JALAN-JALAN MAKAN KENDURI ORANG KAHWIN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

JALAN-JALAN MAKAN KENDURI ORANG KAHWIN

Assalamualaikum...

SEBOLEHNYA Sk akan memenuhi undangan walimah jika ada kelapangan dan tiada keuzuran serta aral melintang. Malah, jika jauh beratus batu pun akan cuba disampaikan sekiranya tiada apa yang menghalang. Dan salah satu perkara yang SK gemar adalah merakamkan gambar pinggan makanan Sk, hahahaha. Mental ek!

Menghadiri kenduri jiran tetangga, lat beberapa buah rumah dari rumah SK.
Sebenarnya kalau diikutkan, SK banyak miss jemputan rumah di kawasan kejiranan sebab selalu sahaja bertembung dengan urusan lain. Nak pergi awal, majlis belum mula, bila sampai rumah, majlis dah tamat. Tambahan lagi jemputan sekarang cuma sampai jam 5 petang tak macam dulu-dulu sampai pukul 6. Sk paling suka jika ada lauk pajeri nanas, hehehe.

Haaa… Inilah jemputan di Orchad Villa, Gombak yang Sk tak sempat cerita lagi tu. Masa sampai ni dah hampir jam 4 petang. Pramusaji pun dah sibuk mengemas dan tak sabar nak balik. Dapatlah lauk sikit-sikit, tak apa.. janji sampai.

Cantik betul Orchad Villa ni walaupun berada dalam kawasan yang agak pedalaman.
Kami sampai pulak dalam hujan jadi sejuk jer suasana.

Bersama mama pengantin yang kami panggil Makcik, hahaha. 
Bapa pengantin adalah rakan dan bos Pak Inche semasa beliau menjadi Ketua Biro Berita Harian di Johor Bahru sekitar tahun 2000.

Memenuhi jemputan rakan sepejabat di Simpang Renggam. Rumahnya sebelah jer dengan masjid memudahkan tetamu untuk meletak kenderaan. 

Trend kini, pinggan dialas kertas minyak sebelum diletakkan nasi. 
Nampak tu, ada pajeri nanas.

Kek pengantin yang putih berseri disediakan oleh rakan pengantin sendiri dan dibawa dari JB.

Tu dia tukang buat kek, yang berbaju biru.
Selamat Pengantin Baru, Ummi dan husband.

Pertama kali pergi kenduri kahwin, Sk tak ambil Nasi Minyak.
Ni menghadiri jemputan ex-boss di Taman Sri Pulai, dekat jer dengan rumah.
Alaa.. lupa ambil gambar dua pasang pengantin sebab sibuk makan masa pengantin sampai.


Yang ini pulak menghadiri jemputan di Felda Semenchu.

Rewang orang kampung, sesekali tukar selera, kali ni makan nasi jagung.
Kenapa la terliur tengok balik gambar  nasi jagung ni, hahaha. Walaupun tak ada pajeri nenas tapi gembira sebab ada pencuk timun dan nenas.

Inilah pengantinnya, Azni. Azni ni junior Sk, sama syarikat tapi pejabat lain-lain. Kami jadi rapat sebab selalu sama duty jaga booth promosi di Angsana Mall.
Banyak kali pesan pada husband Azni, jaga isteri baik-baik, gituuu.

Balik pengantin, kami jalan-jalan ke Pengerang. Lama tak gi Pengerang uiiii.

Mendengar desiran ombak merupakan satu terapi.

 Singgah Warung Lobster ni saja minum-minum lepas tu Pak Inche kata dah lama tak makan siput gong gong, jadi meratah jer la, baru lepas makan kenduri kan.

Lepas tu singgah di pantai Amerald Resort. Tak sangka dah ada hotel mewah kat sini, pantainya pun cantic dan persekitaran terjaga.

Jemputan terakhir minggu lepas di Felda Linggiu.
Yang sebelah Sk ni kakak pengantin yang sudi menjemput kita, terima kasih awak.

Aduh mak, takleh move on la tengok nasi kenduri, laparrrrrrrrrrrrrrr!

Jadi, minggu ni, ada kenduri lagi tak???





7 comments:

  1. Sama kita Kak, kalau boleh semua jemputan nak pergi..cuma sekarang ni, tengok pada tempat, sebab kalau jauh, takde yang nak teman, drive sengsorang nak ke kenduri, memang tak jadi le kita, aje blur duduk makan sengsorang nanti...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Mental gila tengok gambar semua sedap2 erghhhh

    ReplyDelete
  3. haduiii..terus rasa lapar tau...pajeri nenas tu memang best..tapi tak banyak dah orang sekarang ni buat kan...

    ReplyDelete
  4. baca entri akak ni rasa macam da lama pulak tak makan nasi kenduri...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam. Nasib baik minggu depan dah nak makan nasi kenduri. Terliurnya tengok semua gambar nasi kenduri tu. Hahahaha

    ReplyDelete

  6. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih