Assalamualaikum...
SABTU lepas, hari jadi ibu Sk yang ke 79.
Seperti biasa, bila hari jadi ibu, kami merancang macam-macam. Kali ini kami buat keputusan untuk memasak sendiri. Cikwa yang bekerja di KL pastinya akan balik. Begitu juga dengan Izzat yang berada di Unisza, Terengganu, juga akan balik. Cuma Iman jer tak dapat balik sebab tak ada cuti. Oh, ya, disebabkan katanya, Cik Ani akan ke KL pada hari Sabtu tu, maka kami sebulat suara akan meraikan hari jadi ibu pada malam Sabtu itu. Seperti yang Sk beritahu sebelum ini, Sk bercadang untuk ke pasar di tepi Sungai Pontian untuk mencari telur ikan mayong sebagai tambahan lauk untuk jamuan yang bertemakan Shell Out, hehehe.
Jam 2.30 pagi, Sk dikejutkan oleh Pak Inche yang kelam kabut macam nak giler.
Rupa-rupanya, anak bertuah muncul depan pagar bersama Cikwa yang katanya, nak bergerak lepas Subuh dari KL. Baik punya plan, dalam pada tak ada cuti, Iman nekad balik pada petang Khamis tu dengan menaiki ETS dari Ipoh ke KL Sentral dan meminta Cikwa menjemput sebelum mereka sama-sama balik ke JB. Bertuah betul dua beranak tu.
Jadi, adalah teman Sk meronggeng ke pasar, hahaha. Alhamdulillah, dapat sepasang telur mayong (dua kantung) dengan harga RM30. Saiz kantung ni lagi besar daripada yang SK belikan untuk Kak Senah hari tu tau. Lepas tu beli juga ikan mayong dah siap potong, senang balik rumah terus masak.
Geram tengok udang ni yang besarnya lebih dari tapak tangan Sk yang memang dah besar, hahaha. Belilah sekilo untuk rumah sendiri dan sekilo untuk rumah Senai. Yang sekilo untuk rumah sendiri tu Pak Inche kata nanti dia bayarkan balik, hihi. Terbayang pulak Masak Lemak Cili Api Udang dengan Kacang Buncis yang Sk baca di blog Azie Kitchen.
Sebaik sampai rumah, terus singsing lengan. Rebus dulu telur mayong sebelum dimasak asam pedas. Mujurlah cili kering dan bawang merah semua dah siap berkisar, tinggal ditumis aje. Siap masak terus masukkan semua dalam bekas untuk dibawa ke Senai. Dah pesan orang Senai, masak nasi siap-siap, jadi kami sampai terus makan.
Asam Pedas Ikan Mayong kegemaran semua.
Ialah, dah ada telur kenalah ada maknya juga, kannn.. baru aci gitu, hahahaha.
Gulai udang sebelanga katanya. Sk masak stail nogori ni tau, tak bubuh bawang, cuma cili api dan kunyit hidup jer. Iman kata, nampak jer kuah bonda macam masak lemak biasa, tapi power giler sampai pijor bibir, hahaha.
Sampai Senai, terus hidang dalam mangkuk. Ya Allah, punyalah bahagianya menyuap makanan bila semua ada. Yang tak ada, laki masing-masing ajelah, sebab kerja, kan. Yang pompuan semua kerja gomen kan, huhu. Takpa, nanti malam kita berkumpul semua anak beranak lagi sekali ya.
Burpppp! Alhamdulillahhhh...
Haih...sabar jer la tengok entry ni.....sedapnyaaaa
ReplyDeleteWaalaikumusalam. Perghhh geram nau tengok udang tu
ReplyDeleteKak, kalau takde letak bawang, cuma kunyit dan cili, blend je ek, kemudian masuk santan? Macamtu? ...ada tu udang, berangan nak masak lomak gakk.
ReplyDeletehahahah pandai iman buat surprise! kita pun pernah buat surprise balik sarawak dulu..terkejut mamak..hahahha!
ReplyDeleteagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
WA : +85587781483