laksa penang menantu mami punya cerita
March 18, 2010
0
SALAM SEJAHTERA... suka Laksa Penang tak? Saya pasti ramai yang menggemari laksa tak kisahlah laksa Penang ke, Johor ke, Kelantan, Sarawak, yang pasti laksa ni dah menjadi juadah rasmi negara kita.
Saya paling suka makan Laksa Johor. Kalau makan harus tiga empat kali bertambah. Kadang-kadang tu, konon kuah dalam pinggan banyak lagi, tambah spagetti. Lepas tu, spagetti ada lagi sikit dah kering dalam pinggan, tambah kuah pulak. Kuah ada lebih tambah spagetti, spagetti kering tambah kuah.. hah, tu yang jadinya makan tak ingat dunia.. kih..kih.. kih.
Isk, nak cerita pasal laksa penang ke laksa Johor ni??? Hehe, mesti keliru kan. Memanglah, saya nak cerita pasal laksa penang. Saya ni dulu sebenarnya agak kurang gemar dengan laksa penang. Tapi almaklumlah, dah kahwin dengan orang utara, jadi setiap kali balik kampung tu, laksa penang ni wajib ada atas meja. Pernah jugak saya tak menyentuh langsung laksa penang yang dihidangkan tu. Maklumlah, dah ada makanan lain.
Bukanlah tak makan langsung, cuma kurang gemar dan saya pun tak ingatlah sejak bila mula pandai makan laksa penang. Dah pandai pun nak masak sendiri. Resepi ni saya masak sendiri pakai campak baling pasal saya pernah cuba masak berpandukan resepi tapi rasanya yang ado. Jadi yang ini saya olah sendiri ikut apa yang terlintas dalam kepala dan panduan pada bungkusan laksa segera.. hehe.
Sebenarnya pada pandangan sayalah, resepi-resepi jenis lauk pauk ni sukatannya mengikut kita. Ialah, contohnya kalau bawang tu, dalam resepi tu suruh letak 6 ulas, bawang ni ada macam-macam saiz. Lada 10 tangkai, pun ada macam-macam saiz dan saya pun tak pernah kira berapa tangkai lada saya letak. Tapi saya nak kongsi petua dalam masakan supaya sedap (macam masak sedap sangat ek). Contohnya,kalau anda nak buat sambal belacan, masukkanlah bilangan yang ganjil, contohnya lada merah lima tangkai, cili padi 9 tangkai. Boleh juga praktikkan kalau nak masak lemak cili padi. Tapi petua ni saya gunakan kalau sediakan dua perkara tu jerlah. Kalau sambal tumis atau gulai asam pedas tu biasanya saya akan kisar lada dan bawang dalam anggaran yang banyak, dua atau tiga minggu sekali supaya lebih mudah. Kalau nak masak tu, terus je capai dalam peti ais, maklumlah saya ni bekerja. Jadi lepas 'punch out' kat ofis tu, ambil anak balik sekolah, terus 'punch in' kat rumah pulak. Ermm, nak buat macammana kan, duit bukanlah segalanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Jadi takkanlah setiap hari nak beli makanan siap, sekali sekala kenalah pulak memasak terlanjur ada bahan-bahan di rumah. Kalau dah tak ada tu, lainlah ceritanya tak...
Jadi, masa masak laksa penang tu saya teruslah gunakan lada, bawang yang sedia ada dikisar dalam peti ais tu. Sebab tu bukan tak nak bagi resepi laksa penang menantu mami ni tapi saya takut terbagi ajaran sesat. Tak mahu dituduh memberi resepi tipu atau menipu resepi, tak baikkan..
Kalau resepi kuih-muih tu lainlah. Kalau 100 gram tu, semua orang timbangannya sama, betul. Cuma mungkin saiz sudu kecil dan sudu besar rumah kita je lain-lain.
Tapi, saya cuma nak kongsikan di sini, (mungkin ada yang tahu, yang tak tahu boleh tambah ilmu) ikan yang paling sesuai nak dibuat kuah laksa penang ni ialah ikan selayang atau di utara dipanggil ikan sardin. Masa merebus ikan tu, letaklah beberapa keping asam keping dan garam secukupnya. Bila dah sejuk atau suam, keluarkan ikan dari periuk dan tapiskan air rebusan. Kemudian isi ikan sahaja dikisar bersama air rebusan ikan tu. Bahagian kepala dan tulang tu dikisar berasingan dan ambil airnya sahaja (tapis) masukkan semuala dalam air rebusan bersama isi ikan yang dikisar. Kemudian bolehlah terus memasak kuah laksa mengikut resepi yang anda ada. Kalau cara saya, saya masukkan serai, sedikit lengkuas, bunga kantan dan daun kesum. Saya juga letakkan serbuk belacan dan serbuk ikan bilis maggi serta air asam jawa adabi. Pada saya tiga benda ni memang wajib ada dalam peti ais dan sentiasa dalam stok di kabinet dapur. Tanpa tiga benda ni macam tak menjadi pulak kalau nak memasak.
Satu lagi, bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama laksa penang tu pun penting jugak. Kalau di utara tu selalunya ada daun gajus, tapi di sini agak sukar nak cari. Selain tu daun salad, timun (semua orang pun tau ek) bawang, ada satu daun tu, saya lupa pulak, nanti dah ingat saya update ya. Ada juga yang letak nenas (saya suka sebab ada manis buah sikit, tapi suami tak taruk)dan telur rebus(tak wajib tapi lagi best kalau ada). Jangan lupa pulak hirisan lada merah atau yang suka pedas tu boleh guna cili padi.. berasap you.. Perahkan juga jus limau kasturi atau limau nipis. Satu lagi ada orang (terutama suami saya) suka masukkan otak udang dalam hidangan laksa dia, tapi saya tak suka sebab pada saya rasa kuah laksa tu akan rosak nanti. Macam-macamlahkan, ikut selera masing-masing. Yang pasti, laksa yang saya masak telahpun berjaya dihidangkan pada sambutan ulangtahun ibu saya minggu lepas. Bertambah-tambah sampai suami saya makan walaupun dia kata tak sedap. Hmmm, tapi tengok cara dia makan, saya tau sedap.. hehe (mungkin kalah dengan kakak dia masak, hihi.. jangan marah ye kak). Ala... suami saya ni, saya masak apapun dia kata tak sedap, tapi makan banyak. Mungkin itulah caranya menyatakan sesuatu itu sedap, bukan dengan perkataan tetapi dengan perbuatan. Saya pun dah tak kisah, dah tak kuasa nak merajuk. Tapi kalau dia yang masak, asyik puji diri sendiri... wakakah, konon dia chef.. nyampah!
Tags
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih