Assalamualaikum WBT
DAH lama sebenarnya rasa nak makan maggi tumis tapi rasa nak masak tu tak datang, hehe. Pagi ni terasa rajin nak masak, kupas bawang merah dua ulas, mayang dan tumis dengan sedikit minyak, masukkan rempah maggi perisa kari dan hirisan dua tangkai cili padi merah. Tak boleh banyak guna cili merah ni takut pedas sangat nanti. Kemudian masukkan air, dah hampir nak mendidih baru masukkan mee dan pecahkan telur sebiji.
Filem Indonesia, Siksa Neraka diharamkan tayangannya di panggung wayang di Malaysia dan Brunei namun sudah dibuka tayangannya di netflix. Tengok tajuk pun dah tahu bagaimana filemnya, tahulah jika filem dari Indonesia kan. Bolehlah google untuk tahu sinopsisnya dan kenapa ia diharamkan tayangannya.
Mengelat, tengok sambil makan maggi tak seram sangat. Takutttttt nak tengok betul-betul, huhu.
Hahaha kalau tergigit banyak cili merah dlm pinggan tu pun mcm masuk neraka rasanya. Ehhhh macam pernah masuk ju gayanya
ReplyDeletesesekali mmg teringin makan mi segera...tak pernah masak tumis, boleh try lepas ni..hihi..
ReplyDeletesaya tengok cili merah tu pun dah takut kak belum tgk lagi filem ni mau anxiety hhaha
ReplyDeleteLama tak layan mi segera hihi...
ReplyDeleteBetullah PH dok agak, filem ni macam tak diluluskan utk tayangan di Malaysia. Okay tak citernya SK?
Biasa layan mi maggi waktu malam. Kira luar biasa juga makan waktu sarapan. Ada baca juga kisah filem ni. Tapi kalau dah layan sambil makan tu, jadi kurang feel seram tu akan. Mana nak feel seram, mana nak feel rasa pedas tu lagi. Cili merah tu bukan biasa biasa pedas dia. Berdesing...
ReplyDeleteEh, kenapa ye ulang-ulang komen tapi tak hilang pula....hehehee.
ReplyDeletetypo : tak hilang = hilang
DeleteEsok cuti kan....macam akan berjangkit gak ni...macam best je masak mee segera
ReplyDelete