MAKAN BIG BREAKFAST DI PETALS & BAKES

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT



PAGI tadi, bawa rakan sekerja Sk, Kak Imah, bersarapan di Petals & Bakes sempena hari jadinya yang ke dot dot dot. Hari jadinya Khamis lepas tapi masa tu Kak Imah puasa 6. Suruh Kak Imah pilih mana-mana kek, Kak Imah sensitif dengan pewarna jadi biar dia yang pilih sendiri. Kak Imah pilih Biscoff Cake (RM12). Rasa berhutang aje selagi tak belanja Kak Imah makan sebab tahun lepas Kak Imah bagi hadiah busat punya sempena hari jadi Sk, hehehe.


Untuk Tuan Tanah Kedaung merangkap tukang bayar 🤭, Big Breakfast (RM22). 


Lupa nak fokus pada menu pilihan Kak Imah, Wantan Duck Mee (RM16.90). Kak Imah kata sedap, itik lembut.


Kak Imah juga baru beberapa bulan lepas menjalani pembedahan membuang batu hempedu. Semoga Kak Imah semakin sihat lepas ni, panjang usia, ditambahkan rezeki, diberi kebahagiaan dan kesejahteraan oleh-Nya jua, insyaAllah.. Amiinnn YRA.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Meriah big breakfast SK...kek biscoff fav tp sejak cut sugar lama xmkn dessert

    ReplyDelete
  2. mudanya kak imah...airmuka kak imah tak gaya pangkat kakak

    ReplyDelete
  3. Happy Belated Birthday to Kak Imah 💐
    Nampak sihat alhamdulillah, mudah-mudahan terus diberi nikmat sihat hendaknya.
    Boleh kenyang lama nampaknya plate SK tu...

    ReplyDelete
  4. Betul-betul breakfast tu.. Banyak portion nya.

    ReplyDelete
  5. Big breakfast betul ni. Besar hidangannya.
    Kek Biscoff RM12, agak murah. Kak Imah nampak gembira. :)

    ReplyDelete
  6. Meriah betul big breakfast SK tu...menu kak imah tu pun nampak menarik..

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday Kak Imahnya SK. Semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Doa yang sama juga buat tukang belanjanya.

    ReplyDelete
  8. Apabila tengok gambar teringin pula wantan mi itik itu.

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday Kak Imah. Semoga kedua-duanya dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala kecukupan dan keberkatan. Aamiin...
    Sedap pulak tengok wantan mi tu. Makan dengan sup panas, ada cili potong. Perghhh...

    ReplyDelete
  10. Semua menunya memang menggiurkan 😍. Wantan mee itu kalo pedas mantap pasti kan 😄👍. Apapun semoga kak Imah diberikan kesehatan selalu dan rezeki yg berkah 🙏

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!