Assalamualaikum...
MENU wajib ER setiap kali sambutan Aidilfitri atau Aidiladha.. tak kiralah di Kedah atau di Johor tentunya Nasi Tomato. Sebenarnya sejak puasa lepas lagi Pak Inche kita ni dah sibuk minta Sk masakkan nasi tomato tapi Sk cakap tunggulah hari raya. Bukan apa, banyak manalah kami boleh makan setiap kali puasa kan. Macam tak berbaloi masak penat-penat tetapi makannya sikit. Kalau nak nasi tomato alat2 (lauk minima) tak apalah jugak. Ni nak ayam masak merah.. ayam goreng pun nak.. nak dalca.. nak kurma.. nak acar... matilah nakkkk! Macam 'order' dekat restoran gitu.
Alhamdulillah.. tak ada yang kempunan nak tunggu nasi tomato sampai raya. Padahal masa kat kampung hari tu pun dah dapat nasi tomato.. nak juga yang Sk masak. Tahulah.. kita masak sedap.. hak hak! Terlanjur memasak, penat tu sekali arungkan jer. Sk panggil ibu, Angah sekeluarga, Azwa dan Aini suami isteri ke teratak Sk. Kita makan sama-sama. Jadi.. inilah tetamu pertama Sk di Syawal 1436H. Jom layan gambar!
Saya yakin mesti sedap. Adoiii....bila nk jadi jiran akk ni....
ReplyDeleteselamat hari raya..sila lah dtg ke blog saya..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDelete