TUNTUTAN WANG KWSP BAGI IMAN MENYAMBUNG PELAJARAN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TUNTUTAN WANG KWSP BAGI IMAN MENYAMBUNG PELAJARAN

Assalamualaikum…

RAMAI yang dah mula bercuti minggu ini bagi menghabiskan baki-baki cuti. Kalau di pejabat Sk ni, tak perlu dihabiskan pun, boleh jer dibawa ke tahun hadapan, tapi biasalah, bila dah hujung-hujung tahun ni otak dah letih memikirkan kerja, jadi bercuti adalah satu terapi yang baik untuk otak, hahaha. Pagi ni, Sk dan Iman bersarapan lontong dan soto di Onn Kitchen. Iman balik bercuti, lupa nak cerita, sowei. Jadi, selepas sarapan, Sk ajak Iman ke KWSP walaupun plan asalnya nak pergi tengahari sikit.. Senang sekali jalan, harap-harapnya tak ramai oranglah di bangunan KWSP yang viral minggu lepas kerana tidak prihatin dengan keadaan ahlinya yang sakit terlantar, dipaksa pula datang dengan menggunakan apa carapun katanya, wallahu alam.


Okey, lupakan tentang hal yang tak ada kena mengena dengan tajuk, huhuhu. Masa kami sampai, rasa nak yabedabedu jer. Tahu tak, tak ada langsung sesiapa yang beratur ambil nombor untuk berurusan. Sebaik sahaja memberitahu tujuan kami, pegawai di kaunter terus hendak memberikan borang tapi cepat-cepat kami menolak dan memberitahu borangnya kami dah ambil lebih awal semalam. Itulah SK sebenarnya, tak suka nak kelam kabut isi borang di kaunter. Jadi, semalamnya Iman dah tolong pergi ambilkan borang sementara Sk menunggu di kereta. 

Borang Permohonan Pengeluaran Untuk Pendidikan ni digunakan untuk kita membuat tuntutan wang KWSP yang dicarumkan oleh majikan setiap bulan. Buat tuntutan tu maknanya, kita buat bayaran dahulu guna duit kita dan kemudian barulah boleh dituntut di pejabat KWSP.

Pada borang ini akan dinyatakan senarai dokumen yang perlu dilampirkan ketika kita nak menghantar permohonan tadi. Untuk permohonan kali pertama, wajib bawa surat beranak anak yang nak sambung belajar tu ya dan salinan dokumen penting lain iaitu kad pengenalan pemohon, kad pengenalan anak, surat beranak anak, salinan muka hadapan buku akaun bank dan salinan resit-resit bayaran yang telah dibuat. Kita juga kena bawa salinan surat tawaran dari IPTA.

Dan yang paling wajib adalah surat pengesahan dari institusi pendidikan di mana anak menyambung pelajaran. Surat ini pula ada format khas bukan surat rasmi semata. tapi biasanya, kebanyakan IPTA memang dah simpan format untuk tuntutan kwsp ni, jadi tak perlu risau nak tolong mengarang la, hahaha.

Pihak IPTA juga akan melampirkan jumlah bayaran yuran yang telah dibuat oleh pelajar. Nanti pegawai kaunter akan bagi kita satu borang untuk salin semua maklumat bayaran ni seperti nombor resit dan jumlah bayaran. Bagi pemohon kali pertama mungkin pegawai tu akan bantu isi. Sebab, macam SK masa kali pertama dulu pegawai tu isikan, masa kali kedua ni dia suruh kita isi sendiri. 

ALHAMDULILLAH... selesai proses tuntutan wang KWSP Sk bagi tujuan Iman menyambung pengajian Semester Dua di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Disebabkan ini merupakan pengeluaran kali kedua bagi tujuan yang sama, prosesnya lebih cepat berbanding semasa memohon kali pertama dulu. Malah, salinan dokumen juga tidak diambil seperti pada kali pertama dulu. Kenapa tak tuntut kwsp Pak Inche? Sebab, KWSP Pak Inche kami claim untuk bayar sewa beli rumah, aci kan?

Salinan resit-resit bayaran tu semua kena lampirkan. Kalau ada empat resit, bagi empat-empat jangan tertinggal salah satu. Bila dapat tuntut wang kwsp ni rasa terbayar penat lelah kita bekerja selama ni. Ialah, dapatlah merasa duitnya, takyah tunggu umur 50 lah kata orang tu. Walaupun mungkin bagi sesetengah orang kami ni nampak hidup senang, makan sedap tapi di sebaliknya apa yang kita jimatkan tu supaya boleh hidup macam orang kaya lain orang tak nampak.

Hurmmm.. semester depan Iman dah duduk rumah sewa, mana lak nak ngorek duit ni, hahahaha.

KISAH IMAN

19 comments:

  1. Lorr.. LeYa baru tahu KWSP boleh tuntut duit sambung belajar.. Kena share article ni ngan family ni.. Yang ade anak sedang belajar kena tahu.. Hehe.. Thanks

    ReplyDelete
  2. Saya pun penah guna duit kwsp bayar baki ptptn. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ramai yg tak tahu tentang ini atau mungkin tiada masa nak berurusan

      Delete
  3. Simpanan hari tua.
    belum sempat tua pun dah boleh guna.

    ReplyDelete
  4. Wow, ada rupanya..saya pun baru je buat penolakan dari KWSP..
    Belum tolak lagi tapi dah diluluskann.heheh

    ReplyDelete
  5. Permisi ya kak Admin ^^

    ItuKasino - Agen Judi Bola - Slot - Judi Poker - IDNLive - Sicbo - Baccarat - LiveCasino

    Minimal Deposit & Withdraw Rp. 25.000,- / Rp.50.000,-

    - Bonus Cashback Sportsbook 5% setiap Senin
    - Bonus Rollingan Live Casino 1% setiap Senin
    - Bonus Rollingan IDN Live 1% Setiap Senin
    - Bonus Cashback Slot Games 5% Setiap Senin
    - Bonus Referral 1-5% setiap selasa
    - Bonus Cashback Poker 0.3% setiap Kamis

    Kontak Kami :
    WhatsApp : +85593790515

    Pusat Bantuan ituKasino :
    • https://linktr.ee/itukasino

    Link Alternatif ituKasino :
    • http://bit.ly/tricksjoker

    Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    • Telkomsel , XL axiata
    • Ovo , Gopay

    Agen Taruhan Judi Teraman, Situs Taruhan Judi Teraman, Agen Judi Bola, Agen Judi Bola Online, Agen Bola Online, Agen Sportsbook, Judi Casino, Agen Judi Casino, Agen Casino Online, Agen Live Casino Terpercaya, Agen Judi Poker, Judi Poker, Agen Poker Online, Agen Judi Domino, Agen Domino Online, Agen Bandar Domino, Agen Bandar QQ, Agen Bandar Poker, Agen Bandar Ceme,

    ReplyDelete
  6. KWSP sangat professional, senang berurusan. By the way, thanks for the info. Ingatkan boleh keluarkan utk empunya badan sambung belajar shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul puan, asalkan kita ikut prosedur dan sediakan dokumen yg lengkap, kan

      Delete
  7. akaun 2 saya dah guna untuk bayar ptptn, deposit rumah & sekarang guna untuk pengeluaran bayaran bulan2 pulak. adududu..ciput dah tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu Mar, manafaatkan sepenuhnya caruman yg kita dapat hasil membanting tulang setiap hari, hihi

      Delete
  8. terfikir gak nak bayar yuran guna kwsp ni...tapi tak buat2 sampai sekarang..adeiii

    ReplyDelete
  9. izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

    ReplyDelete
  10. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  11. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  12. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete
  13. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih