. dan tentunya yang paling sedap. Tapi tulah, dah namanya bulan puasa. Memang tak termakanla.. sumbat peti sejuk.. padahal masa durian tengah mahal sebelum puasa tu teringin sangat nak makan. Tak beli pun.. tak tergamak nak beli.. huhu. Lepas hampir seminggu tersadai dalam peti sejuk, Sk pindahkan ke 'freezer'.
 
Beberapa hari lepas tu, ER bawa balik lagi durian. Pun orang bagi. Syukur rezeki. Kali ini isinya agak keras. Macam masih muda dah dijolok dari pokoknya.. gitu. Hampa, tak ingat berapa biji tapi semuanya keras dan tawar. Sk masuk peti sejuk, konon nak buat serawa makan dengan roti jala. Sampai minggu akhir puasa, masih tak bergerak juga. Akhirnya, bungkus semua masuk plastik dan ikat masuk dalam... eh.. bukan masuk dalam tong.. tapi Sk bekukan juga.
 
Haa.. dah berapa raya ni, teringat pula projek serawa. Serawa durian ini Sk belajar dengan ibu dan arwah bapa. Tak susah pun semua main campak-campak sahaja. Pagi-pagi dah keluarkan isi durian seplastik dari 'freezer'. Lepas tengahari mulalah projek menyerawa. Masuk durian dalam periuk, tambah air dan santan ikut paras durian serta secubit garam. Lepas tu masukkan gula dan kacau sentiasa. Rasakan gula tu supaya tak manis menyengat. Sepatutnya kena letak daun pandan tapi pokok pandan pun dah lama Innalillah.. huhu. Siap.. satu tipuware besar kita pos ke Senai juga.
 
 
Petang tu, Sk tanya ER.. pandai tak makan roti jala dengan serawa durian. ER kata, pandai. Tengah berjalan-jalan masa tu. Jadi, dah malam barulah ada masa sukat tepung untuk menjala.
 
Sk paling suka gunakan resepi roti jala ini. Kalau dulu konon malas nak sukat-sukat tapi leceh pulak.. kadang terlebih air, kadang terlebih tepung. Guna resepi ni macam ngam jer. Yang penting gunakan cawan yang sama untuk menyukat tepung dan cecair.
 
Caranya.. campurkan :
 
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna hijau (sebab nak makan dengan kuah manis)
 
.. dalam jug blender dan 'blend' sampai rata.
Buka penutup jug blender.
Masukkan 1 sudu besar minyak masak, gaul rata.
Kemudian tuangkan terus dalam botol acuan roti jala
atau kalau tak ada, tuanglah dalam mangkuk besar supaya mudah dicedok dengan acuan roti jala.
 
Tips untuk adik2 yang baru mula belajar menjala, panaskan betul-betul dahulu kuali leper sebelum disapukan minyak. Jika tidak, nanti jala kita tak cantik.
 
 
Nah.. roti jala makan dengan durian serawa.
Iman tak layan.. dia kata kalau ada kari baru dia makan.. hahahah.
 

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya Kak..inkan nak buat jugak utk makan2 opis husband tp makan dengan pulut...

    ReplyDelete
  2. Salam lebaran kak...
    Musim durian runtuh ni kan...
    Teringin pulak nk buat nmpk kuah serawa akk yg pekat tu

    ReplyDelete
  3. Kakak pun ada buat gula durian ni SK
    Tapi kakak colek aje dengan lempeng. Tak rajin lagi nak buat roti jala

    Salam aidilfitri dari kakak

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...