JALAN-JALAN KE IKEA & MEMASAK DI HARI MINGGU

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


MOOD ke laut lagi nak berblog beberapa hari ni. Tapi, syukurlah, walaupun tak ada entri baharu, masih ramai yang sudi singgah ke Alam Sari Di Tanah Jauhar ni. Cerita pasal kerja, sejak beberapa minggu ni, hampir setiap minggu ada kumpulan pelajar yang keluar sama ada menamatkan pengajian atau bercuti untuk naik tahap seterusnya selepas menjalani peperiksaan akhir. Itulah tu, agak sibuk sikit dengan tugas hakiki. Tu belum kerja-kerja lain lagi. Ialah, namanya pun kerja, manalah pernah habis. Syukurlah masih ada kerja, Alhamdulillah.



Sabtu lepas, Sk tiga beranak ke Ikea Tebrau. Tujuannya, nak makan di Restoran Ikea. Minggu depan, Iman akan pasang braces pada gigi bawah, jadi dia kata, sebelum pasang braces, dia nak makan meatball Ikea. Kami makan dulu kemudian barulah jalan-jalan di ruang pameran. 

Hurmmm.. lama giler tak datang Ikea dan makan di Ikea ni. Dah berubah ruang makannya, sofa-sofa yang kat bahagian depan tu semua dah tak ada, digantikan dengan meja makan yang tentunya lebih praktikal dan boleh memuatkan lebih ramai pelanggan.



Roast Beef Ribs, RM45.90

Pertama kali makan Beef Ribs Ikea. Ia datang bersama kentang lecek dan Brokoli yang dicelur. Kami tiga beranak, dapatlah masing-masing sorang seketul tulang, hehehe. Lembutlah dagingnya, nak potong pun senang, nak kunyah pun empuk.



Chicken Wings, 6's, RM18.90

Jika ke sini, wajiblah ambil kepak ayam ni, kan. Tapi, macam keras sikit la ayamnya. Sakit rahang mengunyah.



Meatball 16's, RM17.90
Chicken Lasagna, RM12.90
Creme Brulee, RM9.50

Selain tu, yang tidak kelihatan dalam gambar, Mushroom Soup, RM4.90 dan Garlic Bread 2's, RM3.90.

Semua makanan ambil satu kemudian kongsi. Minuman ambil 2 gelas aje, free flow. Kalau rasa lapar lagi, balik pergi kedai tomyam jer, heheh. Tapi, kenyang sudah, lepas jalan-jalan di ruang pameran, terus balik.



Tapi, PI ajak mengopi dulu. Sk buat carian, terjumpa Atap Coffee. Ia terletak bersebelahan dengan Restoran Atap Nipah yang kini viral di JB. Sama bos la tu kan, nama pun sama.



Pineapple Sunset, RM13
Tiramisu Latte, RM14

PI punya Spanish Buttercream Latte, RM14

PI kata, kopi sedap macam Kopi zussss. Pineapple sunset tu, memang sedap sangat, pekat rasa nenas. Tiramisu Latte pun sedap, tak ada rasa ubat. 



Kisah hari Ahad pulak, langsung tak keluar ke mana-mana. Pagi, PI ke Pasar Tani, beli sarapan, roti canai untuk beliau. Untuk Sk dan Iman, PI belikan lontong. Lepas tu, beliau beli ikan merah, mintak masakkan kari. Pertama kali Sk ikut tips dari warga thread, tumis sekali tomato masa tumis bawang dan rempah ratus. Jadinya, tak nampaklah tomato. 



Ulam pucuk janggus, PI beli dari Restoran Pucuk Ulam tak silap namanya, di Taman Nusantara. Dia tengahari tu, PI ada perjumpaan sekejap dengan rakan kelab media di Gelang Patah, tu la balik dia singgah beli ulam . Tapi, ulamnya macam dah melecur, cuaca panas sangat agaknya.



Padahal PI dah beli lada nak buat sambal belacan, tapi dibeli pulak sambal belacan siap ni. Sambal belacan dengan ulam pucuk janggus, dikira RM3 sahaja. Murah betul!



Selain ikan merah, PI beli ikan kembung untuk goreng. Tapi, ikan kembung tu Sk simpan, Sk goreng aje dua keping ikan merah, yang lain masuk dalam kari. Orang yang potong ikan tu, potong ikan ada yang nipis, ada yang tebal, dua keping yang dipotong agak nipis ni la Sk goreng. Ni kalau masuk dalam kari, kompom terburai isinya.



Makan tiga beranak. Iman katanya nak keluar tapi tak jadi. Meja dah beralas semula, setakat ni masih selamat, belum dikerjakan anabul yang nakal tu. Terpaling nakal, terpaling manja dan terpaling garang juga.



Malam tu, goreng mihun aje untuk makan malam. Nampak macam 'aje' tu tak banyak kerja, kan.. tapi lagi renyah. Nasib baik PI dah siapkan rencahnya, daging dan udang. Sk tinggal siang sayur dan hiris fish cake. Tapi, taugeh pulak lupa beli, hihihi.


Goreng nugget tempura sikit. Adalah sampingannya, kalau mihun aje rasa macam hambar pulak, hehehe. 

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!