KECEWA MAKAN NASI BERLAUK DI RESTORAN JASMIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


MALAM tadi, Pak Inche ajak makan di Restoran Jasmin. Nak makan nasi dengan lauk-pauk pulak. Sebelum ni kami cuma pesan masakan panas seperti Mee Wantan, Cantonese Mee dan Nasi Goreng Seafood. Boleh klik link di bawah jika nak baca..


Makan di Restoran Jasmin 1


Makan di Restoran Jasmin 2


Kiranya malam tadi kali keempat la Sk dan Pak Inche ke sini dan pengalamannya agak berbeza yang membuatkan kami agak serik juga, huhu.



Bila dah pesan lauk-pauk tu, biasalahkan, mulalah rambang tekak. Pesan Ikan Siakap Stim Limau dan  Sayur Chap Chai. Sayur Chap Chai tu sedap seperti sebelum ni, begitu juga sos atau kuah stim limau tapi ikan tu dah tak segar. Bila Pak Inche tarik isi ikan tu, Sk dah tahu ianya tak segar dan dah hilang rasa manis ikan tu. Tekstur pun dah keras tak gebu macam ikan baru. Sos stim dia memang sedap, tapi bila ikan tak segar, hilang jugaklah nikmatnya. Nasi jugak keras dan kering, Sk rasa dorang memang masak keras sebab kebanyakan pelanggan datang pesan makanan panas seperti nasi goreng. 


Hot Plate Taufu kegemaran Pak Inche. Kebanyakan tempat Sk makan biasa mereka letak udang kecik-kecik tapi kat sini dia letak isi ayam, banyak jugak isi ayam tu, okey la tak mengecewakan.


Teringin pulak dengan Udang Sambal Portugis lebih kurang gitu la tajuknya. Teruja bila dorang hantar ke meja, tak sabar nak jengah isinya.


Errrr.. udang cenonet berapa ekor aje dengan bendi tua. Allahu.. sedih betul la, malas nak cakap banyak, makan aje laaa. Tak mo dah la makan lauk-lauk kat sini, kita makan mee wantan dengan nasi goreng aje la kalau datang sini, huhuhuhu. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhai... saya pun ikut rasa kecewa huhuhuuuu!

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pun jelas nampak tua bendi tu...

    ReplyDelete
  3. ye la..tngok kejadian bendi tu jelas nampak tuanya...nak abiskan stock ke apa...next time jangan makan nasi berlauk la..

    ReplyDelete
  4. Alamak, benda luor jangka. Sekarang sudah tahu. Ye la, bila kita biasa makan di sesuatu tempat tu, dah tahu kedai tu specialist apa yang sedap, kan.

    ReplyDelete
  5. Bendi tu masa potong pun boleh tau tua ke tidak…nak juga diletak.

    Gitulah bila org berniaga

    ReplyDelete
  6. Alamak, tak best lah macam ni kan. Kena order menu yang goreng goreng je lah pasni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!