SARAPAN DI MOM'S KITCHEN RESTAURANT - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SARAPAN DI MOM'S KITCHEN RESTAURANT

Assalamualaikum…

NAMA aje omputeh tapi kedai makan melayu dan masakannya semua masakan melayu dan lauk-pauk tempatan. Boleh dikatakan Sk semakin kerap singgah sarapan di sini dan sekali sekala singgah untuk makan tengahari kerana masakannya yang kena dengan citarasa Sk dan Iman.


Alhamdulillah.. hari ini bersarapan bersama ibu dan Angah.
Di Mom's Kitchen ni pagi-pagi pun dah ada lauk pauk dan ibu dan Angah memilih untuk makan nasi campur.
Lupa pulak nak ambil gambar pinggan nasi ibu.


Sejak beberapa hari memang teringin nak makan Lontong dengan Paru Goreng.
Dapat jugak hari ni, lontong di sini sedap dan lengkap dengan sambal kacang dan serunding.
Rendang daging pun ada tau, dah macam hari-hari hari raya, hahaha.


Meriah gituuu!

Mom's Kitchen Restaurant
No 2A, Jalan Sempadan, Kg Melayu Majidee
Waktu Operasi : 6.30 pagi - 4.00 petang
Buka setiap hari kecuali pada hari tertentu yang akan dinyatakan.

2 comments:

  1. banyak jugak menu lauk. lontong tu favourite.

    ReplyDelete
  2. Kita kadang kalau gi rumah Mak, selalu beli lauk kat sini, suka beli paru sambal dia hehehehe

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih