Assalamualaikum…
TERNGANGA! Itulah reaksi Sk apabila Iman memberitahu bahawa dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik Premier Ungku Omar. Pertama, Politeknik Ungku Omar (PUO) merupakan politeknik yang tertua dan gah di kalangan ahli akademik Tanah Melayu. Kedua, Politeknik Ungku Omar letaknya di Ipoh, Perak. Ipoh??? Gulp! Walaupun kerap ke Ipoh untuk JJCM tapi dalam kepala ni memang tak pernah terfikir, Iman akan sambung belajar di sana. Dalam masa yang sama, Sk sebenarnya mengharap agar Iman dapat tawaran ke satu lagi institusi lain (yang ini nanti Sk cerita di lain sesi). Jadi, bila ditawarkan untuk ke PUO dan memberi jawapan dalam tempoh 14 hari, kepala ni memang asyik berpusing dan terasa di dalam dilemma.
Setelah puas bergaduh dan bertekak tiga beranak, Sk akhirnya memberi restu kepada Iman untuk memilih PUO. Jadi, bila dah setuju, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memberi jawapan secara online dalam semakan panggilan UPU tu. Bila kita dah klik setuju/ terima, pihak politeknik akan mengeluarkan surat tawaran yang perlu kita muat turun dan cetak. Surat tawaran ini akan disertakan dengan satu senarai semak (Borang Jawapan Terima - BJT) di mana kita perlu menyediakan salinan dokumen seperti Kad Pengenalan dan Slip Keputusan SPM yang telah disahkan yang mana semua salinan ini hendaklah dihantar melalui pos ke pejabat politeknik di mana kita mendapat tawaran belajar. Terima kasih Cik Ani yang tolong sahkan semua dokumen. Muahhh sikit!
Selesai satu perkara, lepas tu kena tunggu beberapa hari untuk semakan secara online sama ada BJT kita tu telah diterima pihak politeknik atau belum. Jika telah diterima, kita akan disuruh memuat turun Buku Panduan serta borang-borang yang perlu diisi dan dibawa semasa hari pendaftaran yang sebenar di politeknik. Borang-borang tu termasuklah pengesahan laporan kesihatan dan surat-surat akuan. Di dalam buku panduan juga dinyatakan bayaran yang perlu dibuat juga secara online. Perghhh! Kalau buta IT memang tak tahulah apa nak jadi lebih-lebih lagi jika tiada kemudahan internet dan computer, tercengang ajelah kami dua beranak, huwa huwa huwa. Pak Inche pun bersemangat tolong cetakkan buku panduan siap binding masuk fail, syabas Inspektor Shahabsss!!
Semua bayaran ini hendaklah dibayar melalui ATM atau CDM Bank Islam Malaysia Berhad atau secara online dalam talian. Memandangkan Sk memang ada akaun BIMB, jadi Sk memilih suatu hari yang tenang untuk transfer. Sangat mudah bila kita nak buat bayaran tu cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan pelajar, akan terteralah perkara-perkara yang perlu kita bayar, pilih yang mana satu antaranya yuran pendaftaran (RM200) dan yuran aktiviti (RM600) Untuk Iman, tahun pertama wajib tinggal di asrama, jadi kena bayar yuran asrama untuk satu semester terus sebanyak RM630. Ada satu lagi lupa yuran apa, yang ini kena bayar melalui ATM Bank Rakyat pulak sebanyak RM60. Keseluruhannya RM1490, jangan lupa cetak dan simpan semua resit. Kalau resit dari mesin ATM atau CDM tu lebih baik kita fotokopi sebab dakwat pada resit ni biasanya dalam seminggu akan luntur.
Hurmmm.. ada ke yang masuk belajar free sekarang, nak tak nak, kena jugak keluar duit. Itu belum lagi persiapan pakaian, alat tulis dan sebagainya. Alhamdulillah, ada rezeki Iman dan Allah swt permudahkan segala urusan kami. Tapi… belum selesai lagi tu, kena daftar lagi secara online yang cuma akan dibuka mulai 1 Jun. Memang kena peka dengan setiap arahan yang dikeluarkan dan semuanya ada dinyatakan di dalam buku panduan, jadi baca betul-betul, tu pun ada jugak terlepas pandang, huhu. Oh, ya... nak mendaftar secara online ni kita kena pastikan semua yuran tadi telah dijelaskan ya, sebab kita kena masukkan nombor slip bayaran kita yang dinyatakan dalam resit tu, lepas siap masukkan semua, barulah sah dan kita akan diberikan nombor ID.
Sementara menunggu tarikh pendaftaran ke PUO tu, Sk dan Pak Inche sediakanlah sikit-sikit persiapan untuk Iman seperti pakaian semasa pendaftaran dan orientasi, baju kurung untuk ke kuliah, pakaian bersukan, pakaian harian dan pakaian tidur. Kain batik mintak dengan nenek sebab nenek banyak kain batik, hahaha. Perkakas di asrama serta sabun mandi dan sabun cuci pun semua kami beli awal dari JB supaya tidaklah kelam kabut nanti. Di samping itu ada juga yang Iman beli sendiri terutama benda yang remeh temeh, biasalah budak perempuan vogue, semua nak ada konsep dan gaya, bonda dan babah sediakan yang wajib jer dan Alhamdulillah, Iman faham. Dalam pada tu kepala otak Sk ni asyik berpusing mengenangkan apalah yang nak jadi, selagi tak sampai harinya memang tak sudah membayangkan macam-macam, hahahaha.
Bersambung….
Tahniah Iman
ReplyDeletetahniah iman.. sedih melepaskan anak sorang belajar jauh2 kan kak.. sunyi rumah.. hanimun la bonda ngan babah berdua lepas ni.. haha
ReplyDeleteTahniah Iman... Moga semuanya baik² di sana
ReplyDeleteTiberrr rasa kehilangan kann...walaupun memang ada dan dekat di hati, tapi pasti ada rasa hilang itu huhuhu
ReplyDelete