KARI TULANG SK YANG SANGAT SEDAP, KATA PAK INCHE - Alam Sari Di Tanah Jauhar

KARI TULANG SK YANG SANGAT SEDAP, KATA PAK INCHE

Assalamualaikum...

TUUUU dia punya tajuk, bukan main lagi angkat bakul, hahahaha.

BAGI orang lain, mungkin gemar membeli tulang untuk dibuat sup namun bagi Sk selain dimasak sup, tulang sebenarnya paling sedap bila dimasak kari. Dia punya mengancam tu sampai boleh habis nasi seperiuk, tahu tak.. tapi tengok jugaklah siapa yang masak, kan.. apa orang kata tu, tengok kaki? hahahahaha.

Pak Inche ni, jenis yang jarang puji sebenarnya tapi kita boleh tahulah kan dari cara dia makan. Tapi masa mula-mula dia hirup kuah kari ni, terus dia cakap sedap. Rasa nak melompat oi bila Pak Inche kata kita masak sedap, hahahaha. 

Mehlah Sk kongsikan resepi kari tulang Sk, mungkin tak sama dengan cara orang lain punya kari. Sk guna rempah kari cap O, memang tabik spring toing-toing dengan orang muda sekarang yang rajin buat rempah kari sendiri. Kita tak kuasa, selagi ada yang mudah, kita mudahkan, buat apa nak bersusah payah bila ada yang mudah, ya tak?

Resepi Kari Tulang Sk
(Sk masak guna periuk Noxxa)

1/2 kilogram tulang lembu yang berdaging
2 biji bawang besar (sebab malas nak kopek bawang kecik)
3 ulas bawang putih
2" halia hiris 
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 - 7 kuntum bunga cengkih
Minyak secukupnya untuk menumis

3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
Air secukupnya
2 keping asam gelugor
4 biji kentang (potong dua)
Tomato (Sk letak tomato ceri)
10 - 12 tangkai cili padi (jika suka pedas)

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Bawang besar tu potong dua, kemudian belah dua, barulah dimayang halus. (Kalau tak faham belasah ajelah janji mayang. Kalau guna bawang kecik, taruklah 8 biji, hihi)
3. Bawang putih, cuci kemudian hempuk dengan pisau, takyah buang kulitnya.
4. Bila minyak dah cukup panas, tumiskan semua bahan dimayang dan dihiris tu. Mayang tu maknanya hiris halus-halus ya.
5. Campak sekali rempah ratus kita tu, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau sentiasa jangan sampai hangus. Masukkan daun kari, kacau sekejap, hurmmm.. naik dah baunya.
6. Rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit tu campur semua masukkan air sikit, jadikan pes, kemudian masukkan dalam kuali, kacau cepat, tambah air sikit-sikit jika agak kering.
7. Terus tumis dan kacau sesekali hingga pecah minyak. Bila pecah minyak, tambah air sikit, kacau rata dan biar lagi hingga pecah minyak. Buat berulang kali dengan penuh kesabaran ya.
8. Bila dah puas hati, barulah ditutup api. 
9. Tulang tadi masukkan dalam inner periuk noxxa. Kalau ada daging-daging pun boleh masukkan sekali, jadi banyaklah sikit daging yang nak dimakan, hihi. Kentang masuk sekali.
10. Tuangkan rempah yang telah ditumis tadi dalam periuk bersama tulang tu, gaul sikit, tambah air sehingga separas tulang dan daging.
11. Kemudian, setkan HP 60, jangan lupa set tombol pada pressure.
12. Bila periuk dah berbunyi, bolehlah keluarkan wapnya, kemudian tukar ke fungsi stir fry.
13. Kalau ikutkan kari dah cukup kepekatannya, tidak terlalu cair dan pekat. Kalau rasa pekat sangat, bolehlah tambah air, tapi bagi Sk memang dah ngam. Maka kita tambahlah asam gelugor dan garam secukup rasa. Sk masukkan satu kiub pati lembu.
14. Jika suka pedas, bolehlah masukkan cili padi. Bila makan gigit cili tu sekali, dia punya pergiiiii..
15. Off stir fry dan masukkan tomato. Dalam 10 minit cam tu bolehlah dihidangkan.

Oh, ya.. kalau tak ada periuk noxxa boleh jer rebus dulu tulang mengikut cara anda. Kemudian bolehlah ikut langkah 1 hingga 7. Lepas tu baru masukkan tulang yang sudah direbus bersama air rebusan secukupnya.

Kalau cara ibu SK, dia rebus guna rice cooker jer ko.. sebab dia beli periuk noxxa tapi letak atas almari, lepas tu malas nak turunkan, hahahhaha.

Selamat mencuba!

Eh, Pak Inche pesan, jangan lupa cerita dia yang buat sambal belacan, okey la.. okeylaa.. dah cete dahhh kan ni, hihihi

8 comments:

  1. Sedapnyaaaa..SA dah lama x makan lauk macam ni

    ReplyDelete
  2. Memang mengancam ni SK.
    Rempah cap O tu beli kat Kuala Ketil ke SK hihi.. Glamer rempah tu di Kedah :)

    ReplyDelete
  3. Memanglah sedap
    lebih2 lagi kalau tulang/daging fresh

    ReplyDelete
  4. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    ReplyDelete
  5. masak macam ni kegemaran mak saya ni...dia suka part tulang2 camni...

    ReplyDelete
  6. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih