CEMPEDAK GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


BALIK dari Majlis Walimatulurus Farah dan Fendi di Dewan Jubli Intan Pontian, singgah tepi jalan dekat-dekat dengan Pengkalan Raja atau Pekan Nanas (tak ingat sangat), Pak Inche beli cempedak sebiji, tak silap sekilo RM7, bila ditimbang total RM30. Risau jugak takut kena scam tapi beli aje la, benda nak makan. Kalau kena scam anggaplah itu kifarah atas dosa kita sebelum ni, huhu.


Risau jugak saat nak mula mengopek cempedak tu. Sambil toreh sambil doa, sebenarnya lebih kepada takut kalau ada 'orang' dalam cempedak, hehehehe. Sk sediakan bekas siap-siap untuk asingkan ulas cempedak letak di sebelah. Kalau ada 'orang' kita tutup rapat-rapat dan lari laju-laju. Syukurlah, buah elok dan tiada apa-apa terjadi.



Siap asingkan ulas cempedak, barulah mandi. Lepas maghrib mula menggoreng cempedak pusingan pertama. Kemudian, sambil goreng pusingan kedua, sambil suap cempedak pusingan pertama. Fuh.. fuh.. melohcot lidah dan jari makan hempedak hoheng fanah fanahh.


Tanya Iman, nak tak cempedak goreng, dia minta hantarkan 10 ulas. Yang sebenar nak hantar parcel, ada buku Iman beli. Bukan buku aje la, baju la, apa la di belinya. Bapaknya memang tak sampai hati la tak hantar. Kalau ikut hati kering mak dia, tunggulah Khamis la baru hantar, hehehe.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sehari sebelum raya hari tu pun teringin nak makan cempedak goreng beli 2biji pun sama 30rgt xtnya plk brp rgt sekilo..
    perangai pak inche tu sama la dengan waled ni kak,anak hilang kerongsang pun dia nak pergi hntr sebiji kerongsang,risau anak susah tak blh nak belajar..aduii sabar je lah..

    ReplyDelete
  2. Cempedak goreng kalau nak beli mahal.. dekat area rumah saya 3 biji RM5.00.. paling murah dpt sebiji RM1.00 .. Kalau mengidam beli jugak la.. kalau goreng sendiri puas hati tapi tu lah byk pulak kalau dah atu buah tu di masak.. hihii

    ReplyDelete
  3. Hedap ne huhah hemhedak...ikut terasa mulutku melocot hihihiii.

    ReplyDelete
  4. Ada orang itu ulat ke?
    Alhamdulillah nasib baik elok ulas-ulasnya.

    ReplyDelete
  5. Hihi..lawak lak kalau makan panas panas tu, jadi hoheng teruihhh...Mujur elok elok isinya. Bapak-bapak ni lagi hati tisu sebenarnya kan. Lagi-lagi kalau anak perempuan. Sanggup tu terus hantar. Nasib dekat.

    ReplyDelete
  6. Maksudnya ulat ya kak 😅? Hahahaha saya tak pernah buka cempedak. Tapi kalo lihat video, macam mudah sangat mengupasnya 😄.

    Sukaaa cempedak goreng. Di Penang ada langganan saya. Dia jual cempedak goreng sedaap. Jadi kalo ke Penang pasti mampir kesana.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!