Assalamualaikum WBT
DUA hari cuti rasa produktif sungguh. Berbaloi la duduk rumah sebab dapat selesaikan perkara yang tak sempat buat di hari kerja. Antaranya, turunkan semula bidai tingkap dapur. Sebelum ni memang berbidai penuh sampai table top, tapi beberapa bulan lepas, Sk naikkan separuh bidai, letak langsir putih renda separuh, ala-ala country homes. Eh, tapi, kucing tak bagi kerjasama ya. Ada sekor tu, dia masuk belakang langsir tu, duduk antara grill dan tingkap nako. Dibuatnya tingkap tu pecah, tak ke jatuh ke luar nanti. Yang lain pulak mengikut, mahu menangis tak berlagu bonda nanti. Cukuplah Bubu yang jatuh dan hilang kat belakang tu sebab panjat keluar ikut mata punai (jaring) yang terbukak Sk tak perasan.
Entah macam mana, teringat nak masak Ayam Panggang Kuali. Lama tak masak lauk ni, jadi, jomlah kita memasak!
Sampai rumah, terus keluarkan ayam dari freezer dan rendam dengan garam kasar supaya cepat lembut, kemudian masak nasi. Lepas maghrib baru masak, ayam pun dah lembut, Sk lumur dengan garam, serbuk kunyit dan minyak masak, masukkan dalam air fryer jer, set suhu 180°, 21 minit. Pertengahan memasak, terbalikkan ayam supaya masak sempurna di kedua-dua bahagian.
Dalam kuali, tumis pes cili kering dan bawang kisar, serai, halia dan lengkuas sehingga terbit minyak, kemudian tambah air. Masak kuali ni kuah kena pekat, jadi air jangan letak banyak. Masukkan ayam, daun limau purut, asam keping dan garam sedikit serta santak kotak. SK guna santan kotak Kara yang bentuk segitiga tu. Biar merenih, siap!
Kemahen sedap, sampai Iman cadangkan agar Sk meniaga lauk Ayam Panggang Kuali, ni. Adoh, lutut mak ko ni dah nak roboh kalau diri lama anak oiii. Apa kata, Iman yang jual??? Hahahaha.



br juga tgk kt threads org share Ayam Bakers Cottage Masak Lemak Cili Api..eh SK dh masak menunya..hah soh iman jual hehe
ReplyDelete