Assalamualaikum WBT
PAGI tadi, dah siap nak pergi kerja tengok muka Iman macam ada subtitle, nak bagitahu, malasnya nak pergi kerja. Tu baru kerja 5 hari tu. Sk terus cakap, "hurmmm.. ada lagi 30 tahun nak kena hadap." Begitulah kehidupan. Tak kerja tak ada duit, tak ada duit, macam mana nak hidup. Walaupun duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit. Tak ada duit, sakitttt!!! Sk ni dulu-dulu, entah berapa kali rasa nak berhenti kerja, tu pun dekat tempat lama dulu, bertahan 8 tahun jugak. Dekat tempat sekarang, dah 23 tahun. Kadang-kadang bila diimbau semula, tak tahulah macam mana boleh bertahan kerja sampai la ni, hahaha.
Kita tinggalkan kisah kerja yang tak pernah habis, jom kita ke Restoran Jeti atau The Jetty yang terletak di Aspira Square, Nusajaya. Nusajaya ni nama baru la, kami orang Johor panggil Gelang Patah, hehehe.
Staf hantar menu dan order chit ke meja, kita catat sendiri pesanan dan serahkan pada staf. Sk suka konsep macam ni, memudahkan pelanggan. Sambil duduk tu, tenang la kita nak belek menu dan buat pilihan.
Mantao Buttermilk, RM8
6 ketul mantao goreng dengan sos buttermilk kosong sebagai pembuka selera. Sedap biasa-biasa la, di mana-mana pun rasa mantao ni sama sebab rasanya mantao ni dari kilang, bukan homemade. Cuma cara goreng ni, pandai ke tak. Kalau tak pandai goreng dan tos elok-elok, mantao akan serap minyak. Sk sendiri tak pernah la goreng mantao ni, tak pernah beli yang frozen banyak dijual tu.
Sos buttermilk dia sedap, tak masin. Walaupun tak ada clam ke, ayam ke, tapi berasa la sosnya tu.
Prosperity Jetty, RM15.
Pada mulanya, Sk datang sini nak makan pasta, sebab baca banyak ulasan mengatakan keenakan pasta di The Jetty ni. Tapi tiba berubah fikiran bila nampak Prosperity Burger ni dalam menu sebab lama tak makan. Padahal, ada beli patty untuk burger oblong ni, entah bila nak buatnya, tak tahu laaa.. hahahah.
Seperti prosperity Burger yang dijual di Restoran Makanan segera popular tu, prosperity di The Jetty ni juga datang bersama Curly Fries. Kelainannya ialah selain dari bawang Holland, mereka juga letak salad kubis nipis dalam burger. Cuma roti dia agak lembut la, kalau mereka guna roti macam kat Subway tu, ok sikit la kot.
Blur pulak gambarnya, tak pakai spek kot masa snap pic ni. Walaupun disediakan pisau dan garfu, tapi nak makan burger cam ni, lagi mudah kita pegang dan ngap gitu aje.
Patty burger ni juicy, tapi ada masa macam masin sikit, mungkin ada percikan garam yang tak larut. Cicah sos cili tu kurang sikit rasa garamnya. Sos cili mereka bagi ni pedas tapi sedap pulak, patut tanya jenama apa.
Orang yang baru pakai braces tu makan Fish n' Chips. Seumur-umur Sk membela dia, belum pernah lagi rasanya dia pesan makanan serupa ini, hahaha. Tu takpa, dia lenyek isi ikan tu guna belakang sudu, lepas tu baru makan. Sk dah makan separuh burger, dia punya baru luak suku. Padahal kalau tidak, dia la paling laju, huhuhu. Itupun dia makan sekeping aje, sekeping lagi bungkus bawa balik. Bila kita makan lambat, kan jadi kenyang cepat. Aaa.. nampak tak dalam piring mantao tu, ada yang dia dah potong mantao tu kecik-kecik, 😂.
Fish n' Chips, RM19
Ia datang bersama side dish, Cendawan Inoki goreng tepung dan rebonding fries. SK kurang pasti ikan yang digunakan. Satu lagi, kan.. nak tanyalah siapa yang tahu, kan. Ikan tu memang dipotong isi dari seekor ikan atau isi ikan dikisar dan dibentuk begitu sebab saiznya besar panjang macam tu, kan. Mari kita tanya pakcik google.
Oh, ia memang dipotong dari seekor ikan, laaaa. Pandai-pandai aje Sk fikir ianya dikisar dan dibentuk macam tu, hahaha. Maaf ya kepada chef-chef semua. Penatlah Chef belajar cara potong fillet ikan, tau, Sk!
Tapaukan Prosperity Jetty untuk PI jugak. PI tak ikut sebab masa ni ada game kat SSI, JDT vs Chelsea.











Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih