Assalamualaikum WBT
SAMBIL menyelam minum air. Dalam pada menjadi ahli rombongan menghantar pengantin lelaki menikah, terlaksana juga pelbagai misi yang dirancang semasa berkampung di Temerloh tuari. Antaranya...
1. Makan Ikan Patin Tempoyak dan Pais Patin Tempoyak
2. Pergi Pasar Anak Muda
3. Pergi Car Boot Sale Temerloh
Yang tidak sempat ialah pergi Pasar Pagi Kerdau di Kampung Seri Ketumbit.
Sk sebenarnya baru tahu tentang kewujudan Car Boot Sale Temerloh ni dari Iman, itupun semasa dah berada di Temerloh. Ia beroperasi setiap hari Sabtu, dari jam 8 malam hingga 1 pagi bertempat di Lurah Semantan, Taman Kenangan. Alaaa.. dia sebelum tapak Pekan Sari Temerloh, dekat dengan Bus Stand Lama Temerloh, yang ada Petronas tu la. Ia juga dicatatkan sebagai CBS terbesar dan terpanjang di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Gerai Buah Asam Boi Viral ni kita jumpa mula-mula sekali dari jalan masuk. Ada dua jalan masuk, satu dari arah Petronas (tepi sungai), satu lagi dari arah bangunan kedai.
Pelbagai jenis buah ada, kebanyakannya mangga la. Ada kedondong jugak, satu botol RM12. Kita tunjuk nak buah apa, nanti dia sumbatlah selagi boleh dalam satu botol tinggi sejengkal.
Berbeza dengan Pekan Sari yang banyak produk bahan mentah dari hasil tanaman dan ikan air tawar, CBS ni lebih banyak menjual desserts, minuman dan makanan viral. Pendek kata, manis-manislah semuanya. Antaranya, Sticky Milk ni.
Gerai ni jual Air Longan atau Air Mata Kucing.
Jelly Pencil Viral ni pertama kali Sk nampak. Ia dibungkus macam Ais Krim Malaysia tapi plastiknya kurussssss panjang dan berwarna-warni.
Ini pulak Mochi, pelbagai warna dan pelbagai inti. Selain tu ada Vietnam Roll. Sk ni kadang teringin jugak nak beli VR tu tapi seketul pun mahalnya rasa. Sebab apa Sk cakap mahal, sebab Sk dah pernah buat dan tahu berapa kosnya, macam tak patut jer jual harga Yahudi macam tu, kan tapi yang sebenar itulah harga sebuah kemalasan.
Gerai ni jual Air Longan jugak. Memang pusing-pusing pun kebanyakan jual produk yang sama. Satu lagi, macam bukan CBS jer sebab hampir semua jual dalam gerai, bukan buka boot kereta.
Mochi lagi.
Biskut berasap ni dulu masa Iman kecik-kecik dah ada. Ada yang panggil biskut naga. tapi, naga keluar api, kan?
Chicken Tenders.. ni teringin jugak, tapi tak beli sebab fikir nanti boleh jer beli kat mana-mana.
PI dan nasi lemak daun pisang berpisah tiada.
Colek Bali Madu.
Macam Sk cakap tadi, kebanyakannya jual benda sama aje. Samalah jugak macam Pekan Sari tu, kan.. sama jer produk dijual cuma peniaga tu ramai. CBST ni bukanlah sepanjang-panjang satu lorong tapi tak silap Sk ada tiga lorong tak termasuk setengah lorong dekat sebelah bus stand. Salah satu perkara yang buat Sk semangat nak ke CBST ni sebab Iman tunjuk VTT ada peniaga yang jual Kuih Tiga Beradik dan beliau jer satu-satunya peniaga yang jual kuih tu. Tapi, kami dah lalu semua lorong, tak jumpa. Tanya ada sorang peniaga tu, dia pun kata tak tahu.
Baru jer rasa nak kecewa, tetiba nampak gerai dengan tray kuning ni bersusun atas meja kuih yang dicari-cari. Ya Allah, rasa nak melompat kat situ, hihi.
Kuih Kubang Badak. Yang bulat-bulat tu adunannya tepung pulut hitam dengan inti kelapa manis, ia dikukus bersama santan dalam daun pisang. Bahagian yang putih tu bukan meleleh-leleh, dia lembut gitu jer. Macam kuih koci leleh la gitu tapi ni dia buat macam dalam gambar, tak berbungkus macam koci.
Kuih Pepena. Rasa dia lemak manis macam kuih talam, tekstur kuihnya macam kuih talam. Sk lupa nak zoom Kuih Dodol Kukus. Kuih Dodol Kukus rasa macam dodol tapi tak kenyal macam dodol, di permukaannya ada tahi minyak. Walaupun namanya tiga beradik, tapi boleh beli asing-asing, tak semestinya kena beli tiga beradik. Sk beli dua set, satu set RM15. Masa datang Temerloh tahun lepas dapat rasa dua beradik jer.
Kali ni dapat beli tiga beradik, takde terpisah-pisah. Sk beli dua set, satu set hantar kat Homestay Kak Roz. Suka la biras Sk, Abang Samad makan kuih ni, dia kan orang Kuantan. Tapi, kuih ni biasa ada kat Temerloh aje kot. Tu pun dua hari Sk cari dekat kedai-kedai sarapan kat sana tak ada jual. Dekat pasar besar Temerloh tu pun tak ada orang jual. Kakak yang meniaga di pasar tu bagitahu dekat Go'bang Maju ada jual, tapi tak jumpa pun. Punyalah gigih mencari, hahaha.
Esoknya, pagi-pagi kami check out dari Homestay Pulai Indah dan terus ke warung berhampiran. PI kata, Mi Goreng masa sarapan hari tu dia tapau kat sini. Nak beli roti canai, tapi orang ramai, tu la tu dia ajak ke sini nak makan roti canai. Hurmm, kat mana-mana pergi pun, tak nasi lemak, roti canai jugak dia nak.
Iman tunjuk ada Nasi Dagang, rasa kembang hati nak makan nasi dagang, tapi Sk tanya dulu, ada Gulai Tongkol, tak? Tak Nasi Dagang la kan, kalau tak ada Gulai Tongkol. Sedap nasi dagangnya tu, gulai pun sedap. Menaip ni sampai tertelan ailio pulak teringat kesedapannya, hahaha.
Dua beranak tu makan roti telur. Apa barang tah, hahahahaha. Tapi yang best, dekat sini dia bagi kari ayam siap ada isi ayam ya. Lepas tu, PI minta tambah kuah, pun dia letak jugak isi ayam lagi, sungguh pemurah, patutlah ramai orang singgah. Pagi-pagi pun dah siap jual lauk nasi campur kat sini, cuma Sk tak tahu nama betul warungnya, maaf ya. Maka dengan ini, berakhirlah episod JJCM Temerloh sambil hantar pengantin, hihihi.
nampak meriah
ReplyDeleteAlang-alang kan dah bercuti tu, kita sempatkan mana yang sempat. Dapat jugalah berjalan-jalan di negeri orang.
ReplyDeleteAduh, kecur pulak tengok mangga dan kedondong asam boi tu. Sedapnya!
Jelly tu mesti jadi tarikan budak-budak. Comel! Kita pun rasa nak membeli dan cuba rasa.
Kuih kubang badak macam kuih badak berendam dan kuih sopang tapi versi mangkuk daun pisang gitu kan. Mesti lagi sedap ada aroma daun pisang tu.
Bagusnya tuan kedai bagi tambah isi dalam kuah sekali. Tak kedekut. Patutlah ramai orang datang sini. Alhamdulillah murah rezeki tuan kedai. Pelanggan pun seronok dapat makan sedap.
mcm2 ada jualan tu pasti rambang mata mn 1 nk bli kn..tk pernh lg try kuih 3 beradik tu
ReplyDeleteAdui sedapnya kuih 3 beradik tu..
ReplyDeleteNasi dagang dgn ikan tongkol mmg padu 😋
Banyak jual makanan jela CB nya tu.
ReplyDeletesaat menunggu nak buka nasi lunch ni.. terliur tengok semua makanan.. sedapnya
ReplyDeleteKalau pergi ke tempat begini, memang kalap laaah 🤣. Banyak yg nak dibeli, lapar mata tapi 😄.
ReplyDeleteDrooling saya lihat buah2 asam boi itu kak 😍😍.
Pensil jelly tuh menarik. Saya tak update barang2 anak yg viral skr 🤣.
Tp di antara semua, memang kue2 tradisional yg saya akan pilih 😍. Susah cari kue macam tuh
Gigihnya SK cari Kuih Tiga Beradik tu! Tapi puas hati kan bila dapat jumpa akhirnya. Nampak menarik sungguh Kuih Kubang Badak tu, adunan pulut hitam berinti kelapa dimasak dalam daun pisang mesti wangi aromanya. Rezeki juga tu dapat merasa lengkap tiga-tiga beradik..Terliur tengok Nasi Dagang dengan Gulai Tongkol tu, nampak betul-betul membuka selera..dah la SA tengah teringin..
ReplyDelete