DAPUR TAK BERASAP

Assalamualaikum...

AHAD lepas,  ketika Sk baru sahaja nak melelapkan mata...  Sebenarnya sebelum tu dah tertidur depan tv,  jadi dalam jam 11 lebih Sk masuk bilik dan baru sahaja nak melelapkan mata tiba-tiba Encik Rizar datang terkocoh-kocoh. 

"Dapur pecah!"

Sk yang mamai separuh menjerit sebab dengar perkataan pecah aje. "Apa pecah?! "

"Dapur pecah! Jom..  Jom.. " Sk mengekor ER ke dapur.  Rumah teres setingkat jer jadi tak perlu turun tangga tapi ambil masa juga untuk sampai ke dapur yang lurus menganjur ke belakang.  Sampai dapur...

Innalillah... 
12 tahun dapur berjenama Eltis ini berbakti pada Sk sekeluarga.
Tak tahu sebenarnya nak gambarkan perasaan. 
Sedih sedikit tapi mungkin yang sebenarnya lega sebab kebelakangan ni kerap sangat baca pasal dapur dari material permukaan kaca ni pecah dan meletup ketika memasak. 
Sk cukup lega kerana walaupun pecah tapi ia tidak berderai ke dalam ruang kabinet di bahagian bawah. Dahlah ada secerek air panas tertenggek atas dapur semasa kejadian. 
Dan yang paling penting ia tidak berlaku ketika Sk sedang memasak. 

Nampak gayanya tak berasaplah dapur Sk beberapa hari memandangkan kejadian berlaku ketika minggu mula bekerja.  Nak cari dapur baru bukannya sekelip mata.  Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pilihan. 

Tak gituuuuuu??? 

3 comments:

  1. alahai..takutnya kalau dapur berkecai macam ni...lama tu dia dah berkhidmat..memang saja nak mintak ganti tu

    ReplyDelete
  2. nak mintak yang baru la tu...rumah arwah mak kak rose kat kg, dapo cam ni pun orang boleh umpil curi, sekali dengan tabung gasnya! berlubang lah table top tu..

    ReplyDelete
  3. fuhhh
    nasib xjadi apa2 yang buruk

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih