Assalamualaikum WBT
HARI terakhir di Temerloh, kami ke Car Boot Sale Temerloh atau Pasar Malam Temerloh yang terletak berhampiran Pekan Sehari Temerloh. Ni kira hari terakhir la kan meneroka Pekan Temerloh, lepas tu entah bila nak datang lagi. Tengoklah akan datang kot-kot ada anak sedara lain yang bertemu jodoh dengan orang Temerloh ke, Mentakab ke, Jerantut ke, bolehlah kita tumpang lalu. Nak kata anak sendiri, macam belum nampak bayang lagi, hihi.
Sebelum ke Car Boot Sale, kami singgah dulu ke Gerai Koi - Grill & Chill In The Jungle, yang terletak di Paya Pulai, berhampiran homestay. Gerai ni bukanlah dalam jungle (hutan) betul tapi dalam kampung, kena masuk ke dalam sikit. Jalan sempit tapi elok la jalannya.
Pesanan makanan dan minuman dibuat secara layan diri di kaunter. Sebenarnya macam leceh jugak tau sistem layan diri macam ni sebab kalau datang 10 orang, 10¹⁰ orang berkumpul di kaunter tu sebab nak tengok menu. Sk rasa jika nak buat sistem layan diri, lebih baik beri pelanggan menu dan order chit di meja, kemudian sorang wakil bolehlah buat pesanan dan bayaran di kaunter.
Menu di Gerai Koi.
Dalam loghat Pahang, "koi" bermaksud saya atau aku. Kata ganti nama diri pertama ini sangat popular dan sinonim dengan penduduk di daerah Temerloh dan Bera, serta kawasan sekitar Sungai Pahang.
Selain menu di atas, ada juga menu Nasi Arab yang dipadankan dengan lauk pilihan seperti Ayam Bakar, Kari Kambing dan Lamb Shank.
Selain tu boleh buat BBQ Party jugak tau. Tu la tu, dinamakan Grill & Chill In The Jungle. Untuk BBQ Party ni cuma RM80/4 pax. Murah betul tapi kami tak bercadang nak berlama-lama di sini. Karang sibuk membako, entah bila pulak nak sampai ke Car Boot Sale tu.
Aaa.. inilah dia tempat untuk BBQ Party tu. Dekat Johor (JB) setakat ni Sk belum jumpa lagi konsep Grill & Chill yang dibina ala-ala telaga ni. Menarik dan tertarik kita dibuatnya. Tapi, macam Sk kata sebelum ni, kami tak ada plan nak berlama-lama atau bersantai-santai.
Ada khemah laaa.. kalau hujan lebat tatawlah apa jadi orang yang tengah membako-bako kat bawah khemah ni. Kalau gerimis mengundang, boleh tolak ansur lagi. Kalau cuaca baik, tak ada khemah pun okey cuma bila ada khemah ni lebih privasi.
Selain tu terdapat jugak pilihan pastries dan dessert. Boleh terus pilih dan bayar.
Kami pilih Danish Pastries ni. Ni boleh terus ambil dan bawa ke meja. Pesanan lain nanti kena tunggu buzzer bunyi, ambil sendiri di kaunter. Pekerjanya semua baik dan sopan, tak berkira pun nak bagi kita guna dulang-dulang dia.
Sk pesan Teh O Panas, terkejut tengok besarnya mug dia bagi. Jadi, Sk suruh mereka semua kongsi teh o tu dengan Sk, air dorang take away terlanjur dah dalam cup plastik untuk take away tu. Mana mahunya habis Sk minum teh o banyak macam tu.
Iman belanja ni sempena dapat gaji kerani SPR PRN Johor tuari. Mekacehhhh, Iman.
PI makan Sizzling Mee. Dia nampak menu Sizzling Mee ni la tu dia ajak ke sini. PI kan suka menu mi berkuah.
Sk makan Roti Titab jer. Sebabnya petang tu Sk dah makan nasi. Panaskan belen nasi makan tengahari semalamnya dengan lauk ikan patin ada sebelah lagi. Takkan nak bawa balik Johor atau nak buang. Buang dalam perut takpe, hahahaha.
Iman punya Bolognese Meatball Spaghetti. Banyak jugak spaghetti tu sampai Iman ajak kongsi.
Bagi Sk, semua hidangan yang kami pesan ni tak mengecewakan. Kalau dekat mungkin boleh repeat dan cuba menu lain pulak. Jadi, siapa yang berkunjung ke Temerloh tu, bolehlah grill & chill di Gerai Koi ni. Waze aje, Gerai Koi, mesti jumpa punya!
Menariknya tempat makan ni. Rasa macam pergi camping pulak dengan suasana dikelilingi pokok2 tu. Makanan pun nampak sedap2.
ReplyDelete