Assalamualaikum...
DI SANA sini masih lagi meriah beraya. Di samping menganjurkan rumah-rumah terbuka ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri perkahwinan. Ada juga yang membuat acara marhaban dari rumah ke rumah. Hari ni saja nak kongsi gambar raya di sebelah Johor. Ini baru raya okeyyy!!
Beraya di rumah Mak Usu. Lebih kurang 25 tahun dulu, di sinilah Sk membesar sebagai remaja. Banyak kenangan di sini.. dari zaman kanak-kanak memang tak pernah 'miss' beraya di sini. Kadang-kadang bila cuti sekolah pun datang ke sini. Dalam gambar tu Along Nita (kanan).. anak sulung Mak Usu.. huhu.. blur pulak gambar Along. Haaaaaaaaaaa.. dulu-dulu pantang nampak muka Along, mesti suruh lukiskan gambar perempuan dapat ijazah. Cantik sangat potret yang dilukis Along.. tu yang asyik suruh lukis gambar.. hahaha.
Jangan tak tahu, selain pandai melukis (dan semestinya pandai belajar) Along juga hebat memasak. Suruhlah masak apapun, Along memang terror. Terima kasih Along kerana sudi masakkan untuk kitorang yang kuat makan ni.. hihihi.
Rasanya dah lama betul tak jumpa Along (masa raya). Jadi tahun ni wajib ambil gambar. Adududu.. mata merah pulak orang kiri kanan.. huhuhu.
Ini gambar raya pertama. Sk di Kedah masa ni. Keluarga Mak Usu datang beraya ke Senai. Lama masa berlalu, ramai dah cucu Mak Usu.
Meriahnya makanan.. sedihhhh tak dapat makan semua.. kita jilat tapak tangan ajelah jangan kempunan.. huhu.
Ish.. tak boleh jadik ni. Rasa macam nak buat ketupat esok.. hahaha.
Tudung sama kaler air tuuuuu...
Mak Usu ni adik kepada ibu yang bongsu. Rasanya dalam gambar ni ada tiga keluarga yang tak ada. Keluarga Sk, keluarga Along dan keluarga Fikri (anak Mak Usu)
Ini pula keluarga Mak Uteh, biras ibu. Pun dah ramai cucunya dan dah besar2 belaka. Semuanya dah jadi orangr hebat.. tahniah!
Haaaa... Ini baru raya!!!
Soal makanan terhidang bila-bila kita boleh buat SK
ReplyDeleteTapi pertemuan sanak-saudara macam ini memang kena tunggu raya/kenduri-kendara
Barulah terasa meriahnya kan.. ;)
ReplyDeleteMemang meriah betul raya macam ni. Seronok.
ReplyDelete