Assalamualaikum...
DAH 6 Syawal baru nak update blog (geleng kepala 80x)
Selamat hari raya semua.. selamat meraikan kemenangan berpuasa sebulan Ramadhan.. maafkan Sk jika sepanjang pertemuan kita setahun yang lalu ada kata-kata yang menyinggung perasaan. Walaupun orang tua kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. tapi Sk percaya kita semua berhati mulia, saling memaafi dan tidak berdendam.. betul tak? Jangan ditanya kenapa Sk menyepi selepas berlalunya 20 Ramadhan. Faham-faham sendiri jerlah ya... hihihi. Okey.. jom kita cerita pasal raya Sk tahun ini.
Tahun ini jatuh giliran Sk sekeluarga untuk beraya di kampung Pak Inche. Al yang sebenarnyapun memang setiap tahun kami akan pulang ke Kedah Darul Aman setiap kali raya cuma bezanya giliran raya pertama tu sahaja. Tetapi mulai kelmarin, Sk telah membuat perjanjian lisan dengan ER bahawa selepas ini kami cuma akan beraya di satu destinasi sahaja setelah letih mengharungi kesesakan trafik lebih dari 12 jam. Setiap kali raya macam tak ada kesudahannya. Macam tak percaya selepas lebih 4 jam perjalanan kami masih berada di negeri yang penduduknya paling ramai... jenuh!
Errrr... negeri mana yang penduduk paling ramai tu Sk???
Laaa.. tataw ka?
Kat Perak ler.. Dinding.. Lumut... Parit... semua ada orang duduk tau :))))))
Orang Perak jangan marah ya.. usik-mengusik di hari raya.. ;))))
Eh... kata cerita raya.. gambar mana gambar?
Sedih betul tengok gambar raya yang tak sepertinya ini... huhuhu.
Juadah istimewa setiap kali beraya di Kuala Ketil pastinya ketupat palas, lemang dan ketupat nasi segera . Ketupat palas tu ER beli di Temakah, orang Kuala Ketil mesti tahu pakcik yang berniaga Pulut Udang tersedap di Kuala Ketil (jalan dari Kulim ke Kuala Ketil). Sebenarnya kami sedikit kecewa bila kak kata tak sempat nak buat ketupat palas. Jadi ER ajak Sk cari lemang di gerai Pulut Udang Temakah ni yang memang berjualan lemang setiap kali raya. Rasa nak lompat bintang bila nampak ketupat palas sebesen besar depan gerai.. hahaha. Ketupat palas tu dijual dengan harga RM16/ sekilo. Sk lupa nak kira dapat berapa biji tapi boleh tahan sedap jugaklah.. memang tak mengecewakan dan berbaloi-baloi okeh!
Sepertimana gambar yang kengkawan lihat di atas sekali tadi, buat pertama kalinya tahun ini kami sekeluarga tak berpakaian sedondon sampai kak jadi pelik. Susah betul nak cari pakaian sedondon yang sesuai dengan saiz Sk dan Iman. ER takpa.. dia memang dah redho ulang baju sama tiap-tiap tahun.. hahahaha.
But tu.. kasut Iman. Melaram betul dia tahun ni. Kalau nak tahu Iman ni kalau nak cari baju besar masih senang lagi tapi bab cari kasut sampai meleleh air mata dibuatnya. Susah sangat nak cari saiz. Kalau ada pun fesyen yang bodo2.. muahahaha. Sedih. Tahun ni berjaya jumpa kasut yang vogue da vass kunun. Sk pun teringin jugak.. terkenang zaman di kolej dulu pakai kasut but sampai kawan cakap.. kalau baling anjing.. mati anjing tu.. hahaha. Tapi tulah, satu-satunya kasut yang tinggal dan ngam-ngam saiz Iman. Harga tak cecah RM90 pun.. kasut tak ada jenama tapi kualitinya sangat lembut. Dijamin tidak melecet punya.
Kasut Sk tu.. baru RM20. Brand pasar lambak.. huwa huwa huwa.
Sarapan di hari raya kedua.. western gitu.
Raya kedua.. jangankan sedondon terus lari tempo.. huhu.
Gambar candid dari kamera kak ipar Sk semasa kami pulang dari menziarahi pusara anak saudara Hafez Taufik yang pulang ke rahmatullah 2 Ramadhan lalu. Sebelum tu beraya di rumah abang ipar (bapa arwah Hafez) di Teluk Kumbar, Penang.
Bersyukur selepas sekian lama tahun ini dapat beraya bersama Abang Fauzan (abang ER) dan Kak Fauziah serta Ayep. Buat pertama kali Sk merasai keenakan rendang itik (lupa ambil gambar) yang dimasak Kak Fauziah.. memang sedap.. huhuhu. Teringat-ingat tau...
Bersambung....
Selamat hari raya buat SK sekeluarga..
ReplyDeleteSaya pun makan rendang itik semasa beraya dirumah jiran mertua tu..
Sedap sgt rendang itik ni kan SK :)
Meriah juga tu. Selamat hari raya!! :)
ReplyDelete