Assalamualaikum WBT
SEJAK beberapa minggu ni, agak sukar nak memuat naik foto dalam blog. Kita ni punyalah tekan banyak-banyak gambar sekaliarung, hujung-hujung dia ralat pulak. Terpaksalah masukkan semula, dah la menunggu tu lama. Nanti, ralat lagi. Pilihannya kena masukkan gambar sikit-sikit atau satu-satu. Satu hal lagi, nak meninggalkan komen pada blog beberapa rakan blogger, pun ada yang error, antaranya blog Mim dan blog Afif. Dah kita taip komen panjang-panjang, dia loading cam tu jer. Di blog Cie, langsung tak boleh taip apa-apa. Klik benda lain boleh, masuk ulasan tak boleh. Entah apa masalah problem, tak tahulahhh. Harap cepat selesai la semua masaelah supaya boleh berblog dengan riang dan tenang, heheheh.

Ni kisah pada 23 Ogos lepas, kami makan di Restoran Sri Pantai Asam Pedas Kg Sungai Melayu, tanpa niat. Niatnya, nak makan di Khunya Kitchen di Sunway Puteri Hills tapi masa kami sampai, restoran sedang tutup untuk rehat. Oleh sebab dah lapar giler masa tu, di sinilah pilihan yang paling dekat nak makan nasi berlauk.
Menu utama tentulah masakan asam pedas. Lama sangat dah kami tak ke sini sebab Sk kurang sikit dengan rasa asam pedas dia. Ni, kerana terpaksa la. Nak balik masak penat, time ni pulak, kedai-kedai tomyam belum buka.
Satu-satunya alasan nak suka makan kat sini ialah pemandangan Sungai Melayu yang menghubungkan dengan Selat Tebrau. Tiap kali tu pulak, terngiang-ngiang lagu Tanjung Puteri nyanyian Othman Hamzah ni.
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan Indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan Tambak hubungan negeri
Tanjung Sekijang nun di Kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga DiRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng Bukit
Di tepi Pantai Tanjung Puteri
10 minit masa menunggu untuk masuk ke restoran dan lebih 20 minit menunggu makanan di hantar ke meja. Hidangan pertama yang sampai, Sotong Goreng Tepung, RM18. Yang ni Sk rekomen, salutan tepung rangup dan melekat di sotong tanpa gagal.
Iman nak taugeh.
Sayur Kailan pun ambil jugak.
PI minta Ayam Goreng Kunyit sebab dia bayangkan macam ayam goreng yang biasa kami makan di Restoran Asam Pedas Hajjah Mona (Melaka). Sekali datangnya ayam potong kecik-kecik macam ni, heheh. RM10 sepinggan.
Udang Goreng Kunyit (RM30) sedap betul. Ni bukan pasal, udang masak apa pun sedap ya, tapi memang udangnya terasa segar dan manis, bila digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng garing, memang enak la. Kulit udang lembut boleh kunyah sekali.
Telur Dadar ni RM8. Dorang ni makan asam pedas wajib ada telur dadar.
Ni la asam pedasnya. Kami pilih Asam Pedas Ikan Merah, RM70, mengikut harga pasaran. Biasanya kami akan minta bahagian isi atau ekor, kan, tapi ni agaknya dah lapar sangat, lupa nak cakap. Jadi, yang dapatnya bahagian kepala (dibelah dua) dan dua keping bahagian isi. Ada empat keping la semua dalam mangkuk ni. PI dan Iman masing-masing ambil bahagian isi, Sk volunteer ambil bahagian kepala. Ambil sekeping dulu la. Kuah asam pedas dekat sini ada identiti tersendiri. Ianya pekat, masam dan ada rasa belacan sikit.
Setiap meja dia letak meja yang boleh pusing ni (tak tahu apa nama), jadi, mudahlah kita nak ambil lauk.
Hurmmm.. struggle betul nak makan kepala ikan kat sini ya sebab ikannya tak disisik dengan betul. Ni bukan asyik tertulang tapi asyik tersisik. Dulu, masa belum kahwin, jangan haraplah Sk nak makan kepala ikan. Masa awal-awal kahwin dulu pun, kalau beli ikan besar macam ni, kepalanya Sk hantar kat rumah ibu. Lepas tu, pelan-pelan belajar makan kepala ikan. Sk ni pulak dari dulu mudah tertulang, nasib baik lama-lama pandai dah kesip isi ikan agar tidak tertulang. Aduh, takut sebenarnya nak cerita benda gini, takut tertulang pulak. Tapi ni cerita kongsi pengalaman aje tau. Oh, sekeping lagi bahagian kepala tu, Sk minta mereka tapaukan. Tak larat nak menyisik dekat situ, haha. Sotong pun tak habis, tapau jugak.
Jeti di Kampung Sungai Melayu ni telah dinaiktaraf dan dimajukan sebagai tarikan baharu di Johor Bahru. Jadi, jom la kita menyusur sekejap di jeti ni. Lagipun berjalan selepas makan selama 10 hingga 15 minit memberi banyak manfaat kesihatan yang baik untuk tubuh badan.
Manfaat Utama
Melancarkan penghadaman: Pergerakan ringan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih cekap serta mengurangkan kembung perut dan angin.
Mengawal gula dalam darah: Otot menggunakan glukosa dengan cepat, sekali gus mengelakkan lonjakan kadar gula selepas makan.
Mencegah rasa mengantuk: Badan terasa lebih segar dan bertenaga untuk menyambung semula aktiviti harian.
Membantu pengurusan berat badan: Pergerakan tambahan membakar kalori dan menyokong kesihatan jantung.
Nampakkkkk.. baru jalan 10 minit, dah kurus kedengkik!
Matahari petang sedang memancar-mancar masa ni. Untung la orang Kampung Sungai Melayu, boleh tengok sunset hari-hari.
Rupa paras restoran dari jeti. Memang satu-satunya perniagaan restoran di Kampung Sungai Melayu. Tak sangka sekarang boleh diakses melalui bot penumpang. Dulu, kena ikut ladang kelapa sawit, sekarang dah ada jalan baharu, Bandar Wawari nama dia. Lebih dekat dan tak menyeramkan macam jalan yang kami lalu dulu-dulu.
Ye, perasan juga tu kena masukkan sikit-sikit. Kalau nak masuk semua mesti failed.
ReplyDeleteSo far comment di blog mereka okay pulak. Macam-macam hal lah blogspot ni. Geram kan!
kalau pilih kedai makan ni selain sedap pilih juga suasana yang menarik macam permandangan sungai ni. Lansung terus nak nyanyi ek.
Semuanya kena menunggu dengan sabar.
Biasanya memang ayam kunyit begitu dipotong kecil campur kacang dan lobak merah. Ada yang lain selain itu ek.
Best tu dapat makan udang segar. Kita pulak terasa-rasa kesedapan yang diceritakan tu.
Boleh tahan juga harga telur dadar tu tapi nampak kosong je.
Perghhh merah menyala kuah asam pedasnya pun. Ada rasa belacan tu macam kurang gemar sikit.
Ikan merah memang banyak tulang. Tapi ikan banyak tulang ni lah selalunya lebih sedap dan manis isinya kan.
Awatlah tak siang elok-elok bersihkan sisik, lagi senang nak makan.
Umangaii makin slim tengoknya. I is cemburu tau! Nak kuwus jugak!
Geram kan 2-3 hari ni blogspot problem. Tak boleh upload gambar, reading list pun tak keluar latest post. Kena masuk blog sesatu.
ReplyDeleteSedapnya semua menu tu. Menyelerakan.
kami sampai keliru la jalan sawit tu sekarang. sebab dah potong sana sini sebab adanya kawsan perumahan tu. meja tu namanya 'lazy susan'
ReplyDelete