Assalamualaikum WBT
PAGI-PAGI tadi dapat whatsapp dalam grup whatsapp admin kolej, Hajah beritahu, dia dah belikan (belanja) sarapan roti canai untuk semua worang. Lepas clock in, Sk terus ambil bungkusan dari Hajah. Selain dua keping roti canai kuah dal dan sambal tumis, ada dua biji karipap kentang. Maka, kenyanglah perut pagi ini beralaskan yang tersebut. Bagi Sk, roti canai memang nampak murah tapi usaha Hajah nak singgah membeli dan menunggu berbelas keping roti canai tu amat Sk hargai. Roti canai bukan macam kuih atau nasi lemak bungkus yang kita pakai tunjuk-tunjuk aje, terus capai dan bayar. Roti canai kena tunggu orang tebar dan goreng satu-persatu, bungkus kuah lagi. Terima kasih, Hajah. Semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki wang yang banyak lagi halal, makbulkan hajat Hajah dan beri kesihatan yang baik buat Hajah sekeluarga, Amiiinnn YRA.

Ini pulak usaha PI untuk kenyangkan perut kami anak-beranak. SK rasa mungkin dia terasuk dengan vtt masak-masak yang dia tonton, dia pesan dengan Sk, masak nasi dan rendam sotong dengan daging sebab dia nak masak untuk makan malam, benda yang jarang-jarang berlaku sebab hari kerja masa tu.
Tapi, tu la, Sk pun tak tahu apa nama lauk ni. Nak kata Sotong Masak Hitam, bukan. Ada pulak hirisan serai dalam ni. Sotong agak liat, puncanya api memasak terlalu besar rasanya. Puas Sk tegur, api besar sangat, sampai terbersin-bersin kita dibuatnya. Kadang, Sk rasa, Sk ni dah macam mak mentua yang berleter dengan menantu kat dapur, hahahaha.
Ni pun samalah, daging masak apa, tak tahu. Dagingnya dipotong mengikut urat, jadinya liat. Masakannya sedap cuma penat kunyah. Kita makan aje la, kunyah pelan-pelan, tapi PI sendiri komplen liat. Terus Sk beritahu punca, mujurlah dia terima. Tapi, usaha dia masak tu bagus jugak, dapatlah Sk berehat, hehehe.
Ni, Sk pulak masak Sambal Daging. Kalau sampai rumah awal, tak jem, sempat la rendam daging untuk masak sambal. Cili giling pun dah siap, tinggal panaskan minyak dan tumis.
Iman mintak gorengkan telur dadar. Dia tak nak sambal daging tapi nak sambal Khairul Aming.
Ni yang beli hari tu la, belum habis lagi, simpan dalam peti sejuk. Cara Sk panaskan, letak botol sambal dalam mangkuk stainless steel, kemudian letak dalam rice cooker lepas nasi kering.
Masak Spaghetti Bolognese untuk makan malam. Masak banyak sebab Cik Ani dengan Cikwa nak datang. Masa ni Cikwa balik Johor sempena cuti Hari Merdeka. Siang tu dorang pergi Pantai Sedili, Sk tak join la, malas nak mengadap jem highway Desaru tu, huhuhu.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih