MAKAN AYAM GEPUK DI LOAF ADAM & CUCI MATA DI GEROBOK DESSERT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SEJUK betul mandi pagi tadi ya, sampai menggigil. Tidur malam tadi pun berselubung. Hujan lebat melanda Tanah Jauhar awal petang semalam dan banjir kilat di beberapa tempat. Pagi tu, kolej buat Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Selesai semuanya, Sk balik rumah tukar baju dan ambil Vester nak bawa ke klinik untuk cabut benang jahitan pembedahan kembiri. Masuk sahaja highway, hujan dah macam lama lebat. Sampai susur keluar jejambat Perling arah Skudai, kami terkandas sebab air melimpah atas jalan. Fuhhhh.. dalam debar berjaya jugak ditempuh. Syukurrrr.. selamat. Bersusah-payah jugaklah singgah klinik sekejap dalam hujan tu. Selesai urusan di klinik tak sampai 10 minit, lepas tu terus balik semula ke pejabat bawa budak Vester sekali. Merasalah Vester balik kampung, dia kan dilahirkan di asrama kolej, hahahah.



Baiklah, cerita hari Isnin lepas, Iman ada urusan peribadi dan masuk kerja petang. Lepas selesai urusan, Iman ajak lunch di Loaf Adam. Terasa nak makan Ayam Gepuk Loaf Adam yang viral tu. Tapi, dah scan menu, tengok tak ada pun menu Ayam Gepuk, rupanya ia mula masuk sistem pukul 12 tengahari. Kami sampai awal 15 minit. Jadinya, pesan dulu la Mushroom Soup sebagai pembuka selera. Ia datang bersama 4 keping roti yang disapu garlic butter. Sedap sup cendawannya, rasa homemade, roti pun sedap, bukan biasa-biasa roti di Loaf Adam ni.



Kalau kebanyakan restoran yang menjual khas Ayam Gepuk, kita boleh refill nasi dan sambal, di Loaf Adam ni tak boleh begitu. Tapi set Ayam Gepuk datang bersama pilihan minuman sama ada Americano atau Iced Lemon Tea serta dua pilihan pastry. SK dan Iman sama-sama pilih Iced Lemon Tea.



Pilihan pastry ialah Blueberry Madeliene (bawah) dan Cinnamon Cruffin. Ni dua-dua pun tak dimakan, kami bawa pulang dan masih ada tergeletak lagi dalam esbox. Nak kena panaskan dalam air fryer dulu la kot, baru sedap. 


Hampir 20 minit jugak menunggu tapi tidak terasa lama. Set ayam gepuk Loaf Adam mengandungi nasi putih, ayam goreng tepung, bayam goreng tepung, cendawan enoki goreng tepung, timun Jepun, tauhu goreng, tempe goreng, sambal cili merah dan kacang gajus.  Selera dan sedap memang subjektif, bagi kami, tak akan repeat kot menu Ayam Gepuk di Loaf Adam ni. Iman kata, Ayam Gepuk (kedai) belakang rumah, lagi sedap.



Yang bersalut tepung tu semua keras sampai melecet rahang dibuatnya. Tu tak pa, tepung yang salut ayam tu tegang dan licin rata jer tepung tu pada ayam, tak ada gebu-gebu salutan tepung tu. Tebal pulak tu salutannnya, dah macam salutan corn dough. Agaknya batter salut dia macam tu la kot, tak pasti pulak Sk.



Bagusnya dekat Loaf Adam ni, kita terus buat pesanan melalui aplikasi restoran dengan mengimbas QR code yang diletak dimeja dan terus buat bayaran secara online melalui pelbagai pilihan bank. Jadi, lepas makan tak payah dah nak beratur di kaunter untuk bayar.


Sebelum balik, Iman ajak singgah ke Gerobok Dessert. Sk macam tak berapa teruja, ialah, Sk selalu dah ke Syurga Dessert, konsepnya sama aje kan.


Eh, rupanya dekat Gerobok Dessert lagi best la, boleh cuci mata.


Boleh feeling-feeling macam kat Cameron Highlands cuma strawberry dah siap petik.



1 cawan ni RM15, besar jugak cawannya. Nanti minta tuang coklat cair dengan staf.



Ada kek birthday sesuai untuk kakak gojezzz.


Kek bertema untuk anak-anak.


Siapa yang urgent nak cari kek tema-tema boleh datang sini.



Kek petite pun ada, comel betul dan tidak mahal sangat.



Tak boleh tulis nama la tapi.


Pelbagai kerepek


Kuih raya sepanjang zaman



Mee Opaj dan Sambal Mak Jenny


Sambal dalam botol termasuk Sambal Bilis Khairul Aming.


Pavlova dan Cream Puff siap, tak perlu nak order-order.


Kek lapis pun senang nak dapat sekarang ya.



Meleleh air mata tengok.


Selalu tengok jelly tu, geram jer kan. Alaaa.. lupa nak beli tapai.


Pelbagai jenis roti.



Makanan berat seperti pasta dan set nasi berlauk.


Tepuk dada tanya selera. Pelbagai citarasa antarabangsa dan tempatan.



Favourite ni, tapi.. Nasib baik masa masuk sini dah kinyangggg, hahahha.


Mainan-mainan pun ada yang squishy tu apa ke nama, mainan budak sekarang. Tak faham! Hahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya dah pandai makan ayam gepuk. Seminggu ini balik-balik Fuad dan Fairuz bawa kami nakan di situ. Kalau beli nasi bungkus pun, tapau juga ayam gepuk. Dua hari lepas Fuad bawa lagi kami makan nadi ayam gepuk, siap order extra bayam goreng lagi.

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru jer makan ayam gepuk tak menepati citarasa jugak...padahal brand famous...cari biasha2 jer lagi sedap...

    ReplyDelete
  3. Ayam gepuk kalau pi makan kat situ panas- panas sedap..kalau bawak balik dah sejuk x sedap...banyak skrg ni ayam gepuk..pelbagai kelauran..

    ReplyDelete
  4. ya Allah bahaya betul kedai gini, semua menggoda memanggil untuk dibeli hahahha

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik set ayam gepuk tu tapi rasa out pulak ye.
    Boleh bikin kempis poket masuk kedai dessert tu SK 🤭

    ReplyDelete
  6. Ayam dia tu celup tepung bestari kot tu yang licin je salutannya. Meriahnya macam2 ada makanan tu macam nak serba 1.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!