BEKAL SPAGHETTI BOLOGNESE YANG SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

BEKAL SPAGHETTI BOLOGNESE YANG SEDAP

Assalamualaikum…

BERMULALAH minggu baru hari ini. Maklumlah, kita Johorean hari Ahad ni hari kerja, tapi tak semualah, ada jugak yang bercuti. Macam pejabat Sk ni semi-gov jadi kami menjunjung perintah untuk bercuti pada setiap Jumaat dan Sabtu. Sebut pasal Sabtu (semalam), seharian kami tiga beranak lepak di rumah. Kununnya nak kemas rumah tapi tak siap pun. Bukanlah mengemas sangat cuma nak selesaikan kain baju yang tak berlipat dan kain baju yang dah tak dipakai. Iman pun dikerah kemas bilik yang dah macam tongkang karam. Bila semua dah kemas, baru rasa lega nak pergi kerja hari ni.


Bila seharian duduk di rumah mengadap tv, perut pun asyiklah berbunyi-bunyi. Walaupun dah dijamu dengan nasi, ada juga yang berciap-ciap nak makan benda lain. Si bapak nak nasi goreng, si anak nak spaghetti. Si mak??? Lu fikirlah sendiri.

Alhamdulillah, semua permintaan dapat ditunaikan. Tak adalah yang merajuk dan kempunan. Disebabkan sos Bolognese berlebih (memang sengaja buat lebih), jadi pagi ni Sk dan Iman bawa bekal. Sampai-sampai jer pejabat terus makan sebab Sk tak suka makanan sejuk.

Hurmmm, bila perut kenyang mata pulak mengantukkk..

Nescafe O panas satu!!

3 comments:

  1. Hahahaha Emak kalau fikir sendiri tau-tau makan sampai depan mata takpe...lagi kena merangkak masak jugaaa hahahaha....
    Lama tak buat spageti sebab takde permintaan hehehe

    ReplyDelete
  2. Siemak, kalau ade permintaan lagi lah mudah nak sediakan... dan dua2 menu pun dapat makan... Alhamdulillah

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih