MAKAN DI TAMU BY SANTAI

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. 
bertemu lagi kita untuk sesi makan kali ini.
Sk percaya,  entry makan adalah antara entry yang paling ditunggu-tunggu
pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar ini,  
betul tak?  Hehehehe.. 

Sebenarnya,  Sk baru sahaja pulang dari bercuti. Hurmmm..  Hujung-hujung tahun ni memang ambil cuti sajalah memandangkan Encik Rizar tak terlibat dengan mana-mana assignment hujung minggu.  
Sebenarnya,  Sabtu lepas telah berlangsung Karnival Sukan BH di Kelab Kilat,  TNB Bangsar. ER pula telah dijemput untuk menyertai pertandingan bola sepak. 
Zaman bercinta dulu,  setialah kita duduk tepi padang tu tunggu dari mula sampai habis. 
Tapi sekarang,  kita tengok sekejap lepas tu pergi jalan-jalan,  keh keh keh. 
Sk memilih untuk ke KL Gateway yang baru dibuka di Bangsar South (dulu dikenali sebagai Kerinchi).  Memang pesat membangun sungguh Bangsar ni sekarang. 
Kalau suruh Sk yang memandu memang menyerahlah,  mujur ada adik yang expert jalan-jalan di sini,  kalau tidak tunggu sajalah sampai game habis,  kah kah kah. 
Disebabkan masih baru,  maka tak banyak lagi kedai yang dibuka. 
Tu tak apa,  yang penting di KL Gateway ni ada tempat makan yang best untuk kita menjamu selera,  gituuuu. 
Tamu By Santai yang merupakan kumpulan Santai Restoran pastinya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak menikmati masakan ibu yang enak. 

Dah terliur dengan Laksa Johor ini bila adik post gambarnya di fb. 
Di JB,  kalau nak makan Laksa Johor memang senang nak jumpa tapi sukar nak mencari yang memenuhi selera (kecuali masak sendiri).
Itupun jangan haraplah Sk memasaknya,  semua kena harapkan bonda dan kekanda,  kui kui kui. 
Laksa Johor ni Sk bagi 5 bintang

Pilihan Iman,  Kuey Teow Goreng. 
Dah berapa kali dia cakap nak sangat makan kuey teow goreng yang sedap,  akhirnya jumpa jugak dengan yang menepati selera. 

Mee Bandung pilihan adik Sk,  Azwa. 
Yang ni tak rasa original mee bandung sebab masakannya terlalu berat. 
Kita bagi 3 bintang ajelah. 

Masa mengambil pesanan,  adik waiters tu bagitau,  Sk layak mendapat dessert Sago Gula Melaka.  Syaratnya kena ambil gambar makanan dan post di ig atau fb dan tag TamubySantai. 
Adik,  bab ambil gambar makanan tak payah awak suruh pun akak buat,  kah kah kah. 
Yey,  dapat sago gula melaka.
Semua dah kekenyangan nak menghabiskan
sebab portion makanan di sini memang banyak giler. 
Tapi,  membazir tu amalan syaiton,  Sk habiskan jugaklah,  hehehe. 

Jom tengok menu lain di TamuBySantai ni. 
Ada appetizer, yang ini semua Sk tak ambil. 

Nampak jer menu Laksa Johor ni memang dah tak berpaling lagi,  hihihi. 
Anda yang datang ke KL tu,  bolehlah singgah nanti ya. 

Wassalam. 

2 comments:

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..