Assalamualaikum WBT
DIAM tak diam, dah masuk dua tahun bela Vester, budak yang dikutip bawah tangga asrama kolej ni. Selepas asyik bertangguh nak hantar ke klinik untuk dikembirikan, akhirnya Ahad lepas berjaya jugak ikut Program Kembirikan Kucing anjuran Rania Distributor dan Klinik Family Veterinar Wellness di Bandar Baru Uda.
Mujurlah masih ada kekosongan lagi sebab program ini terhad untuk 100 ekor kucing jantan dan 50 ekor kucing betina sahaja. Sk pun tak ingat macam mana boleh tahu pasal program ni, rasanya kebetulan dia lalu dekat thread. Sebelum ni, Sk pernah dua kali join Program Kembirikan Haiwan Jalanan di sebuah klinik veterinar di Taman Pulai Hijauan. Ingat nak join program penganjur yang sama jugak tapi asyik terlepas pandang setiap kali ada penganjuran.
Semua peserta dikehendaki mendaftar pada jam 9 pagi. Pukul 8 lebih dah ada yang dah sampai, awal betul, klinik belum buka. Bagusnya, majikan aje beratur, bibik tak payah beratur, hahahaha.
SK sampai klinik lagi 2 minit pukul 9 dan dapat giliran ke 30. Urusan pendaftaran sangat lancar, mereka panggil masuk ikut grup, 10 ekor.. 10 ekor. Jadi, Sk ni kira grup ketiga dipanggil masuk. Bagusnya staf menerangkan progress kembiri kepada setiap bibik seorang demi seorang.
Kebetulan, kami merupakan pelanggan tetap Rania Distributor.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di klinik.
Klinik ni sebaris dengan Restoran Al-Safa BBU dan MS Beriani, sama blok. Lepas hantar kucing, boleh balik dulu. Kami ke Skudai Kiri tapau Soto di Gerai Soto Perdana Madu 4 sebab tak ada meja kosong. Lepas tu sarapannya di Ashoka Curry House.
Pukul 12.30 dapat panggilan dari klinik menyatakan kucing dah selesai urusan kembiri. Tapi, pukul 2 baru Sk ambil. Eh, dapat jajan pulak tu, berbaloi betul.
Member masih mamai dan marah kot kenapa hantar dia dekat tempat orang tak kenal, hahahaha.
Sikit jer potong dan jahit. Kena sapu krim yang dibekalkan klinik dua kali sehari.
Doktor guna kaedah ultrasonic device untuk pembedahan.
Kena pakaikan baju khas selepas pembedahan untuk kucing bagi mengelakkan kucing menggigit dan menjilat bekas pembedahan tapi Sk beli baju terkecik la pulak. Ada pillow collar aje, meronta macam nak apa bila nak dipakaikan collar tu.
Selepas bergaduh-gaduh, sampai tiga orang nak pakaikan collar pun tak dapat. Dia menggigit dan mencakar, hahaha. Akhirnya, entah macam mana Sk sorang-sorang berjaya pakaikan.
Muka pasrah.
Untuk proses kembiri ni, perlu puasakan kucing seawal jam 10 malam. Selain tujuannya mengelakkan kucing muntah selepas dibius, ia juga mengelakkan kucing berak atau kencing di dalam carrier sebelum dikembirikan. Ni bukan Vester sorang jer kena puasa, semua satu rumah tak boleh makan minum dah lepas pukul 11 malam. Sk simpan semua makanan dan buang semua air dalam bekas. Vester pukul 10 Sk bawa masuk bilik dah, kita bagi chance orang lain makan extra sejam, hehe.
Vester punya pasal, bonda siap ambil cuti eh semalam, sebab nak jaga dia. Yang kelakar, dia nak jalan pergi dapur, lalu bawah meja (side table) dan kaki meja tu dan collar kat kepala tu halang dia jalan, eh, merengus marahkan kaki meja tu ke, marahkan collar ke, tak tahu la, hahahaha.
Murahnya caj dia! Dekat sini tak jumpa lagi yg buat program begini. PH sunatkan si Tot tu ratus-ratus harganya SK :(
ReplyDeleteAla, cian Vester, semoga cepat sembuh lukanya. Bagus ada program macam ni. Harga berpatutan sangat.
ReplyDelete